"Sayang, abang ada soalan nak tanya sayang ni,"lemah lututnya mendengar gelaran daripada suami yang baru beberapa jam dinikahinya. Terasa macam kakinya menjadi jeli. Cepat-cepat dia berpaut pada meja solek. Tak nak jatuh.
"Erk....erm...ap....apa dia? "Aisyah sendiri tak tahu apa masalah dengan dirinya sekarang.
"Sayang sakit kepala ke? "Hakim pun, tak perlulah sampai nak terlebih caring waktu-waktu macam ni. Menggigil badannya ketika Hakim memegang bahunya. Dia tahu Hakim pun dapat rasa getaran yang datang daripada badannya.
"Eh saya okay, "lambat-lambat dia anggukkan kepalanya.
Ssup. Matanya bertembung dengan mata Hakim.
Dari mata turun ke hati. Eh eh. Dia sangat menyesal pandang cermin meja solek ni sekarang. Dan kenapalah Hakim pun nak pandang cermin jugak. Perlahan-lahan dia alihkan pandangannya dari cermin. Taknak eye contact."Sayanglah. Bukan saya, "terus Aisyah dipusingkan menghadap Hakim. Senyuman kecil dihadiahkan buat Aisyah.
"Okay, back to the topic. Kenapa sayang tak berterus terang dengan abang pasal ayah sayang? "Aisyah nampak pandangan yang dia sendiri susah nak tafsir. Dia sendiri pon bukan pandai baca diri orang.
"Erm, kalau kita duduk boleh tak, "sejujurnya dia tak selesa dalam keadaan macam ni. Dan tangan dia pon dah penat nak tampung badan dia dari jatuh.
Hakim pun dah tak cakap banyak, terus tangan Aisyah ditarik dan didudukkan di birai katil.
"Sebenarnya, saya eh say....sayang erm masa tu saja je nak tengok sejauh mana abang nak tipu sayang, "
"Pastu kenapa tak bagitau masa abang dah ada dekat kampung? "Hakim kembali menyoal. Dia ralit memandang mata Aisyah mahu mencari kejujuran.
"Sebabbbb....sebab abang tak tanya. Lagipun sayang ingatkan abang dah tahu, "perlahan sahaja suara Aisyah menjawab. Tambah dengan sengihan.
Hakim yang mendengar dah menepuk dahi. Dia punya kalut masa sehari sebelum nak kahwin sebab ingatkan ayah Aisyah tak nak jadi wali, sebab dia langsung tak nampak kelibat ayah Aisyah dari hari pertama dia jejakkan kaki dia dekat kampung. Rupanya ayah Aisyah dah lama meninggal. Dan Abang Zai yang jadi wali untuk Aisyah.
"Alahai, "sepatah je perkataan yang mampu keluar dari mulut Hakim. Tak sangka.
"Takpelah, sayang tidurlah dulu mesti penatkan, "balas Hakim sebelum dia bangun dari birai katil dan melangkah menuju ke pintu kerana dia takut dia akan melakukan sesuatu yang dia tahu Aisyah pasti tidak bersedia. Dia bukanlah seorang lelaki yang imannya terlalu kuat.
Walapun majlis kahwinnya tidak dilakukan dengan meriah kerana hanya melakukan yang wajib sahaja namun tidak semestinya ia tidak memenatkan. Majlis yang serba ringkas. Atas permintaannya sendiri. Menyesalkah dia? Bagaimana impiannya suatu ketika dahulu? Terkilankah dia?
"Sayang, kenapa duduk sini ni? "Lipat maut dia berpusing saat terdengar suara menegurnya dari belakang sekaligus menghentikan segala memori beberapa minggu lepas yang datang menghimpitnya tika ini.
"Erm tadi minum air sekejap,"dia mula bangkit dari kerusi dan berjalan menuju ke tandas tanpa ada rasa mahu memanjangkan perbualan mereka.
"Malam ni bulan mengambanglah, "nak tak nak je Aisyah berpaling. Tahu suaminya mahu membuka topik perbualan.
"Apa awak cakap tadi? "soalnya. Dia tak berapa jelas sebenarnya dengan apa yang Hakim cakap tadi. Yang dia dengar mengambang je. Mungkin bulan mengambang kot.
YOU ARE READING
"Cairkan hati yang beku"
RandomSetelah sah menjadi sepasang suami isteri, misi memikat sang isteri kini dimulakan. Isterinya itu, hatinya terlalu keras! Penat nak lembutkan, tapi tak pernah nak lembut. Siapa yang tidak kenal dengan Aisyah. Hatinya sekeras ais dikutub selatan. Su...