FiVe

917 23 0
                                    

"Waalaikumsalam. Ha, adik dekat u lagi ni. Baru je habis kelas, "

"............"

"Ha, ye ye. Bas adik pukul 4.30,"

".........."

"Ye, ya Allah. Jangan risaulah, macam adik tak pernah balik sorang je selama ni, "

"........"

"Ye, abang. Nanti adik minta tolong Kirana hantarkan dekat stesen bas, "

"..........."

"Erm, okey. Nanti adik dah sampai adik bagitahu abang. Assalamualaikum, "

"........"

Usai memberi salam, Aisyah terus menutup telefon. Dia terus berjalan menuju ke kafe. Kepalanya benar-benar terasa pening. Sekarang, dia teringin membasahkan tekaknya. Terasa perit di kerongkongnya setiap kali dia ingin mengeluarkan suara.

--------------------

"Kak, nak air milo ais satu, "

Suara garau disebelahnya langsung tidak dapat mengalihkan perhatiannya daripada terus terusan memikirkan asbab abang dan emaknya menyuruhnya pulang secara tiba-tiba.

"Dik, ni airnya dik, "

Satu saat.

Dua saat.

Tiga saat.

Masih tiada tindak balas daripada Aisyah.

"Adik? Adik okey tak ni? "Aisyah masih lagi termenung.

Lelaki yang tadi berpaling. Kesian melihat akak yang menjaga kafe ini seperti dipalsukan.

"Awak, kalau nak termenung bukan dekat sini, "dia mula masuk campur. Aisyah masih lagi tidak memberikan tindak balas.

"Akak, bagilah saya air tu. Akak siapkan air saya yea, "sebungkus air terus bertukar tangan.

"Nah, "akak tadi datang kembali dengan sebungkus air milo ais yang ditempahnya.

"Berapa kak? Sekali yea dengan air dia ni, "lelaki tadi mengerling sedikit Aisyah. Masih lagi statik. Melihat akak tadi sudah bergerak ke dalam. Ditariknya tangan Aisyah perlahan-lahan.

"Eh?! Apa ni? Pegang-pegang pulak, "Aisyah terkebil-kebil. Terkejut dengan situasi sekarang. Mana air dia?

"Ops, sorry. Tapi saya nak bagi air awak ni. Penat akak tu panggil tapi awak buat tak tahu je. Saya nak tolong awak je, "satu senyuman diberikan. Senyuman yang membawa sesuatu maksud yang tidak diketahui Aisyah.

"Ooh, terima kasih. Nah saya bayar balik, "cepat-cepat Aisyah menghulurkan duitnya. Lelaki ini! Dah lama dia tak nampak kelibat lelaki ini di bangunan fakultinya. Lelaki ini selalu mengganggunya.

"Eh, tak payah lah. Saya ikhlas. Saya rasa awak kenal saya kan, "matanya terus terusan melihat wajah Aisyah yang panik. Rindunya pada gadis ini datang. Sudah hampir sebulan dia tidak berjumpa dengan Aisyah kerana ada program yang perlu diikuti.

Dan sekarang?

"Erm kenal kot. Saya pergi dulu, Assalamualaikum, "cepat-cepat Aisyah melangkah meninggalkan kafe. Tidak suka dengan kehadiran lelaki itu.

"Awak, kejaplah. Jomlah minum dulu, "lelaki itu laju menyambar pergelangan tangan Aisyah sekaligus menghentikan langkah Aisyah.

"Awak, tolonglah jangan ganggu saya. Saya ada hal ni, "ditahan sakit kepala yang kembali bertandang. Perlahan-lahan Aisyah merentap kembali pergelangan tangannya yang tergenggam kemas ditangan sasa lelaki itu.

"Cairkan hati yang beku"Where stories live. Discover now