Tarikh pertunangan sudah di tetapkan, nak tak nak Tengku Alieya terpaksa setuju untuk bertunang dengan buaya darat a.k.a Tengku Amar. Tengku Alieya secara langsung memang tak tahu apa-apa fasal Tengku Amar, dia dari mana? Kaya ke tak? Dari golongan mana? Tengku? Ke orang yang jenis kais pagi makan pagi, kais petang makan petang memang tidak di ambil tahu langsung.
Mengenai hal pertunangan nya terpaksa di beritahu buat Haliza, walaupun Tengku Alieya dan Haliza sudah lama tidak berjumpa, hal itu tetap sampai kan buat sahabat nya yang satu itu. Sahabat dari kecil lagi, malah tiada rahsia di antara mereka walaupun mereka tinggal berjauhan.
Tengku Alieya berjalan ke beranda bilik nya, sejuk suasana malam tika itu. Mata di pejam rapat untuk beberapa minit untuk menghilangkan perkara yang bermain di benak fikiran nya.
Mata di celik perlahan, baru diri nya teringat fasal Bella.
Dia perlu tahu perkara ni sebab dia kan sahabat aku. Omel nya perlahan.
Miza, Intan dan Qira sudah terlebih dahulu di maklum. Nombor telefon Bella di dail, tak lama selepas itu kedengaran suara Bella memberi salam. Ada dalam 15 minit dia bercakap dengan Bella di telefon. Bella pun akan turut serta menginap di rumah nya di ikuti Haliza, Miza, Qira dan Intan.
Pintu bilik di ketuk beberapa kali, tak lama selepas itu, Tengku Hanan masuk ke dalam bilik anak gadis nya yang satu itu.
"Sayang, mana nak cakap something ni?" ujar Tengku Hanan lalu duduk di birai katil di ikuti Tengku Alieya.
"Ada apa ma? Kalau pasal Amar, esok mama cakap ea. Sekarang adik mengantuk sangat, adik nak tidur" kata Tengku Alieya dengan suara yang perlahan.
"Mama cuma nak kata, esok adik ikut Amar pergi cari cincin tunang korang ya" kata Tengku Hanan dengan tangan nya mengusap kepala Tengku Alieya perlahan.
"Ma, adik tak nak ikut Amar pergi cari cincin tunang kita orang" balas Tengku Alieya jujur.
"Ta-" belum habis lagi ayat Tengku Hanan Tengku Alieya terlebih dahulu memotong kata-kata mama nya.
"Ma, cukup. Biar Amar yang pilih cincin tu dan kalau betul dia jodoh adik. Cincin yang dia beli nanti mesti muat dengan jari adik" jawapan yang cukup ringkas membuatkan si mama nya terdiam.
"Okay lah, kalau kamu dah cakap macam tu. Macam mana dengan kawan adik?"
"Diorang akan datang rumah kita hari sabtu, dan menginap di rumah kita"
"Okay lah kalau macam tu. Adik tidur lah. Mama nak masuk bilik" ujar Tengku Hanan lalu mencium dahi anak bongsu nya lama.
Tengku Amar merayu pada papa nya dengan wajah yang penuh pengharapan.
"Pa, tolong cepat kan majlis pertunangan Amar" rayu Tengku Amar pada papa nya.
"Bukan Amar tak nak bertunang ke? Amar boleh ke terima dia? Dia miskin, sikit pun dia tak sama taraf dengan Amar. Boleh ke Amar terima dia?" perli Tengku Zainal pada anak teruna nya itu.
"Pa, Amar dah lama suka dia. Amar tak kisah kalau dia miskin or what!. Amar tetap nak bertunang dengan dia. Tolong lah Amar pa" kata Amar bersungguh-sungguh.
"Esok, Amar ikut mama pergi cari cincin tunang korang" kata Tengku Zainal.
Yes! Esok aku dapat jumpa dia! Omel nya perlahan.
"Tapi, Alieya tak ikut. So, kamu cari lah cincin yang sesuai untuk Alieya. Boleh?" sampuk Tengku Marina membuat Tengku Amar down tiba-tiba.
YOU ARE READING
Cinta Si Gadis Dingin
RomanceNi merupakan first story yang saya buat. Saya harap sangat korang baca. Tolong support saya punya story. Kalau korang baik hati sangat-sangat dekat 'F' (saya). Tolong vote and comment okay. Tengku Alieya Nafiesha seorang yang periang, seorang yang p...