Untuk kali yang ke berapa pemuda yang sibuk mengumpul kelapa-kelapa tua itu menguap, dia sendiri tidak tahu. Dia hanya duduk memerhati di bawah pokok yang merimbun ini tanpa sebarang niat mahu membantu. Apa yang dia tahu, dia sudah meletakkan beberapa syarat kepada pemuda di hadapannya ini sekiranya pemuda ini benar-benar mahu menjaganya.
Jika ditanya pada hati, dia masih tidak punya sebarang rasa untuk melanjutkan perkahwinan. Benci? Dia tidak membenci pemuda di hadapannya ini. Cuma, entahlah dia juga masih keliru dengan keadaannya hati perasaan dan dirinya waktu ini.
Dari jauh, kelihatan pemuda itu sudah mula mengorak langkah menuju ke arahnya bersama sebuah kereta sorong."Awak....hegh...hegh..hegh dah cukup ke belum kelapa ni,"Hakim menyoal dengan muka yang kemerah-merahan. Dia duduk sebentar di tunggul yang dijadikan tempat duduk untuk melepaskan lelah. Sudahlah malam tadi dia tidak dapat melelapkan mata kerana suasana yang baru. Hari ini dia di suruh pula oleh pujaan hatinya untuk mengumpulkan 200 biji kelapa.
"Faham? "
"Ha?! Apa dia? "
"Ish, "tajam matanya menjeling.
"Lain kali jangan berangan. Kelapa tu belum cukup lagi 57 biji. Awak rehatlah dulu. Sekejap lagi kita pergi kebun yang kat atas bukit tu pula, "Aisyah terus bangun menuju ke pondok. Membiarkan Hakim termangu-mangu di situ.
Dan petang itu, Hakim berjaya mengumpulkan 200 biji kelapa.
-1.Kumpulkan 200 biji kelapa dari kebun ✔️
Puan Rosnah.______________
"Penat? "
Suara yang menegur, menyedarkan dia dari terus berangan. Dia berpaling.
"Penat lah juga, "tangan menggaru belakang kepala yang tidak gatal. Memang habitnya akan berkelakuan begitu.
"Kau, kalau rasa tak setuju dengan syarat si Aisyah tu, kau tarik la diri. Aku bukan apa, kesian juga tengok budak bandar macam kau kena buli, "Abang Zai hanya memandang langit. Malam ini bintang yang menyinari tidak kelihatan. Mahu hujan barangkali.
"Mulanya, memang ada rasa tak setuju tapi itulah orang cakap bang. Cinta itu buta, demi cinta semuanya boleh, "dia juga melemparkan pandangannya ke langit. Memikirkan baik buruk dia melakukan perkara ini. Tipu sangatlah jika dia tidak berasa goyah dengan semua yang terjadi. Dari perjanjian dan syarat yang perlu dikotakan, dia juga gentar. Tapi apabila memikirkan gundah gulana hatinya untuk memiliki gadis itu, dicekalkan hatinya.
"Kalau kau dah cakap macam tu, aku tak boleh nak cakap apa dah, "Abang Zai tersenyum memandang Hakim. Pemuda ini hanya muda 4 tahun darinya.
"Eh, lupa pula nak bagi tahu, makcik ada buat air dekat dapur tu. Pergilah minum boleh rehat pula, "
"Ha, yelah,"Hakim terus membawa diri ke dapur. Dia mahu berehat pula kerana esok juga merupakan hari yang panjang untuknya.
________________
"Syah, tak baik buat macam ni, "tak jadi kakinya hendak melangkah.Kepala dikalih ke kiri dan ke kanan. Line clear! Cun! Cepat-cepat telinganya dilekapkan ke dinding kayu itu.
"Syah tahu tu bu. Tapi syah buat macam itu bersebab. Syah tak dera anak orang saja-saja tau, "dengar suara itu menuturkan satu persatu menyebabkan nafasnya menjadi kencang.
