fOuR

1K 24 0
                                    

Ditariknya tangan Kirana sambil kaki laju melangkah ke sebuah kawasan yang baginya mampu meredakan hatinya saat ini. Tiada yang bersuara antara mereka sehingga sampai dibawah pokok besar dikawasan tasik berhampiran dengan kafe. Badannya jatuh melorot dan tersandar lemah dibatang pokok nan besar itu. Lama mereka berdiam diri sehinggalah kedengaran esakan kecil daripada gadis yang sedang berkedudukan memeluk erat lututnya.

"Syahhh, janganlah macam ni. Sakit kau, sakit aku jugak. Please, aku tak suka tengok orang yang aku sayang menangis macam ni, "lembut tangan Kirana mengusap belakang Aisyah cuba memberi ketenangan.

"Mmmm........ murah sangat ke aku ni Kir, sampai senang-senang dia buat aku macam ni? Memanglah dia dah biasa buat macam ni dekat perempuan lain, aku ni yang tak biasa!"bentak Aisyah kegeraman. Biarlah saat ini dia nampak lemah. Memang dia akui dirinya manja sedari dia kecil.

"Tak, sayang. Sikit pun kau tak murah. Kau mahal sangat. Buktinya, kau tolak si Hakim tu. Kau tak terima dia. Kau tak jumpa dia berdua-duaan, "memujuk dan terus memujuk. Semenjak mereka duduk disini, hanya ini yang dilakukan oleh Kirana. Tidak mengapa baginya, demi sahabatnya ini, dia sanggup.

"Aku tak sangka yang perkara penting tu hanyalah benda tu. Kalau aku tahu, aku takkan jumpa dengan dia. Kalau ikutkan amarah aku, nak je aku tampar dia, "katanya sambil menumbuk lembut rumput-rumput disekitarnya.

"Syah, dah jangan macam ni. Nanti kau jugak yang susah. Kau ni dahlah tak boleh nangis beria. Silap-silap, esok kau demam pulak. Naya je skip kelas, "

"Ermmmm, tak nak. Nak nangis jugak. Dah lama aku tak nangis. Semua tu sebab budak lelaki tu! Kalau aku demam, aku salahkan dia,"balas Aisyah. Terasa sedikit tenang selepas meluahkan yang terbuku didada.

"Dah okey dah? "Soal Kirana sambil menjongketkan keningnya.

"Erm, lega dah sikit. Tapi kalau kau nak balik dah, pergi jelah. Alhamdulillah, aku dah okey dah sikit, "balas Aisyah sambil membuat simbol okey. Inilah Aisyah, cepat tersentuh dan cepat juga reda. Mudah.

"Aku memang nak blah dah ni sebenarnya. Ada kelas kejap lagi. Tapi, tulah tadi tunggu kau berhenti barulah aku lega nak blah, "jawab Kirana sambil melihat sekilas jam yang berada di pergelangan Aisyah. Dia bukannya jenis orang yang suka pakai jam ditangan. Allergic! Pernah dia memakai jam tangan suatu ketika dahulu, namun hanya beberapa jam, tangannya sudah terasa gatal. Hasilnya seminggu pergelangan tangannya bengkak dek terlalu gatal.

"Ooo, pergilah cepat. Nanti lambat kau ke kelas. Kesian nanti kena marah dengan prof. Aku pun dah okey sangat dah ni,"Aisyah sudah menolak-nolak badan Kirana menggunakan tangannya yang kecil.

"Amboi, habis madu sepah dibuang. Dah lega, nak halau aku pulak. Ni nak merajuk ni, "Kirana mula memuncungkan mulut. Nampak seperti itik yang kelaparan tidak diberi makan selama beberapa hari.

"Memang halau pun. Tapiiiiiii....... "sengaja membiarkan ayatnya tergantung.

"Tapi? "

"Tapi, sebab aku sayang kau lah aku halau. Cuba kalau aku pentingkan diri, aku takkan bagi kau pergi kelas, "balas Aisyah. Seronok dia melihat wajah Kirana seperti kanak-kanak berusia lima tahun yang baru sahaja mendapat aiskrim.

"Yeay, Aisyah sayang Kirana! Kirana pun sayang Aisyah, "Kirana terjerit keriangan. Bagi Aisyah, inilah sahabatnya, inilah kembarnya, inilah abangnya, inilah kakaknya, inilah adiknya, inilah segala-galanya.

Usai sahaja Kirana pergi, Aisyah menggagau begnya. Di ambil gambar itu, ditatapnya sepuas hati.

"Ibu abah, Fia rindu sangat dekat ibu dengan abah. Takpe, hujung minggu ni, Fia balik. Fia lawat ibu dengan abah ye, "sayu suaranya sesayu hatinya. Tangannya, leka mengusap gambar wanita yang berdiri disebelah arwah ayahnya. Dia, tidak pernah melihat wajah ibunya secara bertentang mata semenjak dia bayi lagi. Ibunya meninggal dunia saat melahirkan dirinya ke dunia. Sungguh, dia tidak akan pernah melupakan ibunya yang berkorban nyawa semata-mata untuk dirinya.

"Cairkan hati yang beku"Where stories live. Discover now