TUJUH

186 12 0
                                    

Semenjak kejadian di majlis syarikat bulan lepas, Bella tidak berani menegur, memaki, mengugut Tengku Alieya lagi.

Kalau tidak silap Tengku Alieya, papa nya sudah mengambil keputusan untuk tidak melabur di syarikat daddy Bella lagi kerana ada sesuatu yang berlaku tanpa di ketahui Tengku Alieya apa sebab nya.

"Termenung jauh nampak?" tegur Qira di sebelah nya.

"Mana ada, aku pergi toilet jap" kata nya lalu berdiri.

Meja Razman di tuju, kawan sekelas merangkap ketua tingkatan kelas mereka.

"Raz, aku nak ke toilet sekejap. Boleh?" soal Tengku Alieya pada Razman yang tekun membaca buku.

"Boleh, tapi jangan lama sangat. Takut cikgu dah sampai nanti, bila kau baru nak masuk kelas" ujar Razman.

Tengku Alieya sekadar mengangguk kecil.

Tengku Alieya berhenti dari mencuci tangan nya, apabila diri nya terdengar budak kelas sastera mencerita mengenai Bella kepada kawan nya yang sedang membetulkan tudung di sebalik cermin di hadapan nya itu.

"Aku dengar macam tu lah, tapi aku tak tahu apa sebab dia nak tukar sekolah. Maybe family dia ada masalah kot sebab aku dengar syarikat papa dia dah nak bankrupt. Sudah lah tu, dari tadi kau betul kan tudung kau. Aku takut cikgu dah masuk kelas. Cepat lah" kata budak kelas sastera tadi menarik tangan kawan nya yang sorang lagi.

Betul ke, syarikat daddy Bella nak bankrupt? Takpe balik ni, aku jumpa dia.























"Korang aku balik dulu, jumpa esok. Assalamualaikum" salam di beri buat Qira, Intan dan Miza lalu kaki nya bergegas keluar dari kelas.

Tengku Alieya berdiri di kawasan tangga blok kelas mereka. Diri nya ternampak Bella dan kawan-kawan nya turun dari tangga.

"Bella" panggil Tengku Alieya.

Bella memandang ke arah Tengku Alieya pelik.

Tak pernah-pernah diri nya di panggil mahupun di tegur oleh Tengku Alieya tu.

"Aku nak cakap sikit dengan kau, boleh? Just you and me" soal Tengku Alieya apabila kawan-kawan Bella berbisik dengan Bella.

"Korang balik dulu. I nak cakap dengan Alieya kejap" kata Bella dengan nada sopan-santun.

Maybe dia dah berubah kot. Omel Tengku Alieya.

"Ikut aku, kejap" kaki nya terus melangkah ke arah kantin sekolah.

"Ada apa kau panggil aku?" soal Bella perlahan.

"Betul ke aku dengar syarikat daddy kau dah nak, bankrupt? Macam mana boleh jadi macam tu? Aku tak rasa di sebab kan papa aku tak nak lagi melabur dalam syarikat daddy kau, syarikat daddy kau sampai nak bankrupt. And kenapa kau nak tukar sekolah?" soal Tengku Alieya terus.

Tengku Alieya perasan air muka Bella berubah! Bella menundukkan kepala nya, memandang lantai kantin.

"Bella, please answer my question!" kedua-dua belah lengan Bella di pegang.

Tengku Alieya mula terdengar ada tangisan di sebalik Bella menundukkan kepala nya. Takkan Bella menanggis?

"Syarikat daddy memang dah nak bankrupt. Daddy aku bankrupt bukan di sebab kan papa kau tak nak melabur dalam syarikat daddy aku tapi di sebabkan daddy aku menipu dalam syarikat daddy sendiri. Semua rakan bisness daddy tahu daddy menipu dalam bisness diorang sebab tu semua rakan bisness daddy batalkan kontrak diorang semua sekali. Semakin hari syarikat daddy menurun secara mendadak dan akhirnya dah nak bankrupt. Daddy terkejut syarikat daddy nak bankrupt dan di sebabkan itu juga daddy di serang sakit jantung. Aku terpaksa tukar sekolah sebab family aku tak dapat nak tampung kos pembelajaran aku dekat sekolah ni" Bella menerangkan perkara sebenar syarikat daddy nya dan di selangi dengan tangisan nya.

Cinta Si Gadis DinginWhere stories live. Discover now