Sayup-sayup bunyi unggas melatari suasana pagi di kampung. Menjemput rasa nyaman di jiwa. Jika di bandar, sangat sukar untuk menemui suasana begini.
Di bandar, ada juga hutannya. Yang berbeza hanyalah struktur hutan itu sendiri. Di sana, hanya boleh dilihat cumalah hutan konkrit. Walau setinggi mana pun ia, masih tidak menenangkan.
Udaranya juga tidak sesegar yang terdapat di kampung. Dicemari dan dirosakkan oleh manusia sendiri. Maka, dia hanya membiarkan susuk lelaki itu berdiri di tengah laman dengan kedua tangan di belakang. Memandang dari jauh.
Jarum jam yang menunjukkan angka 8 dan 12 dipandang. Pantas, kakinya mula menyarung selipar ala kadar. Langkah diayun ke tengah laman.
Hakim membuka mata apabila terasa bahunya dicuit perlahan. Aisyah hanya mempamerkan senyuman sebelum dia mula membuka mulut.
"Abang, jom masuk," tangannya dihulur menggamit Hakim agar mengikutinya.
"Sudah pukul berapa?" huluran yang diberi, di sambut penuh kasih sebelum dia melayang soalan.
"Pukul lapan. Marilah, sayang nak bawa abang ke suatu tempat lepat kita bersarapan," Aisyah memujuk lagi.
Dia dapat mendengar dengan jelas keluhan nafas yang di lepaskan Hakim. "Marilah," tidak menunggu balasan Aisyah, dia terus menarik lembut tangan Aisyah yang berada di genggamannya menuju ke pintu dapur.
_____________
"Kita nak ziarah kubur siapa sayang?" Hakim bertanya bila dia mendapati mereka berada di kawasan kubur kampung sebelah.
Serasa, kubur arwah ayah mertuanya bukan di sini. Dia pernah sampai ke kubur arwah sebanyak dua kali. Sebelum dia berkahwin dengan Aisyah dan sebelum mereka kembali ke bandar.
Dilihat riak wajah isterinya. Tenang. Hanya itu yang dapat dia lihat dari kilasan mata Aisyah. Isterinya hanya mengukir senyuman nipis. "Orang yang paling penting untuk seorang Aisyah," terus dia berjalan masuk ke kawasan perkuburan meninggalkan Hakim keseorangan.
Hakim sekadar membuntuti langkah Aisyah tanpa suara. Sehinggalah mereka berhenti pada sebuah kubur yang tampak bersih seperti di jaga selalu.
"Inilah mak,"dua patah perkataan yang keluar dari ulas bibir itu, mengundang kerutan di dahi Hakim.
"Mak?" dia menyoal kembali. Aisyah sudah mula bercangkung di pinggir kubur. Tangannya laju membersihkan persekitaran dari segala rumput
halus.Dia menjeling sekilas batu nisan yang tertanam separuh ke dalam tanah.
Zakiah binti Saadiah.
"Sekejap lagi sayang cerita. Marilah," bila dilihat Hakim masih berdiri dengan kerutan yang kelihatan sudah sebati dengan dahi seorang Hakim, dia mula mengajak Hakim untuk bersama dengannya menyedekahkan serba sedikit bacaan Al-Quran buat si mati.
___________
Kini, mereka hanya duduk di atas batu besar sambil melihat air terjun yang tidak pernah berhenti.
"Zakiah binti Murad. Itu mak kandung sayang. Emak yang melahirkan seorang Aisyahtul Humaira'," tiba-tiba Aisyah bersuara. Memecah kesunyian yang mengelilingi mereka berdua.
Sudah masanya, untuk dia memperkenalkan dirinya. Diri sebenarnya.
"Tapi sayangnya, Aisyahtul Humaira' hanya dapat merasai kasih sayang dari wanita yang bergelar emak, hanya beberapa minit sebelum mak pergi tinggalkan Aisyah. Bayangkan seorang bayi yang baru lahir tiba-tiba kehilangan orang yang melahirkan dia. Apa yang dia tahu, hanya menangis mahukan susu. Tanpa mengetahui, bahawa setiap air mata yang mengalir turut menyebabkan hati si ayah gundah gulana. Berusaha keras dia, mencari duit demi mendapatkan susu buat puterinya yang baru lahir. Rasa sedih dihati apabila kehilangan sang isteri terpaksa di abaikan. Tahu, si anak lebih memerlukan dia berbanding dirinya sendiri," Aisyah berjeda. Matanya melirik ke arah Hakim. Lelaki itu hanya diam dan memandang ke arahnya. Memberi isyarat agar dia menyambung kembali kisah.
YOU ARE READING
"Cairkan hati yang beku"
RandomSetelah sah menjadi sepasang suami isteri, misi memikat sang isteri kini dimulakan. Isterinya itu, hatinya terlalu keras! Penat nak lembutkan, tapi tak pernah nak lembut. Siapa yang tidak kenal dengan Aisyah. Hatinya sekeras ais dikutub selatan. Su...