ENAM

98 13 4
                                    

Tengku Alieya dan Intan yang kebetulan lalu di kawasan bella and the geng terhenti langkah mereka apabila terdengar nama Tengku Izzuddin di sebut oleh Bella.

"Daddy I kata, I mesti pakai lawa-lawa, cantik-cantik malam ni sebab daddy I kata dia nak bawa I jumpa pelabur terbesar dalam syarikat daddy I and daddy I kata pelabur terbesar tu ada 2 orang anak" kata Bella dengan bangga nya.

"Woww, mesti anak pelabur tu, handsome and cantik" puji Sera merangkap bestfriend bella.

"Daddy I kata anak Tengku Izzuddin tu memang handsome and cantik. Daddy I suruh I bodek dia untuk kawan dengan I and of course lah I akan berkawan dengan diorang. Orang yang terkemuka kot. Dah lah mereka pangkat Tengku. Daddy I ada kata juga, yang Tengku Izzuddin pun masih handsome, apalagi wife dia mesti masih nampak muda" Bella terpandang Tengku Alieya yang tidak jauh dari nya.

"Hey, budak miskin! You, pasang telinga aeh! Dasar miskin, busuk pula tu. Aeh please lah, you bukan test kita orang nak berkawan okay. I akan berkawan dengan orang yang sama taraf dengan I je. Tak main lah berkawan dengan orang macam you" Bella menyergah Tengku Alieya dan Intan.

Kening nya di naik kan sedikit dan senyum sinis di beri buat Bella.

"Berani nya kau cakap macam tu" kata Intan geram.

"Berani lah, setakat budak miskin macam, apa nama kau, aku lupa lah" Bella seolah-olah cuba mengingat nama Tengku Alieya.

Di layan kan aje karenah Bella.

"A-lie-ya... Na-fie-sha" sebut Tengku Alieya satu-persatu.

"Lantak lah, Alieya Nafiesha! Kau Intan, kau ni dah lah anak orang kaya. Tapi, berkawan dengan budak miskin macam si Alieya ni!" kata Bella dengan nada menghina.

Dapat di lihat muka Intan menahan amarah nya.

"Aku sedar siapa diri aku. Tapi, kau kena ingat. Tak ada orang yang nak berkawan dengan orang yang bermulut puaka macam kau melainkan budak-budak kau yang dekat belakang kau tu, yang sanggup ikut kau ke mana sahaja. Bagai lembu di cucuk hidung" perli Tengku Alieya.

"Bukan urusan kau! Kau tak layak nak menghina kawan-kawan aku! Aku bagi amaran dekat kau! Jauh kan diri kau dari abang Irfan! Kau ingat aku tak tahu yang kau keluar dengan dia semalam!" nada ugutan di beri oleh Bella.

"Kalau aku ada hubungan pun dengan abang Irfan, aku tak rasa kau perlu tahu sebab apa? Sebab dia tak pernah anggap kau wujud pun selama ni"

"Ergh! Kau tunggu je apa aku nak buat! Jom guys!" Bella meninggalkan mereka dengan hati yang membara.

"Liya, are you okay?" soal Intan risau.

"Aku okay je lah, tadi dia kata tunggu je apa yang dia nak buat kan? Malam ni aku nak tengok. Dia dapat tidur dengan nyenyak ke tak" gelak yang di buat-buat di tayang.

Langkah di atur masuk ke dalam kelas.




Pintu bilik Tengku Amar di ketuk bertalu-talu, kalau di ikutkan hati mahu sahaja di pecah kan pintu milik anak teruna nya itu. Tapi, di tahan kan sahaja niat nya itu.

"Amar, buka pintu ni!" kedengaran suara Tengku Zainal di pintu bilik.

Dengan malas diri nya melangkah ke pintu bilik untuk membuka pintu.

"Papa nak apa?" soal Tengku Amar malas.

"Kenapa Amar tak kemas lagi? Kan malam ni kita ada majlis syarikat"

"Please pa, Amar tak nak pergi majlis tu! Amar still student pa! Apa function kalau Amar ikut sama?" bentak Tengku Amar.

"Okay kalau itu yang Amar nak tak apa! Keputusan papa pun still sama! Amar akan papa kahwin kan dengan perempuan kampung!" Tengku Zainal terus berlalu meninggalkan anak teruna nya yang masih kaku di hadapan pintu!

Cinta Si Gadis DinginWhere stories live. Discover now