"Tapi sayang, Hakim tu anak dato'. Buatnya dia saman keluarga kita, macam mana? "Makin ditekap telinga ke dinding. Tidak tenang hatinya saat mendengar dirinya menjadi topik bualan utama anak beranak di dapur.
"Syah tahu. Tapi, Syah dah bagitahu awal-awal kalau dia betul nak jaga Syah, dia kena buat semua tu. Dan kalau dia tak setuju, dia boleh tarik diri, "
"Kenapa Syah buat macam ni? "
"Sebab......."
"Eh, buat apa tercegat lagi dekat sini? "Mahu melompat jantungnya keluar. Terkejut dengan teguran dari Abang Zai. Ini kalau ada sakit jantung ni, rasanya dah lama jantung tu melompat keluar buat tarian raver sikit.
"Tak, tadi saya dengar macam bunyi binatang tapi saya tak pasti bunyi apa, "lagi sekali, tangannya diangkat menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Ohh, biasanya tu bunyi tikus, "
"Erm, kalau macam tu takpelah, "cepat-cepat dia mengatur langkah menuju ke biliknya. Mahu mengelak.
"Eh, nak ke mana tu? "
'Aduhaii'
"Erm,nak ke......"
"Jomlah ke dapur sama-sama, "separa langkah dia mengikut jejak langkah Abang Zai ke dapur. Separuh tak rela.
______________________________________
Pagi-pagi lagi dia sudah di tugaskan untuk membuat seratus batas di tanah yang gersang. Mata yang asalnya tidak mahu terbuka elok sahaja terbuka apabila mendengar arahan seperti dia merupakan seorang buruh. Mahu membantah tapi ada hati yang mahu di menangi. Maka, tabahlah hati. Dengan rela hati dia menjadi buruh yang bekerja kerana ingin memetik kepercayaan si gadis. Sambil-sambil dia membuat batas, sambil itu juga dia mencuri pandang ke arah gadis yang sedang duduk di bawah rimbunan pokok mempelam.
Aisyah hanya duduk di bawah pokok mempelam sambil dia melukis suatu pemandangan yang dia impikan. Tiba-tiba dia teringat akan emak dan abahnya. Haih, rindunya mereka. Tidak mahu melayan emosinya, pandangannya diliarkan di serata tempat.
Dari sini dia boleh melihat muka Hakim yang sudah menjadi kemerahan serta keringat peluh yang sedang membanjiri wajahnya. Dia rasa jika Hakim yang dahulu, sudah semestinya dia tidak akan sanggup nak teruskan segala syarat ni. Tapi apa yang dia sangat pasti akan pemuda ini ialah dia ada suatu semangat untuk meneruskan tujuannya.
Sementara bagi seorang Hakim pula, dia sendiri tak tahu apa sebab sampai menyebabkan dia terlalu mahukan Aisyah. Mungkin kerana hatinya sudah terlalu kesunyian atau hatinya bosan untuk menjadi perosak perasaan perempuan. Itu, dia sendiri tidak mempunyai jawapannya.
"Hakim, dah lah tu. Ibu saya panggil balik rumah, "
"Ibu ajak balik rumah? Buat apa? "
"Ajak makanlah, tak nampak ke matahari dah tercongok atas kepala tu. Lagi satu, ibu tu saya je yang boleh panggil. Awak panggil makcik, "
"Aih?! Itu pun nak berkira? "
"Eh mestilah, "
"Kalau macam tu, bila awak nak jadi ibu kepada anak anak kita? "
Aisyah memang tak menjawab, tapi dia sendiri boleh nampak yang Aisyah buat muka tak menyempat.
Dan buat seketika degupan jantung Aisyah tiba-tiba berdegup sangat laju.
~dln~
YOU ARE READING
"Cairkan hati yang beku"
RandomSetelah sah menjadi sepasang suami isteri, misi memikat sang isteri kini dimulakan. Isterinya itu, hatinya terlalu keras! Penat nak lembutkan, tapi tak pernah nak lembut. Siapa yang tidak kenal dengan Aisyah. Hatinya sekeras ais dikutub selatan. Su...