Tengku Amar yang baru pulang dari menghantar Tengku Alieya di sapa oleh mama nya, Tengku Marina yang sedang duduk di ruang tamu rumah mereka.
"Amar baru balik? Macam mana date? Semua okay?" soal Tengku Marina yang masih tidak perasan dengan riak wajah Tengku Amar yang kelihatan marah.
"Amar okay tak? Macam tak okay je?" tambah Tengku Marina lagi bila perasan anak nya tidak menjawab soalan nya sebentar tadi.
"Amar tak pergi date, Amar cuma pergi berbincang dengan Tengku Alieya Nafiesha Binti Tengku Izzuddin" nama penuh Tengku Alieya meniti di bibir Tengku Amar, anak mata milik nya menikam anak mata mama nya.
Jelas terpancar riak terkejut di wajah Tengku Marina bila Tengku Amar menyebut nama penuh Tengku Alieya yang sebenar.
"Konon nya Amar akan di tunang kan, dengan perempuan kampung yang kolot! Lama mana pun mama papa tipu Amar, lambat laun akan terbongkar juga penipuan tu" serkap Tengku Amar dengan senyum sinis.
Niat di hati bukan nak bersikap kurang ajar dengan mama nya, tapi kemarahan yang di tahan dari tadi tidak dapat di tahan lagi.
"Amar, mama tak ada niat nak tipu Amar"
Tengku Amar tersenyum sinis. "Takde niat?"
"Amar, kita orang buat macam tu sebab tak nak Amar tahu sebab kalau Amar tahu, Amar mesti akan setuju bertunang dengan dia sebab dia sama taraf dengan kita. Mama tak nak macam tu, biar Amar terima Alieya yang bersederhana. Terima Alieya sebab hati dia bukan darjat. Tapi,"
"Tapi apa?! Mama nak tipu Amar lagi!" sergah Tengku Amar membuat kan Tengku Marina terkejut.
"Amar! Kenapa Amar bercakap dengan mama Amar macam tu!" Tengku Zainal yang melihat Tengku Amar bersikap kurang ajar terhadap mama nya, menyebabkan diri nya ikut menengking sehingga tidak terkawal api kemarahan nya. Terkejut dia bila balik sahaja melihat Tengku Amar menengking mama nya sendiri.
"What? Cuba papa teka, Amar date dengan siapa tadi? Nak tahu apa nama dia?" soal Tengku Amar sinis kepada papa nya, Tengku Zainal.
"Siapa? Amar jangan nak macam-macam dengan papa! Amar keluar dengan perempuan mana?!" kata Tengku Zainal dengan nada tegas.
"Of course lah, dengan Tengku Alieya Nafiesha Binti Tengku Izzuddin merangkap tunang Amar" balas Tengku Amar dalam nada memerli.
Kali ni, Tengku Zainal pula yang terkejut bila anak nya menyebut nama penuh milik Tengku Alieya.
Tengku Marina sudah menangis teresak-esak bila melihat Tengku Amar marah sangat pada mereka berdua.
"Amar boleh salah kan kami, tapi please. Jangan salah kan Alieya. Dia tak tahu apa-apa pasal benda ni. Mama merayu jangan putus kan pertunangan ni" Tengku Marina mula menarik tangan Tengku Amar dan di genggam erat.
"Memang Alieya tak salah, sebab dia pun tak tahu yang Amar ni berketurunan Tengku. Dan Amar tak tahu, sama ada, Alieya akan putus kan pertunangan ni. Atau tak!" Tengku Amar cuba menarik tangan nya yang di genggam oleh mama nya, Tengku Marina.
"Lupa kan jelah, Amar. Lagipun, Amar sendiri yang kata. Amar memang suka kan Alieya dan Amar tak kisah kalau Alieya tu perempuan kampung" Tengku Zainal bersuara dengan nada yang tenang.
"Ya memang Amar tak kisah, tapi kenapa papa mama sanggup tipu Amar? Itu yang Amar nak tahu!"
"Papa tak nak Amar jadi playboy lagi! Papa nak Amar berubah! Papa nak anak papa yang dulu! Sebab tu, papa ugut Amar! Itu je papa dapat buat! Supaya Amar ubah perangai Amar!" Tengku Zainal menjelaskan perkara sebenar mengapa Tengku Amar mahu di pertunangkan.
YOU ARE READING
Cinta Si Gadis Dingin
Любовные романыNi merupakan first story yang saya buat. Saya harap sangat korang baca. Tolong support saya punya story. Kalau korang baik hati sangat-sangat dekat 'F' (saya). Tolong vote and comment okay. Tengku Alieya Nafiesha seorang yang periang, seorang yang p...