NiNe

792 22 3
                                    

The day may not be good for you. But trust me there will be some miracle .

_____________________________________

"So, lusa ni awak balik kampungkan? "perbualan dimulakan sedari dari tadi tiada yang mahu memulakan bicara.

"Haah, cuti semester saya dah nak mula, "

Senyap kembali. Suasana yang sangat kekok. Semenjak mengenali si gadis yang ralit bermain telefon bimbit tersebut, Hakim cukup faham dengan bahasa tubuh gadis tersebut. Tidak akan memulakan jika hatinya tidak sudi.

"Saya pun dah nak balik rumah saya dah. Sebab ni last semester saya. Dan lepas ni juga, mungkin awak dah tak jumpa saya melainkan......, "bicara yang sengaja dibiar tergantung, menggamit perhatian sigadis. Hakim mula sembunyi senyum.

"Melainkan? "soal sigadis.

"Melainkan kita ni berjodoh, "

Tanpa sebarang bicara, sigadis bangun dari kerusi.
Sebelum melangkah,

"Sorry, saya ada hal lain, "kaki sudah diangkat berura-ura mahu pergi.

"Aisyah, tunggu, "

"Please, "

Muka simpati ditayang.

"Sorry, saya tak de maksud pun, "belakang kepala digaru sekadar menutup rasa di hati. Maaf dipinta kerana sedar akan keterlanjuran diri.

Sreet.

Bunyi kaki kerusi yang bertemu lantai tanda seseorang menarik kerusi.

"Ehem, sebenarnya saya dah lama ada niat nak jaga awak sepanjang hidup saya. Jadinya, kalau awak setu...., "

"Lusa ni ikut saya balik kampung, "

Dan seperti tadi, Aisyah melangkah dan meninggalkan sehelai kertas yang tercoret nombor telefonnya.

Dalam diam, Hakim mengucap syukur kerana urusannya dipermudahkan.

_______________________________________

"Cemana? "

"Dia ajak aku balik kampung dia, "muka di kawal agar tidak menunjukkan sebarang riak terlebih teruja.

"Tunggu apa lagi. Grab the change lahh, "Farish bangun sambil menepuk-nepuk bahu si Hakim.

"Oh lupa! Sama-sama, "terdengar gelak dari Farish.

Hakim hanya senyum tanpa sebarang niat mahu membalas. Faham dirinya diperli.

_______________________________________

"Syahhhhhh, jaga diri elok elok tau, "hingus pura-pura disedut. Konon mahu buat drama.

"Alahai, bukannya tak biasa. Mengadalah kau ni. Nanti, agak-agak macam free, datang lah rumah aku. Aku kena cepat ni, "seperti seorang emak menenangkan anaknya. Seperti itulah keadaan Aisyah dan Kirana.

Selesai dengan 'penggambaran', Aisyah melangkah menuju ke kereta yang sedia menunggu dari tadi.
Masuk sahaha ke dalam perut kereta,

"Dah ready ke? "

Aisyah hanya menganggukkan kepala tanpa ada niat mahu berbicara. Teringat dengan pergaduhan kecil yang tercetus sebentar tadi.

Aisyah hanya berdiri di stesen bas untuk menahan bas yang lalu. Tiba tiba sebuah kereta berhenti dihapannya membuatkan dirinya tergamam.

"Saya ingatkan saya akan ikut awak balik kampung, "tidak pasti sama ada soalan atau ayat penyata yang diberi.

"Terpulanglah. Kalau awak rasa saya yang ajak awak balik kampung then awak nak ikut, just follow on. Tapi kalau tak nak pun, saya tak kisah mana, "selamba sangat jawapan yang diterima.

"Tapi, saya rasa better kalau kita naik kereta, "

"Nope. Saya takkan naik kereta dengan awak, "

"Hey, kita nak balik kampung je kan? Haluan yang sama, "

"Saya tak nak, "

"Meh nombor telefon parents awak, "

"Nak buat apa? "

"Bagi jelah, "tangan menghulur telefon untuk si gadis.

"Nah, "telefonnya kembali kepada pemilik asal.

"Sekejap yea, "Hakim bergerak menjauhi Aisyah.

Telefonnya dilekapkan ke telinga. Seketika, terlihat Hakim menjeling kearahnya. Cepat-cepat kepala ditundukkan. Perbualan tersebut nampak santai dan tenang cuma sesekali sahaja wajah Hakim bertukar serius.

Beberapa minit kemudian,

"Suka eh, "

"Opocot, "tindakan spontan apabila disergah begitu.

"Apadia, "cepat -cepat dibalas soalan yang diajukan untuk menghilangkan malu.

"Saya minta nombor telefon parents awak, yang awak bagi nombor abang awak tu kenapa? "terkejut juga Hakim apabila suara muda yang menjawab telefon tersebut.

"Suka hati sayalah, "

"Dah sekarang ni, awak balik dengan saya naik kereta ni, "tanpa sebarang amaran, beg yang digenggam Aisyah disentak dan di simpan ke dalam perut kereta.

"Hey, saya tak nak balik dengan awak lah, "suaranya sudah semakin kuat. Mula bosan dengan pergaduhan yang masih tidak kelihatan penghujungnya.

"Tak, masalahnya sekarang ni, saya dah minta izin dekat abang awak. Dan berita gembiranya, dia izinkan dan dia juga amanahkan saya untuk pastikan awak sampai ke kampung dengan selamat, "Hakim cuma beriak biasa sambil berkata-kata dengan tenang.

Dan begitulah seketul Aisyah boleh balik ke kampung bersama si Hakim.

_________________________________________

"Jemputlah makan Hakim. Maaflah kalau makanan ni tak sedap mana, "

"Eh, sedap je makanan ni semua. Lagi-lagi kalau makcik yang masak. Tapi lagi sedap kalau orang sebelah makcik tu yang masak rasanya, "perlahan sahaja suaranya saat menuturkan ayat tersebut.

Sreet. Bunyi kerusi ditolak. Kini dua pasang mata mula memfokuskan ke arah si dia.

"Orang dah siap makan lah ibu, "pinggan diangkat dan  dibawa ke sinki untuk dibasuh.

"Nanti ibu jangan kemas tau. Biar adik yang kemas, "katanya sebelum melangkah ke ruang hadapan.

"Kamu ni, dah lama ke kenal dengan Syah tu,"

"Ha? "terkebil-kebil matanya memandang Puan Rosnah.

"Kamu dah lama ke kenal dengannya Aisyah tu?"

"Erm, dua tiga bulan macam tu kot? "jawabnya tidak pasti.

"Ohh, tak pelah. Kamu makan lah dulu. Makcik nak buat air panas sekejap, "Puan Rosnah bangun dan menuju ke rak pinggan dan cawan.














"Cairkan hati yang beku"Where stories live. Discover now