Dua hari sebelum balik ke tanah air, Tengku Izzuddin sekeluarga memilih untuk pergi ke Bondi Beach membuat aktiviti beriadah.
Habis semua tempat mereka mahu jelajahi termasuklah luna park, taronga zoo dan lain-lain. Sampai sahaja di Bondi Beach, mereka mengambil keputusan untuk berkelah terus di Bondi Beach. Bekalan yang di bekal sudah pun di keluar kan, tinggal nak makan je lagi.
Tengku Alieya mengambil air untuk minun. Tengku Alieya yang baru mahu minum air kegemaran nya itu terus terbantut bila Tengku Amar merampas air minuman nya dan berlari menjauhi Tengku Alieya.
"Mama, papa! Tengok Amar ambil air adik! Benci lah macam ni" rengek Tengku Alieya pada orang tua nya.
"Pergi lah kejar sana, adik oi. Dapat kan balik barang adik. Fight for what is yours" kata Tengku Izzuddin kepada anak perempuan nya.
Tengku Amar yang tidak jauh dari nya di pandang dengan tajam, kelihatan Tengku Amar senyum mengejek ke arah nya.
"Tak guna pun tunang!" Tengku Alieya terus mengejar Tengku Amar di gigi air yang tidak jauh dari nya. Tengku Amar terus berlari mengundur dari Tengku Alieya.
"Mari lah sayang, nak minuman sayang ke tak?" minuman Tengku Alieya di layang kan sedikit sambil Tengku Amar ketawa mengekek ke arah Tengku Alieya. Melihat Tengku Alieya cemberut menambah kan lagi gelak nya.
Geram dengan riak yang di pamerkan oleh Tengku Amar untuk nya, tidak tunggu lama Tengku Alieya terus memecut ke arah Tengku Amar, tanpa Tengku Amar sedar, cik tunang kesayangan nya sudah pun berada di hadapan nya.
Cepat tangan nya di hala ke langit untuk mengelakkan Tengku Alieya mengambil minuman nya.
"Ambil lah kalau nak" gelak Tengku Amar lalu menjongket kening nya beberapa kali.
Masalah yang di alami oleh Tengku Alieya yang jauh rendah dari tunang nya, menyebabkan tangan nya terpaksa mengapai-gapai untuk mengambil minuman nya.
Sakit hati mula menguasai diri, dia terus menukar taktik dari mengapai dengan tangan terus melompat tinggi untuk merampas air minuman nya. Tengku Amar menggeleng kepala beberapa kali dengan gelak nya.
"Tak padan dengan pendek, ada hati nak lawan encik tunang ya tinggi ni ya?"
"Dah tahu aku pendek, bagi lah minuman aku. Aku haus ni!" desak Tengku Alieya. Tubuh tunang nya itu di tampar kerana kegeraman.
"No no no, mesti berusaha untuk ambil sendiri" Jari telunjuk di gerak ke kiri ke kanan beberapa kali.
"Erk?! Dah give up ke cik tunang?" soal Tengku Amar bila melihat Tengku Alieya tidak melompat untuk mengambil minuman nya tapi malah duduk di gigi air.
"Penat! Kan aku dah kata aku haus tapi kau tak percaya!"
"Okay, fine. Last! Kalau dapat I bagi, kalau tak dapat. I minum air you. Faster, i give you one chance! Faster honey" Tengku Alieya tidak mengambil masa lama, lalu cuba merampas minuman nya kembali.
Ketika Tengku Alieya melompat, tinggal 3 inci sahaja jarak tangan nya dan minuman di tangan Tengku Amar, tiba-tiba seseorang terlanggar Tengku Amar menyebabkan Tengku Amar jatuh dan tertolak Tengku Alieya sekali.
Sekarang tiada ruang langsung di antara mereka, dengan posisi Tengku Alieya terbaring di pantai dan kepalanya di alas kan dengan tangan kiri Tengku Amar. Manakala Tengku Amar pula meniarap di atas badan Tengku Alieya.
Waktu ketika itu seolah terhenti, tiada pergerakan. Mata sahaja yang berperanan ketika itu memandang sesama sendiri.
Dup! Dap! Dup!
YOU ARE READING
Cinta Si Gadis Dingin
RomanceNi merupakan first story yang saya buat. Saya harap sangat korang baca. Tolong support saya punya story. Kalau korang baik hati sangat-sangat dekat 'F' (saya). Tolong vote and comment okay. Tengku Alieya Nafiesha seorang yang periang, seorang yang p...