sIx

931 29 3
                                    

Suasana di Kampung Bukit Talam pagi itu sungguh nyaman. Bunyi kicau-kicauan burung kedengaran sungguh riuh mencari rezeki. Udaranya juga sungguh menyegarkan. Kelihatan sesetengah penduduk kampung menaiki motor untuk memulakan pekerjaan mereka demi mencari rezeki.

"Syah, kenapa duduk dekat luar ni? Sejuklah. Bila lah demam tu nak kebah kalau kamu ni tak reti duduk diam? "Puan Mariam meletakkan dulang kecil yang berisi ubat berserta sarapan buat anaknya di atas meja yang berada di bawah pokok rambutan.

"Eh ibu. Terkejut Syah. Ibu ni, susah-susah je bawakan sarapan ni untuk Syah. Syah boleh je ambil sendiri dekat dapur tu, "spontan Aisyah bangun dari pangkin kerana terkejut.

"Apa yang susahnya, Syah ni anak ibu. Mestilah ibu risau, itu lah sampai ibu bawakan kamu sarapan. Tapi tengok-tengok, kamu dah takda dalam bilik. Itulah ibu cari kamu dekat sini, "Puan Mariam mula mengambil tempat duduk dipangkin.

"Hehehe, Syah dah sembuhlah ibu. Syah kuat. Takda masanya nak sakit lama-lama ni, "Aisyah menapak ke kawasan reban ayam yang diternak ibunya.

"Kamu tu memang.... "

"Eh ibu, mana Abang Zai?"cepat-cepat Aisyah menukar. Taknak kena bebel dengan Puan Mariam.

"Suka sangat tukar topik. Abang Zai kamu dah pergi klinikla, "Puan Mariam hanya mencebik. Faham sudah dengan anaknya yang seorang ini.

"Ohhh, "bibirnya dibulatkan membentuk 'O'.

Senyap. Kedua-duanya senyap.

"Erm ibu, kalau Syah tanya ni, ibu jangan terasa pulak yea, "lambat-lambat dia menanya. Takut ibunya berkecil hati.

"Ha apa dia, "tanya Puan Mariam.

"Sebenarnya kan, kenapa ibu dengan Abang Zai beria-ria suruh Syah balik, "terasa lega sedikit kepalanya. Yelah, daripada malam tadi eh bukan malam tadi, daripada mak dia telefon beberapa hari yang lepas dia sibuk memikirkan asbab ibunya menyuruhnya pulang.

"Ohhh, pasal tu. Malam nantilah kita bincang, tunggu Abang Zai kamu balik ye, "terangguk-angguk kepala Puan Mariam ketika menjawab soalan anaknya. Sudah sedia maklum bahawa Aisyah akan menanya perihal ini dan dia pun sudah bersedia untuk menceritakan.







---------------

"Ibu, ada orang datang, "laung Aisyah daripada ruang tamu. Puan Mariam sedang berkebun di belakang setelah selesai solat asar tadi. Aisyah pula segera mencapai tudung yang tergantung di dinding. Tudung kecemasan.

"Siapa, "balas Puan Mariam dengan laungan.

Senyap. Puan Mariam meletakkan cangkulnya di dalam stor dan mula mengorak langkah menuju ke rumah. Tidak betah kerana Aisyah tidak menyahut laungannya.

"Ha, ibu. Ada orang datang kat depan tu. Tapi Syah tak kenal, "ujar Aisyah sambil mencapai jag air. Mahu membuat air untuk dihidangkan kepada tetamu.

"Kejaplah, ibu nak tukar baju. Ramai ke yang datang? "Puan Mariam menyoal.

"Kalau Syah tak silap ada lima orang kot, "dia mencapai gelas yang tersusun kemas di almari yang menempatkan pinggan-pinggan dan cawan-cawan yang digunakan ketika ada tetamu.



-------------

"Jemput minum, makcik pakcik, "gelas yang diisi air, dihulur ke pada lelaki dan wanita yang berusia lingkungan seperti emaknya.

Huluran disambut oleh tangan lelaki yang sengaja atau tak sengaja menyentuhnya?

Eh?

Huluran kedua disambut lagi oleh lelaki itu, dan seperti tadi dia seperti sengaja menyentuh tangannya. Aisyah dah eh? Kenapa dengan dia ni.
Dipandangnya muka lelaki itu, senyuman gatal dihadiahkan kepadanya. Ceh, dahlah muka macam perompak. Ada hati nak pegang tangan aku, gumam Aisyah .

