LAPAN

139 9 0
                                    

Tengku Alieya tersedar dari tidur nya, jam di dinding Tengku Alieya kerling sekilas. Baru pukul 2 pagi. Terasa haus pula anak tekak nya tika itu. Dia bangun dari pembaring lalu keluar dari bilik. Sampai sahaja ruangan dapur, dia terus membuka pintu peti sejuk untuk mengambil minuman jus oren. Dia peduli apa elok ke tak minum jus pukul 2 pagi ni. Jus oren terus dia minum rakus. Lampu dapur pun dia tak buka. Gelap je!

Entah kenapa dia haus sangat pun, dia tak tahu. Tiba-tiba, ada satu suara menegur nya ketika dia sedang minum jus oren yang di ambil tadi.
Tersedak Tengku Alieya bila di tegur sebegitu.

"Haus nampak?" macam kenal je suara ni.

"I wait for your answer" kata suara tu lagi.

Suara dia macam abang! Tapi, abang belum balik lagi! Alamak terasa seram sejuk pula aku sekarang ni. Omel nya perlahan.

Lampu dapur di buka.

"Adik?!"

"Abang?" Tengku Alieya soal si empunya suara tadi.

Mana lah tahu, dia mimpi ke apa. Tiba-tiba aje abang nya muncul di hadapan nya sekarang.

"Abang adik lah ni, kenapa dah tak ingat abang lagi?" soal Tengku Azfan dalam nada mengejek.

Tengku Alieya terus meletakkan gelas yang di minum nya tadi ke atas meja lalu dia berlari ke arah Tengku Azfan.

"Bila abang balik? Tak bagitau adik pun kan" kata Tengku Alieya lalu memeluk abang nya erat.

"Abang baru je balik malam tadi, ingat kan nak surprise kan adik malam tadi. Tapi, bila abang sampai je rumah, adik dah tidur dalam bilik bila abang masuk bilik adik" ujar Tengku Azfan lalu memeluk adik nya kembali.

"Dah minum kan tadi? Jom, abang hantar adik masuk bilik" Tengku Azfan menarik Tengku alit sampai ke bilik tidur adik nya itu.

"Sekarang adik tidur, abang nak masuk bilik. Abang belum rest secukup nya pun tadi. Esok kita borak, okay? Good night" ujar Tengku Azfan lalu membetulkan selimut Tengku Alieya.

















Sedang Tengku Alieya berborak dengan abang nya di balkoni, tiba-tiba kedengaran suara Tengku Irfan memanggil-manggil nama Tengku Azfan.

Bahu Tengku Azfan di tepuk kuat oleh Tengku Irfan!

"Kau tak bagitau aku pun, kan! Kau nak balik sini!" Tengku Irfan duduk di hadapan Tengku Azfan tanpa di suruh.

"Bukan aku tak nak bagitau. Aku sengaja tak bagitau kau, sebab aku nak surprise kan–" anak mata di kerling ke arah Tengku Alieya.

"Kalau aku bagitau kau, confirm ke kau tak bagitau adik? Kau bukan nya pandai simpan rahsia, kalau berkaitan dengan adik" sambung Tengku Azfan lagi.

"Lain kali kau bagitau aku! Aku pandai simpan rahsia" sampuk Tengku Syafiq yang berdiri di hadapan pintu balkoni.

"Bagitau kau? Kau pun sama! Tak pandai nak simpan rahsia" perli Tengku Irfan.

"Kau ni kan" Tengku Syafiq memiat telinga kiri Tengku Irfan.

"Memang ada je kau nak lawan aku! Ingat sikit aku ni lebih tua dari kau" tambah Tengku Syafiq lagi lalu duduk di hadapan Tengku Alieya.

Tengku Alieya sudah gelak sakan dekat Tengku Irfan, abang nya pula sekadar menggeleng kan kepala nya.

"Kalau ya pun, kau tua dari aku. Tak payah lah kau piat telinga aku! Setakat tua setahun tu pun, kau nak berkira. Baik lah abang tua" perli Tengku Irfan lagi.

"Korang ni kan, kalau tak bergaduh depan adik aku, memang tak sah! Suka sangat bagi adik aku tengok korang gaduh" kata Tengku Irfan.

"Aku suruh kau jaga adik aku, kau jaga tak dia macam yang aku suruh?" soal Tengku Azfan pada sepupu nya itu.

Cinta Si Gadis DinginWhere stories live. Discover now