TwEnTy

616 16 0
                                    

"Kita nak pergi mana ni?" Aisyah mula bertanya bila dia rasa dia dah lama sangat dalam kereta dengan Hakim.

"Rahsia," pantas Hakim sembunyi senyum. Dia nak buat kejutan untuk Aisyah.

Aisyah geram. Sudahnya dia diam je. Takut nanti dia derhaka pula dengan Hakim.

Hakim kerling sekilas Aisyah disisinya. Pelik bila Aisyah diam.

"Alah, nanti kalau kita dah sampai, sayang tahulah tempat apa kita nak pergi ni nanti,"

Bila dilihat Aisyah hanya diam tanpa balasan, Hakim pun ikut diam. Tahu Aisyah tengah merajuk dengan dia.

____________

Hotel Greenwood Angsana. Terkelip matanya membaca nama hotel ini. Mereka nak buat apa di hotel ni?

"Nah," Hakim letak kunci dalam genggaman tangan Aisyah sebelum dia bawa tangan Aisyah ke bibirnya dan dikucup lembut.

Buat Aisyah tergamam seketika.

"Sayang masuk bilik dulu, tukar baju cantik-cantik tau. Abang pun nak pergi tukar baju jugak. Lagi setengah jam kita jumpa dekat sini balik," sempat dia kenyit mata dekat Aisyah dalam langkahnya menuju ke bahagian sebelah utara.

"Oh, sebelum abang lupa, bilik sayang dekat belah sini tau," tangannya diangkat menunjuk arah ke belah kanan.

Tak tahu nak balas apa, Aisyah hanya menghantar kepemergian Hakim melalui ekor mata. Setelah di pastikan bahawa kelibat Hakim sudah hilang, barulah dia pula mula mengorak langkah mengikut arah yang ditunjukkan Hakim.



_____________

Tok! Tok! Tok!

"Sekejap," Aisyah melaung. Dia mengintai sedikit lubang yang ada pada pintu.

Ada dua wanita sedang berdiri sambil membawa beberapa beg yang Aisyah sendiri tak tahu ada apa di dalamnya. Tak lupa dengan sehelai gaun berwarna putih. Tampak seperti gaun pengantin.

Tok! Tok! Tok!

Terkocoh Aisyah membuka pintu bila dia sedar yang dia masih lagi tidak membuka pintu.

Sebaik sahaja pintu biliknya dibuka, tersembul dua raut wajah yang serupa. Kembar! Aisyah simpan kagumnya dalam hati. "Iya, ada apa ye?" sopan dia bertanya.

"Kami ditugaskan untuk siapkan Puan Aisyah petang ni," jelas seorang gadis yang membawa beberapa buah beg ditangannya.

"Eh, saya tak tahu apa-apa pun," dia sudah pun mengerutkan dahinya.

Memanglah Hakim ada suruh dia tukar baju, tapi tak ada pula suaminya memberitahunya tentang orang yang akan membantunya bersiap.

Dia terdiam sejenak sebelum matanya membulat. Mulutnya ditekup. Jangan cakap Hakim nak suruh dia pakai baju yang gadis ini bawa!

"Puan, boleh kami masuk?" teragak-agak gadis disebelahnya meminta keizinan. Takut mereka terlambat menyelesaikan tugas ini.

"Eh, masuklah," pintunya dikuak lebih besar membenarkan dua gadis itu masuk ke dalam biliknya.

___________

"Muka saya nampak......" dia merenung seraut wajah yang ada di dalam cermin. Wajah itu mirip wajahnya. Cuma, dipenuhi dengan make up. "Lain,"

Kini, dia sedang menyarung sehelai gaun putih yang dihiasi manik-manik kecil dipinggang dan hujung kedua belah lengannya. Terdapat juga sehelai reben yang diikat di pinggangnya berwarna biru. Di kepalanya, tersarung kemas sehelai selendang berwarna sama seperti reben yang terikat dipinggangnya. Tak lupa, ditangannya sekarang terdapat sejambak bunga.

"Cairkan hati yang beku"Where stories live. Discover now