"Kamu, kenal ke dengan doktor tadi tu?" Dato' Hanafi menegur anaknya ketika mereka dalam perjalanan menuju ke surau. Sementara nak tunggu waktu Aisyah boleh keluar.
"Kenal biasa-biasa je. Kenapa papa?" pelik juga bila ayah dia tanya soalan yang boleh dikatakan luar alam macam ni.
"Tadi masa papa bertembung dengan doktor tu dekat pintu bilik Aisyah, papa nampak dia macam...." teragak-agak dia nak cakap. Bukan apa, takut anaknya salah faham.
"Macam apa papa?" dia perlahankan langkah kakinya. Bila dia perasan ayah dia macam was-was nak sambung ayat.
"Macam sedih kot? Entahlah, papa sendiri tak pasti. Budaknya elok tunduk lepas bersalam dengan papa. Tak angkat-angkat sampai pintu tertutup,"
"Mungkin dia penat kot papa,"senyuman tipis dihadiahkan buat ayahnya.
Dato' Hanafi memandang seraut wajah yang berada disebelahnya tika ini. Wajah itu banyak mengikut irasnya, namun kelakuan anak lelakinya ini lebih kepada arwah isterinya. Seorang yang suka bersangka baik.
Sebelum anakny ini mendirikan rumah tangga, jujurnya dia sangat runsing memikirkan sikap anaknya yang suka berfoya-foya. Seorang yang sentiasa memainkan hati wanita.
Sehinggalah suatu hari, dia diberitahu bahawa anaknya sudah benar- benar serius untuk membina masjid. Terkejut bukan kepalang dia tika itu. Mujur sahaja dia tidak mempunyai penyakit jantung. Jika tidak pasti dia akan di masukkan ke hospital.
"Pa? Papa dengar tak apa yang Kim cakap ni?" Hakim melambai-lambaikan tangannya di hadapan Dato' Hanafi. Sejak bila ayah dia kuat berangan ni?
"Huh? Papa tak dengarlah," Dato' Hanafi hanya mampu tersengih apabila tertangkap mengelamun.
"Hakim cakap, nanti Aisyah. Manalah tahu dia kenal dengan si Faizal tu," bahunya dijongket sebelum dia menunduk mencapai kasutnya dilantai dan disusun di rak dengam cermat.
"Baguslah tu. Kamu tu, bila nak balik rumah papanya? Bawa-bawalah Aisyah tu balik. Sunyi sangat dah rumah tu ha," Dato' Hanafi turut mengikut langkah kaki Hakim menuju ke tempat wudu' setelah kasutnya juga disusun disebelah kasut anaknya.
"InsyaAllah, ada rezeki sampailah tu ke rumah papa," Hakim menggaru-garu tengkuknya. Tiba-tiba rasa bersalah sebab lama tak balik rumah papa.
"Abang!"
"Aduh!"
Satu pukulan singgah di pehanya, menarik kembali rohnya dari memori tengah hari tadi. Tangannya mengusap perlahan kawasan yang menjadi sasaran Aisyah sebentar tadi. Boleh tahan bisa juga budak ni tampar.
"Dari tadi asyik pandang depan je. Bila nak geraknya? Mengelamun pulak dia," tergeleng kepala Aisyah melihat keletah suaminya. Itulah, siapa suruh mengelamun lama sangat. Kan dah kena.
Tanpa suara, Hakim terus memulakan pemanduannya. Sementara Aisyah hanya membuang pandang ke luar tingkap kereta. Sebenarnya dia ada banyak soalan yang nak tanya Hakim, tapi ditahannya. Dia tengah kecil hati lagi dengan Hakim ni.
"Sayang,"
"Apa?" mendatar sahaja suaranya. Nampak sangat tengah tak puas hati dengan Hakim.
"Amboi. Garang sangat ni kenapa?" tergelak dia bila Aisyah sahut dengan nada macam tu. Merajuk ke kak? Bibirnya membentuk senyuman nakal.
"Manada," sepatah ditanya, sepatah yang dijawab. Kalau berpatah-patah ditanya, tetap juga dia akan jawab sepatah.
"Alolololo, kenapa ni baby," mood mengusiknya datang. Dari tempat dia duduk, dia boleh dengar Aisyah mendengus tanda tidak suka. Tapi Hakim tetap Hakim. Kalau dia nak mengusik, macamlah dia kesah benda lain.
YOU ARE READING
"Cairkan hati yang beku"
RandomSetelah sah menjadi sepasang suami isteri, misi memikat sang isteri kini dimulakan. Isterinya itu, hatinya terlalu keras! Penat nak lembutkan, tapi tak pernah nak lembut. Siapa yang tidak kenal dengan Aisyah. Hatinya sekeras ais dikutub selatan. Su...