Tengku Alieya yang baru duduk terus di tegur oleh Qira rakan semeja merangkap sahabat Tengku Alieya.
"Liya, tadi cikgu Zam masuk dia cari kau" kata Qira
Berkerut dahi Tengku Alieya mendengar apa yang di katakan oleh Qira.
"Tak payah, nak berkerut sangat lah dahi tu. Sayang oii" Intan dari meja belakang menerpa ke arah Tengku Alieya.
Sempat lagi tangan kanan nya mencubit pipi Tengku Alieya! Auch!
Sadis punya sahabat! Jap kalau korang nak tahu bukan Qira je sahabat Tengku Alieya. Intan pun sahabat Tengku Alieya jugak termasuklah Miza. Miza selalunya datang awal. Entah tak ada pulak Tengku Alieya dengar suara budak tu pagi-pagi ni.
"Boleh mengelamun pulak dia ni" kata Intan sambil tangan nya menarik hidung Tengku Alieya..
Perasan Tengku Alieya mahu menepis tangan nya. Cepat-cepat dia menarik tangan nya semula.
"Kenapa ni? Kau okay tak?" soal Qira
"Okay je"
"Dah tu, kenapa tak pergi lagi?" soal Intan
"Pergi mana?" soal ku bingung.
"Pulak!" mereka berdua menampar dahi mereka
"Pergi jumpa cikgu Zam lah. Apalagi" kata Intan
"Okay-okay. Aku pergi dulu"
"Korang, korang pergi rehat dulu tau. Aku ada hal sekejap" kata Tengku Alieya sambil tangan tak lepas dari menyimpan buku-buku ku ke dalam beg.
"Okay, jumpa dekat tempat biasa tau. Kita orang pergi dulu" kata Miza lalu mereka keluar kelas untuk berehat.
Kaki Tengku Alieya laju melangkah untuk ke bilik pengurusan pelajar.
Korang jangan ingat Tengku Alieya ada masalah pulak dekat sekolah ni okay.
Pintu bilik pengurusan pelajar di ketuk sebelum kaki Tengku Alieya melangkah masuk.
Mata nya melilau mencari cikgu Zam.
"Masuklah, Alieya. Cikgu ada benda nak bagitau kamu ni" kata cikgu Zam memeranjatkan aku.
Tengku Alieya pun terus berdiri di hadapan cikgu Zam.
"Ada apa cikgu panggil saya?" soal Tengku Alieya.
Yalah tak pernah-pernah cikgu Zam panggil diri nya. Tiba-tiba je dia di panggil. Kalau cikgu Harun tu, tak lah di hairan sangat sebab dia memang selalu di panggil atas urusan masalah pelajar. Bukan Tengku Alieya tau, pelajar yang bermasalah tu. Tengku Alieya sebenarnya pengawas sekolah. Faham?
"Cikgu panggil kamu sebab, cikgu nak minta tolong kamu. Tolong cari kan budak yang bergaduh semalam tu. Kamu kenal kan mereka berdua?" soal cikgu Zam
"Lah, saya ingat kan apa lah yang cikgu nak bagitau. Rupa nya tu je?" soal Tengku Alieya pula.
"Dah tu, kamu ingat cikgu nak culik kamu? Ada-ada je lah kamu ni. Boleh tak ni?" soal cikgu Zam balik
"Boleh je. Sekejap lagi datang lah manusia dua orang tu jumpa cikgu. Saya pergi dulu ya cikgu" kata Tengku Alieya lalu keluar dari bilik pengurusan pelajar.
Sementara menunggu Tengku Haris datang menjemput, Tengku Alieya di tegur oleh Tengku Irfan.
"Hai liya, sorang je ke? Tak balik lagi?" soal Tengku Irfan.
Tengku irfan atau Abang irfan, merangkap ketua pengawas sekolah Tengku Alieya.
"Hai abang, a'aa sorang je. Tunggu abang ambik. Tadi dia cakap dalam perjalanan tapi lama sangat dah ni. Maybe ada kerja kot"
YOU ARE READING
Cinta Si Gadis Dingin
RomanceNi merupakan first story yang saya buat. Saya harap sangat korang baca. Tolong support saya punya story. Kalau korang baik hati sangat-sangat dekat 'F' (saya). Tolong vote and comment okay. Tengku Alieya Nafiesha seorang yang periang, seorang yang p...