Telefon yang berada diatas meja dipandang sepi. Nafas dihela, Aisyah kemudian berjalan menuju kearah tingkap. Suasana malam disini tidak pernah hambar. Ada sahaja aktiviti yang dilakukan oleh penuntut di universiti. Perbualannya dicorong telefon bersama seseorang petang tadi kembali menggamit di ingatan.
"Assalamualaikum, ibu. Ibu sihat?"ceria nadanya tika ini kerana ibunya menelefonnya.
"Waalaikumsalam, sihat Alhamdulillah. Anak ibu sihat? "Jawab Puan Rosnah.
"Alhamdulillah, Aisyah pon sihat juga. Aisyahkan kuat. Hahaha, ibu, kenapa ya, ibu telefon Aisyah? "
Ada sedikit kegusaran yang bertandang dihati namun secepatnya dia menepis."Ha, sebenarnya ibu nak suruh kamu balik minggu ni. Kamu ada apa-apa aktiviti ke minggu ni? Ada perkara yang ibu dan Abang Zai kamu nak bincangkan, "tersentak Aisyah saat ibunya menyuruhnya pulang. Serasanya, sepanjang dia menuntut selama empat tahun disini, ibunya tidak pernah menyuruhnya pulang secara tiba-tiba.
"Erm kenapa bu? Perkara apa yang ibu nak bincangkan tu? Aisyah rasa takde aktivit rasanya minggu ni. InshaaAllah kalau takde apa-apa aral melintang, Aisyah balik ya ibu, "jawapan yang menjaga hati seorang ibu diberikan. Tidak mahu memberi harapan jua kekecewaan pada yang tersayang.
"Alahh, nanti kamu tahulah. Yang penting kamu balik dulu ya minggu ni. Ha, okaylah nanti ibu telefon kamu lagi. Ibu nak pergi sambut tetamu ni. Special punya tetamu. Assalamualaikum, "kata ibunya sedikit mengundang tawa kecil daripada gadis bernama Aisyah.
"Ibu, ni apalah. Waalaikumsalam, "usai menjawab salam, panggilan dari sang ibu segera dimatikan.
Dan sehingga kini, akalnya memerah untuk memikirkan apa perkara yang akan dibincangkan nanti. Adakah perkara tersebut sangat mustahak sehingga memerlukan dia untuk balik. Bukannya dia tidak mahu pulang ke kampung. Namun, perkara ini yang membimbangkan dia untuk pulang ke kampung.
Langit dipandang. Bertaburan Bintang dilangit. Langit kini kelihatan sangat indah bersama bulan dan Bintang. Ditambah dengan bulan yang mengambang menambahkan cahaya dibumi ini. Teringat kata-kata arwah ayahnya suatu ketika dahulu.
"Mak, duduk dekat atas langit. Nanti, bila malam mak jadi bintang lepastu mak akan tengok Aisyah buat apa. Jadi, kalau Aisyah rindu mak, Aisyah tengoklah bintang, "
Ayah, tidak pernah lelah saat memujuk dirinya ketika dirinya meracau mahukan emak.
"Syahh, kau ni. Cubalah jangan termenung. Sakit mata aku tengok. Assignment dah siap ke belum? Aku taknak dah yea tengok kau siapkan last minute. Aku backhand kau karang, "kata-kata Kirana mengundang tawa kecil dari Aisyah.
"Aku cakap, kau gelak, aku cakap kau buat main. Malaslah kawan macam ni, "muncung ditarik tanda protes.
"Kir, janganla macam ni. Tak cantiklaa cik Kirana kita ni, "Aisyah cuba memujuk.
"Kau tu, janganlah gelak bila aku cakap, "sekali lagi mulutnya dimuncungkan bersama kaki dihentak-hentak.
"Yelah, yelah aku tak gelak dah, "tangan diangkat seperti melafazkan ikrar.
"Kau kenapa sebenarnya Aisyah? Kau ada masalah ke? Kalau ada, ceritalah dekat aku. Apa yang aku boleh tolong, aku tolong, "Kirana bertanya cuba mencungkil rahsia kawannya ini.
YOU ARE READING
"Cairkan hati yang beku"
RandomSetelah sah menjadi sepasang suami isteri, misi memikat sang isteri kini dimulakan. Isterinya itu, hatinya terlalu keras! Penat nak lembutkan, tapi tak pernah nak lembut. Siapa yang tidak kenal dengan Aisyah. Hatinya sekeras ais dikutub selatan. Su...