Dua minggu. Tempoh yang cukup bagi dia melihat. Dua minggu ini dapat dia perhatikan perangai yang kian pelik pada sang suami. Suaminya sangat kerap memeriksa telefon bimbit. Bahkan sehingga membawa telefon itu kemana sahaja hatta ke dalam tandas. Hati si isteri mula berbaur sangsi. Rasa ini berbalut cemburu. Jiwanya di pagut resah.Aisyah menggaru kening. Apa salah dia sehingga dia di layan acuh tak acuh? Kini, dia berada di dalam bilik menanti Hakim untuk masuk tidur. Dari tadi perhatian suami langsung tidak teralih kepada dia. Sepatah yang di tanya sepatah yang di jawab.
Apabila telinganya menangkap bunyi pada tombol pintu bilik, cepat-cepat matanya di pejam. Gelisah! Terasa katilnya berat sebelah. Nyaman yang bertandang menandakan dirinya di selimuti sehelai gebar.
Kemudian berat pada sebelah katil tiba-tiba hilang. Diganti dengan derapan kaki menuju ke tandas.
Aisyah melepaskan nafas yang ditahan. Ralit dia memerhatikan siling kosong. Sekosong hatinya. Dua minggu hatinya tidak di isi dengan keprihatinan si suami. Dua minggu jiwanya sepi tanpa usikan si suami.
Jujur, dia merindui semua tentang sang suami yang sudah mula membina istana dia hatinya. Dekat tapi jauh. Jasad yang dekat namun jiwa yang cukup terasa jauh.
Tiba-tiba terasa getaran di katil sebelahnya. Terkelip-kelip telefon bimbit itu menandakan ada mesej yang baru masuk. Eh, tak bawa sekali ke telefon ni masuk tandas? Matanya dijuling keatas.
Tapi, persoalan yang lagi penting sekarang, siapa yang mesej Hakim tengah malam macam ni? Takkanlah celcom terlalu rajin untuk bertanya khabar pula? Tanpa dia sedar, dia sudah bangun dari pembaringan dan melihat telefon Hakim.
Ada mesej dari...........dari MLSafiyya? Laju jarinya menggodek telefon Hakim. Mesej dibuka dan di baca satu persatu sehingga ada air mata yang mengalir jatuh ke pipi. Rasa tertampar. Sakit.
Menggigil jari jemarinya. Tak tahu apa yang perlu dia rasakan saat ini.
Pastikan isteri awak tak tahu pasal ni.
Okay, noted.
Tapi, saya rasa dia mesti tak sangka yang suami dia ni jenis yang macam ni kan?
Hahaha
Well, tengok oranglah.
Saya tak sabar nak tengok reaksi dia.
Hahaha.
Dahlah stop. Nanti kantoi pula, awak chat dengan saya. Shuh.
Sebelum tu, esok kita jumpa dekat tempat biasa.
Telinganya ditekup. Cuba membuang segala yang terngiang-ngiang di minda. Air mata laju merembes keluar. Dia kini berada di dalam dunianya sendiri.
"Sayang? Kenapa tak tidur lagi tu?" berkerut dahinya melihat keadaan Aisyah. Dan terus sorotan matanya jatuh pada riba Aisyah yang ada telefonnya.
Matanya membulat. Tangannya di bawa ke kocet seluar.
"Shit,"terpejam matanya saat carutan terlepas dibibirnya. Kenapa dia boleh cuai sangat ni? Nafas di sedut. Cuba mencari kekuatan.
Kaki mula menapak ke katil. Punggungnya di labuhkan disisi Aisyah. Bahu Aisyah di cuit. Nak tak nak dia kena bagitahu juga kebenarannya dekat Aisyah.
YOU ARE READING
"Cairkan hati yang beku"
RandomSetelah sah menjadi sepasang suami isteri, misi memikat sang isteri kini dimulakan. Isterinya itu, hatinya terlalu keras! Penat nak lembutkan, tapi tak pernah nak lembut. Siapa yang tidak kenal dengan Aisyah. Hatinya sekeras ais dikutub selatan. Su...