Huluran kali ketiga dihulur dengan air panas yang sengaja diisi hampir penuh. Saat tangan lelaki itu menyambut hulurannya, dengan sengaja dia mencurah hampir separuh cawan.

"Auch! "Lelaki itu terus melepaskan tangannya dan spontan Aisyah juga melepaskan tangannya. Dan hasilnya.

"Arghhh, panas, "terus lelaki itu bangun dan mencapai tisu yang berada berdekatan dengannya. Di lapnya pada peha dan tangannya yang melecur.

Padan muka! Berbakul sumpah seranah diberikan kepada lelaki itu.

"Erk, sorry. Saya tak sengaja tadi, "Aisyah berdehem kecil. Cuba menyembunyikan gelak tawa nya yang ingin meletus.

"Kenapa ni? "Empat pasang mata kini terarah kepada Aisyah dan lelaki yang seperti cacing kepanasan.

"Erm, Aisyah tak sengaja tumpahkan air. Aisyah terkejut sebab ada benda sentuh Aisyah, "Aisyah mula memainkan lakonan. Sedikit jelingan dihadiahkan kepada lelaki itu.

Melihat tiada suara yang keluar daripada sesiapa, Aisyah bangkit.

"Erm, Aisyah pergi dapur sekejap ye. Nak amik kain nak lap, "dia terus berjalan ke dapur sehinggalah bayangannya hilang.

"Ha, yang kamu ni kenapa, "sergahan daripada Makcik Timah kampung sebelah membuahkan sengihan daripada lelaki iu.

"Erm, hehehe, "dia menggaru tengkuknya. Empat pasang matan terus menyambung perbualan yang tergantung.

"Makcik ,saya nak tumpang tandas sekejap boleh? "Lelaki itu menyoal Puan Mariam. Melihat anggukan daripada Puan Mariam, dia terus bangun daripada duduknya.

"Pergi terus, sampai dapur belok kanan, "Puan Mariam memberikan arah tandas dan kembali berbual.





------------

Aisyah menghenyakkan punggungnya ke atas kerusi di meja makan. Panas. Sakit hati. Menyampah. Marah. Geram. Geli. Meluat. Semuanya bercampur. Dia mencapai tudung periuk yang berada di atas meja tersebut. Di kipas-kipasnya ke muka dia. Mahu meredakan kemarahan.

"Awak marah ke, "terbantut tangan Aisyah hendak mengipas mukanya. Terkejut. Macam mana lelaki ni boleh menyibuk dekat sini. Aisyah hanya diam. Malas mahu melayan. Nanti lelaki ni merenyam susah pulak.

"Awak? Awak dengar tak ni? "Lelaki tadi semakin menghampiri. Spontan Aisyah bangun dan terus berjalan menuju ke bahagian yang menempatkan cerek panas tadi. Persediaan.

"Panas tau air tadi. Kesian saya, "lelaki tadi mengadu sambil mukanya dibuat-buat sedih.

"Heh, tu baru air panas dah tak tahan, neraka apatah lagi. Tulah, gatal sangat nak pegang orang, kan Allah balas. Cash lagi, "balas Aisyah sambil mencebik. Dia kisah apa. Padanlah muka tu gatal sangat kan nak pegang orang. Haramlah gila. Batin Aisyah menjerit kegeraman.

Melihat lelaki itu mahu membalas, laju dia memotong percakapan lelaki itu.

"Takpelah, Aisyah dah jumpa kain nak lap. Syah naik dululah. Lagipun dekat sini macam panas je. Macam bahang neraka, "sedas perlian diberi sambil meminta kedepan. Adab bersopan masih diamalkan. Cuma suara dibuat garau.

Lelaki itu?

Ditinggalkan terpinga pinga diruangan dapur.

Tandas?

Dia hanya mahu mengambil kesempatan dekat Aisyah. Tapi belum sempat ambil kesempatan, berdas-das mulut Aisyah menembak perlian tepat mengenai batang hidungnya.

















---------------

"Sebenarnya, ada orang datang meminang Aisyah hujung minggu lepas, "ayat Abang Zai mematikan selera Aisyah untuk terus menikmati makanan yang dimasak ibunya.

"Apa?!"




















                                                                                                                      _adlinx_





-----------

Hye, setakat ni lina nak tanya, okey tak cerita ni? I'm so sorry kalau cerita ni tak menarik. Just nak bagitahu, maybe this is the last chapter sebelum lina balik asrama. Maybe la. Tak mahu berjanji takut tak dapat tepati. Hahahaha, anyway happy new year🎉🎉.bye guys. See you soon.

"Cairkan hati yang beku"Where stories live. Discover now