jihye's.
Kepalaku rasa sakit dan pening. Sesekali aku mencuba untuk bergerak menambahkan lagi rasa sakitnya. Jadi, aku berdiam dan meredakan dahulu rasa sakit ini sebelum bergerak. Kelopak mata aku buka perlahan bila rasa pening aku mulai reda.
Dan, perkara pertama yang aku nampak tidak lain dan tidak bukan. Aku nampak, hanya kegelapan. Tiada benda lain lagi yang mata aku mampu biaskan. Tiada apa untuk aku lihat. Tak ada apa lagi untuk aku.
Aku reda.
Aku sudah penat menangis, meratap nasib kenapa aku harus menjadi buta. Aku tahu, walau aku menangis airmata darah sekalipun mata aku tidak mungkin dapat melihat semula. Aku bahkan hanya akan menambah beban buat kakak. Sudahlah selama ini aku cukup menyusahkan hidupnya, terpaksa menyara aku dari kecil sampai besar. Ditambah lagi dengan keadaan aku sekarang ini. Jadi, kalau aku terus terus murung dan sedih, kesannya akan kena pada kakak juga.
Lagipun, peristiwa itu sudah lama berbulan berlalu. Aku perlu untuk meneruskan hidup aku. Tapi, hari itu tidak akan pernah aku lupakan, 24 March. Sepatutnya menjadi hari paling bahagia aku, namun bertukar menjadi hari yang membuat masa depan aku gelap. Sepatutnya, hari itu hari di mana aku dapat membanggakan kakak namun bertukar menjadi hari yang dipenuhi dengan airmata. Aku sepatutnya membawa segulung ijazah untuknya, tapi yang dia dapat adalahberita kemalangan aku.
Aku. . .
Aku sekarang ini, sepatutnya sudah berkerjaya dan membalas jasa kakak. Tapi, aku tak habis-habis habya menyusahkan dia sahaja. Aku jadi orang yang tidak berguna. Aku hanya tahu bergantung pada orang lain.
Kakak telah bersusah payah membesarkan aku dengan titik peluhnya, tapi aku sedikit pun tidak dapat membalas semua jasanya. Sejak kematian mama dengan papa, dialah yang menjadi pengganti, memberikan aku kasih sayang. Dia sanggup berhenti sekolah dan berkerja demi aku. Aku memang adik yang tidak berguna!
Maafkan aku.
Aku berbohong. .
Aku tak boleh terima langsung keadaan aku sekarang ini. Aku masih tidak dapat terima kenyataan yang aku buta. Aku tidak mampu, sungguh. Oh, siapa sahaja di dunia ini pasti tidak sanggup menghadapi dugaan seperti yang aku alami ini. Siapa yang mahu menjadi buta bila sebelumnya dunia ini yang menjadi jamahan mata, huh? Sekarang ini, hanya gelap tanpa warna, cahaya. Hidup aku menjadi gelap segelap pandangan mata aku.
Airmata membanjiri di pipi serta nafas aku mulai tidak teratur. Bila aku bangun terasa ada sesuatu yang tajam menusuk belakang tangan aku. Dan, aku sedar kini aku berada di hospital sekarang. Secara langsung, aku teringat insiden kemarin. Apa yang terjadi pada aku?
Pin ! Pin ! Pin
Kereta hon aku dan, aku terkaku. Aku fobia. Kejadian gelap itu akan datang menerjah bila aku dengar bunyi hon. Jadi badan aku akan segera mengeras sebagai tindak balasnya. Muka aku raup berulang kali. Membuang peristiwa gelap itu dari fikiran. Sambil menyeka airmata yang mengalir. Aku mengeluh halus.
“Hey,” Satu suara menyapa aku, lelaki. Aku kenal dia.
Aku simpulkan senyuman nipis. “Hey, Luhan.”
“Sorrylah. . .Saya lawat awak sekejap sahaja, sebab saya terpaksa rushing untuk pergi kerja selepas ini.” Aku rasa tangan aku diraih ke dalam genggamannya. Hangat.
“It's okay.. Saya faham, awak sibuk, kan? Saya baik-baik sahaja.” Tangan aku gerakkan untuk mengusap tangannya.
Luhan, kawan aku sejak sekolah rendah sampai sekarang. Dia sentiasa ada untuk aku. Iya, dialah satu-satunya sahabat yang aku ada. Dia juga tempat aku mengadu selain kakak. Walau aku tidak nampak, aku dapat dengar keluhan dia.
YOU ARE READING
[EDIT] CAFFEINE
FanfictionCAFFEINE \ B.BAEKHYUN ❝cinta dia seumpama kafein, dan aku ketagih akan dia my sweet latte husband ❞ ON-GOING ☑️ WOLY STORYLINE ROMANTIC/SAD/COMEDY