Kerusi di tarik perlahan.
"Adik, sekarang kan dah tak ada abang nak hantar adik ke sekolah. So, Pak Mat yang akan ambil dan hantar adik ke sekolah" suara Tengku Izzuddin memecah kesunyian di pagi hari itu.
Tengku Alieya sekadar memandang kosong minuman hot chocolate yang di sedia kan mama nya itu.
"Adik, papa cakap dengan adik tadi kan" perasan anak nya tidak fokus dengan apa yang baru di kata kan oleh suami nya itu, pantas tangan anak bongsu nya itu di pegang.
"Oh ya adik dengar" jawab Tengku Alieya dengan senyuman yang di buat.
Faham benar dia dengan senyuman yang di buat-buat oleh anak kesayangan nya itu.
Kesian melihat anak nya Alieya kesunyian bila dia dan suami nya sibuk menguruskan hal pejabat menyebabkan anak nya itu kekadang ketandusan kasih sayang ibu bapa. Hasrat untuk menyatu kan anak nya dengan anak sahabat nya itu, akan segera dia dan suami nya terus kan. Tidak lah dia bimbang nanti, jikalau ada orang yang memantau dah mengembira kan anak kesayangan nya itu.
"Adik, ada masalah ke?" soal Tengku Hanan yang sudah tahu apa yang bermain di fikiran anak kesayangan nya yang satu itu.
Tengku Alieya yang sedar mama nya perasan yang dia mulai sedih kerana kesibukkan orang tua nya pantas menggeleng.
"Minggu ni, mama papa sibuk sikit. Tapi, kalau mama papa tak sibuk. Mama papa sendiri yang akan ambil dan hantar adik ke sekolah, okay sayang" Tengku Hanan cuba memujuk anak nya itu.
Kali ni Tengku Alieya pasrah tidak mengangguk mahu pun menggeleng tapi sekadar membalas dengan senyuman.
"Adik, cepat habiskan minuman tu. Nanti adik lewat pulak nak ke sekolah" papa mula menegur ku.
Tengku Alieya terus menghabiskan minuman nya itu.
"Okay pa ma, adik pergi dulu" seperti kebiasaan pipi mama papa nya di cium sebelum diri nya turun ke sekolah.
Sekolah Tengku Azharuddin Maharuddin atau lebih di kenali dengan STAM di pandang kosong. Tak ada seorang pun yang tahu, siapa identiti nya yang sebenar di sekolah itu.
Cuma abang sepupu atau lebih sinonim di panggil Tengku Irfan nya saja, yang mendedahkan nama dia yang sebenar, sebab tu lah pelajar perempuan sekolah milik keluarga nya sahaja yang tergila-gila kan dia. Siapa yang tak tergila-gila kan Tengku Irfan kan?
Siapa yang tak tergila-gilakan Tengku Irfan dah lah handsome, kaya, bijak pula tu. Tapi, sayang nya Tengku Irfan sedikit pun tak layan diorang. Mengedik je tahu!
"Cik, kita dah sampai" kedengaran suara Pak Mad menghentikan lamunan nya.
"Berapa kali adik nak pesan, panggil adik je. Tak suka lah panggil cik-cik ni Pak Mad" rungut Tengku Alieya dengan pemandu baru nya itu.
"Maaf kan Pak Mad ya dik" Pak Mad meminta maaf takut anak majikan nya itu terasa hati dengan panggilan nya tadi.
"Tak apa lah, Pak Mad. Balik nanti Pak Mad tak payah ambil adik. Adik balik dengan abang Irfan je nanti" kata Tengku Alieya pada pemandu baru nya itu.
"Pak Engku dah tahu ke belum dik?" soal Pak Mad lagi.
"Nanti adik call mama papa, adik bagitau diorang. Adik pergi dulu. Assalamualaikum" kata Tengku Alieya sebelum keluar dari perut kereta lalu bergegas untuk masuk ke kelas.
Bukan apa takut diri nya terlewat pulak nak bertugas di pagar sekolah.
"Liya perasan tak budak Idham tu, tak lewat datang sekolah lagi" teguran Lina menghalakan muka Tengku Alieya memandang ke arah Idham.
YOU ARE READING
Cinta Si Gadis Dingin
RomanceNi merupakan first story yang saya buat. Saya harap sangat korang baca. Tolong support saya punya story. Kalau korang baik hati sangat-sangat dekat 'F' (saya). Tolong vote and comment okay. Tengku Alieya Nafiesha seorang yang periang, seorang yang p...