Semenjak arwah daddy Bella dah tak ada, perubahan Bella mulai nampak. Bella sekarang sudah mulai bertudung tak macam dulu suka pakai seksi-seksi, bercakap pun sopan-santun membuatkan Tengku Alieya suka pada perubahan Bella yang sekarang."Kau sihat? Macam mana dengan kehidupan kau sekarang? Everything okay?" soal Tengku Alieya pada Bella yang duduk di sebelah nya.
"Aku sihat, kehidupan aku okay je. Best kan duduk dekat taman ni, tenang je aku rasa" balas Bella.
Tengku Alieya hanya mengangguk kecil sambil anak mata nya memerhati sekeliling taman.
"Kalau kau ada apa-apa masalah, jangan lupa bagitau aku. Aku ada untuk kau" ujar Tengku Alieya perlahan.
Kali ini Bella pula yang mengangguk.
"Kalau tak ada apa-apa, aku balik dulu. Takut mummy aku cari aku pula bila dia balik nanti. Aku pergi dulu tau. Assalamualaikum" Bella berdiri dari duduk nya lalu memeluk Tengku Alieya erat.
"Balik lah, aku pun nak balik juga. Jangan tidur lewat sangat, esok kan sekolah. Waalaikumsalam"
Di dalam kelas pendidikan islam, Tengku Alieya sekelas tekun mendengar penerangan yang berkaitan dengan rukun kahwin dan seangkatan dengan nya. Entah kenapa mereka suka sangat dengan topik yang di terangkan ustaz di hadapan nya.
Habis sahaja ustaz menerang kan bab perkahwinan terus ustaz menyoal anak murid nya seperti biasa, mana tahu. Ada soalan yang bermain di minda anak murid nya.
Tengku Alieya yang jenis tidak melepas kan peluang untuk menyatakan soalan, terus mengangkat tangan kanan nya, meminta perhatian untuk menanyakan apa yang bermain di fikiran nya.
"Ada soalan ke, Alieya?" soal ustaz bila terlihat Tengku Alieya dengan bersemangat mengangkat tangan nya.
"Contoh ya ustaz, contoh sahaja. Macam mana, kalau parents saya kahwin kan saya dengan lelaki pilihan mereka and masa tu saya suka dekat someone dan orang tu pun suka saya, adakah saya akan kata saya tak nak pada mama saya dan pilih untuk berkahwin dengan orang yang saya suka? Macam mana tu ustaz?" soal Tengku Alieya panjang lebar.
Sekelas memandang ke arah Tengku Alieya yang tersenyum sumbing.
Apa pandang aku bagai tak pernah tengok aku? Aku pun tak tahu kenapa aku bersemangat sangat kalau belajar bab kahwin ni. Desis nya perlahan.
Tengku Alieya menunggu dengan sabar jawapan yang akan keluar dari mulut ustaz nya itu. Tengku Alieya memandang ke arah ustaz nya yang tersenyum menahan gelak.
Sudah dia agak. Pasti ada saja soalan KBAT yang di anjurkan oleh anak murid nya itu.
"Apa jawapan bagi soalan Alieya tadi ustaz?" soal Zarul dari meja belakang.
"Baiklah, jawapan bagi soalan yang di anjurkan oleh Alieya tadi————. Kamu kena juga kahwin dengan lelaki pilihan keluarga kamu tu, tinggal kan lelaki yang kamu suka, walaupun kamu cinta kan dia separuh mati sebab pilihan keluarga adalah pilihan yang terbaik. Tak kan lah mama kamu nak kahwin kan kamu dengan lelaki yang tak baik pula. So, kamu kena terima lelaki pilihan keluarga kamu tu, seadanya" jawab ustaz panjang lebar setelah lama mendiamkan diri.
Tengku Alieya mengangguk perlahan dengan senyuman yang tak lekang dari bibir mungil nya itu.
"Even parents saya paksa saya macam mana sekali pun, saya mesti terima? Kalau saya nak berbincang dulu dengan parents saya, kalau saya pujuk parents saya? Kalau saya bagitau parents saya elok-elok yang saya tak nak berkahwin dengan lelaki pilihan diorang, macam mana?" soal Tengku Alieya lagi masih dalam mood bersoal siasat.
YOU ARE READING
Cinta Si Gadis Dingin
Roman d'amourNi merupakan first story yang saya buat. Saya harap sangat korang baca. Tolong support saya punya story. Kalau korang baik hati sangat-sangat dekat 'F' (saya). Tolong vote and comment okay. Tengku Alieya Nafiesha seorang yang periang, seorang yang p...