Seperti biasa dewan makan akan di kerumuni pelajar bila tiba waktu rehat.
Aku, Qira, Intan dan Miza macam biasa duduk di bahagian sebelah kanan kantin. Meja yang kami biasa duduk semasa rehat.
"Korang nak makan apa?" soal Qira
"Macam biasa lah. Takkan kau tak tahu" kata ku lalu mengeluarkan not berwarna merah dan di hulur kan kepada Qira.
"Kau ni, macam mana tak gemuk! Kalau hari-hari makan nasi ayam" perli Intan
Aku merenung mata nya tajam! Sibuk je, biarlah badan aku, bukan badan kau!
"Mana ada hari-hari aku makan nasi ayam! Kau je memandai!" marah ku pada Intan.
Taklah marah betul-betul. Acah-acah je.
"Kau pulak?" soal Qira pada Miza
"Sama lah dengan Liya" miza menghulur kan RM5 pada Qira.
Qira mengambil RM5 dari Miza. Mereka berdua meninggalkan kami berdua untuk membeli makanan.
"Aku hairan lah dengan sekolah ni" kata ku pada Miza
"Kenapa pulak?"
"Kau tak perasan ke pelajar dekat sekolah ni? Sebahagian dari pelajar sekolah ni, macam tak penting kan pelajaran, cuba kau tengok betul-betul cuma budak biasa-biasa je yang bersungguh-sungguh nak belajar. Cuba kau tengok budak ala-ala hot yang parents kaya raya, mereka yang berdarjat tinggi, sebahagian dari mereka gunakan duit untuk mempergunakan semua orang. Aku tak suka, sedangkan kita semua ni sama je" bebel ku panjang lebar.
"Wahai, Tengku Alieya Nafiesha binti Tengku Izzuddin. Kau kena tahu jugak, pihak sekolah ni tak kesah pun pasal pelajar mereka melainkan duit" terang Miza
"Kenapa kau, sebut nama penuh aku, kenapa? Kalau ada orang dengar macam mana, Hasmiza Sakila binti Dato Hasmizan" bisik ku ke telinga Miza.
"Sorry" kata Miza lalu membuat muka comel.
"Tapi tak semua pihak sekolah macam tu, okay"
"Apa yang korang bual kan" sergah Intan lalu meletak kan nasi ayam yang aku pesan tadi.
"Tak ada apa-apa pun. Borak kosong je. Cepat lah duduk, aku lapar ni" Miza menepuk-nepuk perut nya.
Seusai je makan, kita orang masih lagi duduk di kantin berbincang mengenai plan kita orang nak hangout hujung minggu ni.
"Kau macam mana Liya? Kau dapat tak keluar?" soal Miza
"Tak tahu lah. Nanti aku tanya papa aku. Lepas tu, aku terus bagitau korang lepas aku tanya papa, mama aku. Kor-" ayat aku mati apabila mendengar suara pelajar perempuan yang mengedik minta perhatian abang Irfan.
"Start dah, si pontianak ni duk terjerit-jerit macam kena histeria. Korang masuk kelas cepat, aku nak bertugas ni" aku mengarahkan Qira, Intan dan Miza supaya cepat masuk ke kelas. Bukan apa, aku tak nak kawan aku kena hukum di sebabkan lewat masuk kelas.
Aku meluru ke arah abang Irfan and the geng. Budak dekat sekolah ni, memang tak senang duduk kalau tengok aku dan geng kak Lina dekat dengan abang Irfan diorang!
"Ada, rupa nya kamu. Ingat kan masuk kelas tadi" kata kak Shifa
Aku hanya tersengih memandang kak Shifa.
"Tersengih-sengih pulak dia" kata kak Wahida sambil kepala nya di gelengkan beberapa kali.
Kak shifa dan kak Wahida ni pulak, kawan baik kak Lina plus pengawas perempuan yang teman aku, bertugas waktu rehat.
YOU ARE READING
Cinta Si Gadis Dingin
RomanceNi merupakan first story yang saya buat. Saya harap sangat korang baca. Tolong support saya punya story. Kalau korang baik hati sangat-sangat dekat 'F' (saya). Tolong vote and comment okay. Tengku Alieya Nafiesha seorang yang periang, seorang yang p...