DUA BELAS

60 8 2
                                    

Tengku Alieya sudah pun selesai di dandan kan oleh jurusolek yang di upah oleh Tengku Hanan.

Nasib baik dia tak conteng-conteng muka aku, dia jumpa pakai kan foundation di muka ku dan pelembap bibir untuk bibir aku. Kalau tak, memang aku karate dia. Desis nya perlahan.

"Alieya, cantik nya kau" jerit Miza apabila mereka masuk ke dalam bilik Tengku Alieya. Bilik Tengku Alieya sudah pun di hias seperti tema yang di tetapkan oleh Tengku Hanan.

Sebetul nya Tengku Alieya rasa macam nak lari aje dari majlis pertunangan nya itu. Kalau lah sahabat-sahabat nya tahu apa perasaan Tengku Alieya saat ni mesti sahabat nya itu sedih. Di sebabkan itulah dia berpura-pura gembira.


"Alieya, aunty keluar dulu ya" pamit jurusolek tadi.

"Siapa tunang kau eh? Mesti dia hensem kan and dia mesti happy sebab dapat tunang yang cantik macam kau" puji Haliza.

Tengku Alieya mencebik dalam diam.

Happy apa nya, aku sikit pun tak rasa happy. Desis nya.

Bila teringat kan waktu diri nya di solek oleh jurusolek mama nya, abang nya masuk ke bilik nya dengan seorang perempuan. Dalam diam diri nya memuji perempuan tu cantik. Mungkin perempuan itu yang abang nya maksud kan sebelum ni.


Mesti sekarang abang tengah borak dengan orang yang dia cinta. Keluh Tengku Alieya dalam diam.

Pintu bilik Tengku Alieya di ketuk sebelum seseorang meminta izin masuk.

"Boleh Irfan masuk?"

Tengku Irfan memang macam ini, kalau depan orang dia orang cuma pakai nama, tapi kalau dengan keluarga mereka sahaja baru lah mereka akan guna abang adik.

"Masuk je Fan, kita orang je dalam bilik ni" pelawa Tengku Alieya.

"Wow, cantik nya kesayangan Irfan" puji Tengku Irfan yang tidak perasan dengan kewujudan Bella.

Dapat Tengku Alieya tangkap wajah muram sahabat nya yang satu itu ketika abang sepupu nya memuji diri nya.

"Apa Irfan merepek ni, Alieya tak lama lagi akan jadi tunangan orang lah" kata Qira lalu menepuk bahu Tengku Irfan kuat.


"Aduh, tangan besi ke apa ni? Sakit tahu tak. Aku tahu lah, tapi, dia tetap akan jadi kesayangan aku sampai bila-bila" hidung Tengku Alieya menjadi sasaran menyebabkan adik sepupu nya itu merengus geram.

"Bella, sini aku nak bagitau something. Sahabat-sahabat aku semua tahu Irfan siapa dengan aku. Cuma kau je belum tahu" kata Tengku Alieya, jelas tersentak wajah Tengku Irfan dan Bella.

"Actually, Irfan ni cousin aku, dan Irfan tolong hormat Bella sebagai sahabat Liya. Boleh?"

"Kau tak patut bagitau aku, aku tak perlu tahu semua tu" sampuk Bella.

"Kau sahabat aku, dan kau patut tahu pasal tu"

"Boleh tak Fan?" Tengku Irfan diam membisu.

Seboleh nya Tengku Alieya tak mahu abang sepupu nya terus-terusan benci kan Bella. Kalau boleh dia nak diorang berkawan, lebih dari kawan pun tak pe. Lagi Tengku Alieya suka.

Baru aje Tengku Irfan nak jawab soalan Tengku Alieya, suara Tengku Azfan di pintu menghalang Tengku Irfan dari menjawab soalan Tengku Alieya ketika itu.


"Adik, keluarga belah lelaki dah sampai. Adik bersedia ya" ubun-ubun adik nya itu di cium penuh kasih.

"Korang jagakan adik aku, boleh?" wajah sahabat-sahabat adik nya itu di pandang silih berganti.


Cinta Si Gadis DinginWhere stories live. Discover now