TUJUH BELAS

42 7 0
                                    

🎆Eppy Niu Yer🌸🎆

Sudah dua bulan lebih Tengku Alieya menjadi tunangan Tengku Amar, tapi sikit pun tiada di dasar hati untuk menerima jejaka idaman melaya itu sebagai tunang.


Setiap pagi, setiap malam, pasti Tengku Amar akan menghantar pesanan ringkas untuk mengucapkan selamat pagi dan selamat malam. Kekadang-kadang Tengku Alieya berfikir, kemungkinan Tengku Amar membuat perkara yang sama kepada semua awek dia, kot. Nama Tengku Amar pula tidak asing bagi pelajar di sekolah mereka. Kalau dulu, pasti hari-hari Tengku Alieya akan mendapat berita sensasi dari budak sekolah nya mengenai Tengku Amar yang hangat bercinta dengan salah satu pelajar di sekolah mereka dan pada yang sama dia memutuskan hubungan dengan orang lain. Tapi sekarang, sudah tiada lagi topik terhangat mengenai jejaka itu.


Sama ada Tengku Amar mempunyai kekasih atau tidak, sedikit pun tidak di ambil peduli oleh Tengku Alieya perihal tunangnya itu. Hati batu mungkin?


Tengku Alieya akan berpura-pura menjadi tunang yang paling bahagian berdamping dengan Tengku Amar jika di depan semua orang tapi kalau mereka berdua saja, akan hilang status tunangan tu. Sejujur nya, Tengku Alieya masih benci akan Tengku Amar. Sengaja Tengku Alieya mengawal perasaan benci nya terhadap Tengku Amar, bukan apa. Takut pula, kalau tetiba Tengku Alieya suka akan tunang nya itu, dan bila saat itu tiba dia pula yang kecewa kerana di tinggalkan oleh Tengku Amar untuk mengejar cinta wanita lain.


Memandangkan minggu hadapan Tengku Alieya akan menghadapi peperiksaan awal tahun memang tiada ruang langsung buat Tengku Amar menerima layanan atau  balasan text dari dirinya. Tengku Alieya bertindak begitu kerana mahu fokus mengulangkaji dan tidak mahu mendapat keputusan yang tidak cantik di lihat. Tengku Alieya sejenis yang mahu keputusan peperiksaan yang keluar dengan bagus, menarik dan pastilah keputusan itu dapat menggembirakan hati nya memberi kepuasan yang berlipat ganda setelah puas menghadap nota 24 jam. Hanya minggu peperiksaan saja, mama nya Tengku Hanan akan berpihak kepada nya memandangkan Tengku Amar akan menghubungi mama atau papa Tengku Alieya jika dia tidak membalas text yabg di hantar atau panggilan yang di terima dari tunangan nya. Di sebabkan peperiksaan sebarang aduan dari Tengku Amar tidak akan di layan oleh Tengku Alieya.


Buku teks sejarah di buka. Di baca sekali imbas sahaja bab tamadun, memandangkan Tengku Alieya lebih suka mengulangkaji subjek sains. Tapi memandang esok exam sejarah, jadi di paksakan diri nya untuk membuat imbasan pada buku teks sejarah nya itu. Kalau pelajar lain pasti sudah terbongkang tidur yang baru mahu membuka buku teks subjek tersebut tapi diri nya di cekal kan saja hati.




*****************



Bosan pulak bila tak chat dengan Alieya. Gumam Tengku Amar.

Sekarang Tengku Amar sudah tidak keluar dengan mana-mana perempuan. Kalau ada pun Tengku Amar keluar tapi dengan girlfriends yang masih mempunyai hubungan dengan cuma yang mahu mengajak Tengku Amar couple saja yang di tolak mentah-mentah. Tak lah ramai sangat girlfriends nya sekarang, adalah dalam dua tiga orang je. Tengku Amar tahu girlfriends nya bukan nak kan dia sangat cuma diorang nak kan kekayaan yang di miliki oleh keluarga nya saja. Tapi berbalik kepada Tengku Alieya, dia tahu tunangnya itu bukan seperti girlfriends yang di miliki dan sebelum ini.

Tengku Amar melihat wallpaper di iPhone6+ nya itu, gambar Tengku Alieya sewaktu majlis pertunangan mereka.



Kadang-kadang aku perasan, bukan kadang-kadang tapi selalu. Hari tu, mama dengan papa kata, dia nak tunang kan aku dengan budak kampung yang tak sama taraf dengan aku. Tapi, aku nampak Alieya ni. Tak macam budak kampung pun. Rumah dia pun besar, macam rumah aku. Fikir Tengku Amar dengan kerutan di dahi.


Cinta Si Gadis DinginWhere stories live. Discover now