Hari yang di tunggu-tunggu sudah tiba. Semangat Tengku Alieya bangun pagi itu, semua barang sudah di sediakan awal.
Tengku Alieya cuma mengenakan seluar jeans dan t-shirts purple. Sweater pula di ikat di bahagian pinggang. Tengku Azfan sudah berada di hadapan pintu menarik luggage milik Tengku Alieya sementara menunggu adik kesayangan nya turun dari tingkat dua.
Tengku Alieya menjongket kan kening nya bila terlihat wajah sang tunang turut berdiri di sebelah abang nya.
"What are you doing, here? Dengan luggage you"
"Amar kan tunang adik, Amar kan dah jadi sebahagian dari keluarga kita. So, Amar akan ikut kita pergi graduated abang, and dia akan ikut kita bercuti" jawab Tengku Izzuddin.
'Pulak! Baru bertunang je pun!' omel Tengku Alieya geram.
"Oh, macam tu? Abang, kenapa abang tak bawa kakak? Dia pun sebahagian dari keluarga kita"
"Belum, hanya girlfriend abang, mereka belum tunang pun lagi. Dah jom gerak, nanti terlepas pulak flight kita" balas Tengku Izzuddin lalu keluar bersama isteri nya di ikuti Tengku Azfan.
"Kenapa kau tak bagitau aku??!!" bisik Tengku Alieya geram dengan wajah selamba tunang nya.
"Saja, tak nak bagitau. Takkan tak boleh kut? Kalau sayang pergi sorang, mesti sayang akan cuci mata dan lupa kan, biy" bisik Tengku Amar perlahan.
"Boleh blah! Sekarang aku nak pergi cuci mata, okay. Jap, aku pergi cari pencuci baju" tangan Tengku Alieya di tarik perlahan oleh Tengku Amar bila melihat tunang nya seolah mahu mengambil pencuci baju.
"Amboi sayang ni, baru gurau sikit dah nak marah"
"Adik, Amar. Sudah-sudah lah tu, nak bersawit bagai. Cepat, nanti kita terlepas flight" jerit Tengku Izzuddin dari luar rumah.
"Kau lah ni, gatal sangat" pantas jari nya mencubit lengan milik tunang nya lalu berlari mendapatkan papa nya di luar.
Tengku Alieya hanya senyap bila dia terpaksa duduk di sebelah tunang nya, makin jadi rajuk nya bila keluarga nya hanya membuat kerja masing-masing. Di bahagian sebelah kiri kapal terbang pulak, tempat duduk Tengku Hanan, Tengku Izzuddin dan Tengku Azfan yang masih sebaris dengan tempat duduk Amar dan Alieya.
"Sayang jangan lah merajuk, sayang macam sengaja beri peluang untuk pramugari dalam kapal terbang ni untuk pikat biy. Sengaja tau" usik Tengku Amar bila melihat tunang nya hanya memandang ke arah tingkap.
"Kau jangan, nanti aku humban kau keluar dari kapal terbang ni nanti" Tengku Amar di jeling tajam.
Beberapa minit mendiamkan diri, tunang nya di tarik berpaling ke arah nya.
"Sayang, senyum" arah Tengku Amar ketika membuka camera iphone6+ nya untuk berselfie. Pantas Tengku Alieya tersenyum di dalam camera iphone6+ Amar.
"Biar aku yang pegang, kau senyum je" iPhone6+ di tangan tunang nya di ambil.
"One, two, three" sebaik saja kiraan ketiga lampu camera terpancar ke wajah pasangan itu.
"Ma, pa, tengok adik" bisik Tengku Azfan pada Tengku Hanan dan Tengku Izzuddin.
"Amboi, seronok betul budak dua orang tu" kata Tengku Izzuddin.
Tengku Alieya perasan yang keluarga nya memerhati gelagat mereka berdua di sebalik iphone6+ Tengku Amar.
"Kau lah ni, kau tengok family aku tengok apa yang kita buat sekarang. Simpan balik iphone6+ kau" iphone6+ tunang nya di beri kembali kepada tuan nya.
YOU ARE READING
Cinta Si Gadis Dingin
RomansaNi merupakan first story yang saya buat. Saya harap sangat korang baca. Tolong support saya punya story. Kalau korang baik hati sangat-sangat dekat 'F' (saya). Tolong vote and comment okay. Tengku Alieya Nafiesha seorang yang periang, seorang yang p...