Iphone6+ Tengku Amar berbunyi, ringtone yang di set kan dalam whatsapp. Anak mata nya memerhati sahaja noti whatsapp, text Tengku Zara yang masuk menarik perhatian sang adik nya yang satu itu.
Kakak: 📷photo
📷photo
📷photo
📷photoGambar apa pulak yang kakak hantar ni? Banyak pulak tu! Getus nya perlahan.
Mesej yang tertera nama kakak nya itu di tekan. Terkejut plus tersenyum Tengku Amar melihat gambar-gambar yang di hantar oleh kakak kesayangan nya itu.
Nak tahu tak gambar siapa yang kak Zara sent? Of course lah gambar tunang aku, Alieya Nafiesha. Sengih nya perlahan.
"Hah! Tersengih-sengih! Kau dah kenapa tersengih-sengih ni?" sampuk Fareez lalu duduk di sebelah sahabat nya itu.
"Kau masih tak percaya kan yang aku tunang dengan Alieya student STAM tu? Ni bukti nya! Kau tengok gambar dia, jangan cakap abang tak payung" kata Tengku Amar dengan tersenyum.
"Oh tidak! Terlepas peluang aku! Huh!" jerit Fareez.
Erk? Apa maksud Fareez ni? Takkan lah dia suka Alieya jugak? Oh tidak! Jangan-jangan! Fareez dah lama kenal dengan Alieya? Jangan cakap Fareez pun sama macam Aizat? Fikir nya.
"Kau suka tunang aku ke?" soal Tengku Amar dengan renungan tajam.
"Kalau kau nak tahu, tunang kau yang sekarang ni lah yang aku selalu cerita dekat kau. Tapi, tak apa lah. Memang dah tertulis kau jodoh dia kot" ujar Fareez selamba.
"Berapa lama kau kenal dia?"
Uih! Serius bebenor wajah Tengku Amar kita ni! Takkan cemburu kot? Getus Fareez perlahan.
"Last year, masa kita orang ikut pertandingan sepak takraw dekat sekolah dia." jelas Fareez.
"Bak sini Iphone6+ aku, takut pulak aku kalau kau curi-curi sent gambar tadi dekat number kau" Iphone6+ milik Tengku Amar yang berada di tangan Fareez di rampas kasar.
"Aku tak pernah mencuri, okay. Even hati perempuan pun aku tak pernah curi, kalau tunang kau tu, baru betul pencuri. Pencuri hati aku dari tahun lepas, aku suka kamuu..." ujar Fareez dengan di akhiri lagu pencuri.
"Banyak lah kau punya curi hati" Fareez hanya tergelak melihat wajah Tengku Amar yang menahan amarah nya.
Tengku Alieya turun dari tingkat atas menuju ke ruang makan, Tengku Alieya perasan Tengku Irfan asyik pandang ke arah Bella. Bella pula tengah berborak dengan sahabat-sahabat nya yang lain.
Wajah Tengku Irfan yang mendatar itu memang susah untuk diri nya tafsir. Dapat Tengku Alieya rasa apa yang Tengku Syafiq cakap kan dengan dia tika itu satu pun dia tak layan. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Berkhayal!
"Abang Irfan. Abang Syafiq cakap dengan abang Irfan kan? Kenapa apa tengok" sengaja Tengku Alieya menggantungkan ayat nya.
Dapat Tengku Alieya rasa abang sepupu nya itu, faham apa yang diri nya maksud kan.
"Kau pandang siapa? Betul ke apa yang aku cakap dekat kau tadi, satu pun kau tak dengar?" soal Tengku Syafiq.
Sudah, kan dah kena soal dengan abang Syafiq. Omel Tengku Alieya perlahan.
"Aku dengar lah apa yang kau cakap, mana ada aku pandang siapa-siapa" nafi Tengku Irfan.
"Eleh, yalah tu!" perli Tengku Alieya.
YOU ARE READING
Cinta Si Gadis Dingin
RomanceNi merupakan first story yang saya buat. Saya harap sangat korang baca. Tolong support saya punya story. Kalau korang baik hati sangat-sangat dekat 'F' (saya). Tolong vote and comment okay. Tengku Alieya Nafiesha seorang yang periang, seorang yang p...