DUA PULUH DUA

27 4 0
                                    



Seperti yang di janji kan oleh Tengku Hanan, mereka sekeluarga menyambung kerja yang tergendala semalam. Aquarium of western Australia, tempat yang terakhir keluarga Tengku Alieya pergi selepas mereka selesai dari makan tengah hari dan sebelum mereka balik ke rumah mereka.




Tengku Alieya yang sedang leka memandang ke arah ikan-ikan kecil di Aquarium of western Australia tanpa sedar Tengku Amar mengambil beberapa gambar nya.



'Cantik.' puji Tengku Amar dengan perlahan.


Tak pernah dia berasa tenang sebegitu apabila dengan ex-ex girlfriends dia dulu. Penangan cinta Tengku Alieya kot!


Tengku Alieya yang perasan tunang nya, asyik tersenyum-senyum tersengih-sengih memandang ke arah nya. Terus berlalu ke arah tunang nya. Sekeliling nya di pandang, mencari kelibat keluarga tersayang tapi seorang pun yang dia tak nampak kecuali 'encik' tunang di hadapan nya.



Tangan nya mula melambai-lambai di wajah tunang nya, melihat tiada respon di beri. Terus Tengku Alieya membisik sesuatu di telinga Tengku Amar.


"Kau tengok siapa? Kau usha awek Aussie ea? Tersengih-sengih macam kerang busuk!" bisik Tengku Alieya terselit nada memerli nya sekali.


Terkejut Tengku Alieya apabila Tengku Amar tiba-tiba memeluk nya.


"Kenapa? Sayang jealous ea? Biy tengah usha tunang biy lah, takkan nak usha perempuan lain kot" Tengku Amar mengeratkan pelukan nya lagi pada tubuh tunang nya.


"Lepas" hanya satu perkataan sahaja yang di keluar kan oleh Tengku Alieya, mata nya turut di besarkan untuk menakutkan Tengku Amar.


Tengku Amar terus tergelak melihat Tengku Alieya membesar kan mata nya. Malah di cium nya kedua-dua kelopak mata Tengku Alieya membuatkan Tengku Alieya tergamam seketika.

"Sayang, are you okay? Kenapa pejam mata?" soal Tengku Amar, tangan nya masih berada di pinggang Tengku Alieya. Tidak mahu melepaskan tunang nya barangkali.


"Kenapa kau buat macam tu?" sekali lagi Tengku Alieya membesarkan mata nya.


"Besarkan lagi mata tu, ingat biy takut ke? Never, sayang tak takutkan biy. Malah, sayang buat muka comel dekat biy tadi, sebab tu biy kiss mata sayang. Comel macam panda" kata Tengku Amar selamba.

"Kalau kau tak lepas, kita putus" ugut Tengku Alieya. Tengku Amar yang mendengar ugutan Tengku Alieya hanya tergelak. Tak tergugat langsung dengan ugutan tunang nya itu.


"Biy tak kan termakan dengan kata-kata sayang, putus konon! Tapi hati, sayang!" gelak Tengku Amar.

'Tak guna betul! Dia dah tak nak dengar ugutan aku!' Desis Tengku Alieya.

"Kenapa muka cemberut sangat ni? Marah biy? Ke, cari idea nak minta putus? Tapi hati kata sayang, hmm?" usik Tengku Amar.


"Sayang? Never! Sikit pun tak ada rasa sayang untuk kau" kata Tengku Alieya dengan sinis membuatkan gelak Tengku Amar mati.


"Kenapa berhenti gelak? Takut? Ingat, aku sikit pun tak suka kan kau! Kalau kau nak putus kan pertunangan, go a head. Aku tak kesah, malah aku suka. Aku tahu kau pura-pura depan mama papa aku, dan aku tak akan biarkan diri aku tergolong dalam mangsa-mangsa kau. Aku bukan macam girlfriends kau yang bodoh tu!" pedas sungguh kata-kata Tengku Alieya di telan oleh Tengku Amar.


Riak wajah Tengku Amar terus berubah. Mata Tengku Alieya di pandang dengan tajam, pelukan nya malah di ketatkan.


Tengku Alieya pula merasa tidak selesa bila Tengku Amar berkelakuan begitu kepada diri nya. Beberapa kali dia mencuba untuk melepaskan diri nya tapi percubaan nya semua gagal. Mata Tengku Amar di pandang, mata Tengku Amar memang tidak beralih dari memandang mata nya dengan pandangan tajam.


Cinta Si Gadis DinginWhere stories live. Discover now