iv | keluar

540 105 6
                                    

jihye's.

Tapi aku suka kau.

Hentikannya.

Aku bukan angau, tetapi. . .ayat itu sering kali bermain dalam otak aku. Gila, bukan aku yang gila, tapi dia! Pertama dia yang cakap aku hegehkan dia sebab kesalahan aku yang aku sendiri tidak sedar. Aku buta pula, bagaimana aku boleh tahu yang aku sedang tenung dua untuk waktu yang agak lama. Kedua, dia meluahkan perasaan pada aku selepas itu pergi macam itu sahaja tanpa sebarang penjelasan lanjut. Aku juga manusia, ada hati dan perasaan.

Aku biarkan badan aku basah di bawah shower lama. Ak mahu membuang perasaan aku ini. Perasaan yang. . .entahlah.

Sudahlah itu, Jihye.

Tida mungkin, tahu tidak? Tidak mungkin, dia suka kau. Kau itu sudahlah buta, sedar diri itu sedikit. Kau tidak layak untuk Baekhyun. Kau sendiri dengarkan kata-katanya, perempuan yang hegehkan dia. Itu sudah cukup membuktikan yang dia kacak dan digilai ramai. Jadi mengapa dia perlu untuk pandang kau yang buta ini?

Huh. .

Selepas selesai membersihkan diri, tuala aku lilitkan pada tubuh aku dan rambut aku keringkan dengan tuala kecil. Kakak sudah siapkan apa yang perlu untuk aku. Sekarang ini sudah masuk masa rehat tengahari, jadi dia memang selalu akan balik dan masakkan untuk aku. Aku memang menyusahkan dia, kan?

Aku menapak keluar dari bilik air dan aku terkejut sebab tiba-tiba badan aku dipeluk, kakak yang peluk aku. Aku menjadi hairan dan aneh. Cuma, keenapa dan mengapa? Jadi, aku pegang lengannya dan goyang perlahan bila aku rasa kakak macam terpaku. Ada sesuatu yang berlakukah?

“Baekhyun, errr. . .Maaf iya, tapi boleh tidak kalau kamu keluar sekejap?”

“Oh! Oh iya, baiklah.”

Mata aku terus membuntang luas bila aku memdengar suaranya. Itu Baekhyun, bukan? Dia berada di dalam rumah ini, dan aku. . . Ergh! Dia nampak aku, separa bogel ini? Tidak!

Baekhyun!

Aku langsung tidak boleh untuk marah sekarang ini. Aku tidak pasti kenapa, kerana aku sendiri tidak mempunyai alsebab yang munasabah. Aku memang geram sangat bila ingat balik pasal tadi yang dia nampak aku dalam keadaan yang memalukan itu. Aku berasa seperti mahu sahaja menghempuk kepala dia supaya dia hilang ingatan.

Tetapi, aku tidak boleh mahu marah sebab dia. . .tengah ajak aku keluar. Sekarang ini, aku tengah tunggu dia pergi beli air minuman untuk kami berdua membasahkan tekak.

Baekhyun betul.

Iya, mungkin dia betul bila dia cakap aku terlalu bergantung hidup dengan kakak sahaja. Dia jug mungkin betul bila dia cakap yang aku terlalu menyalahkan takdir dan langsung tidak berusaha untuk hidup sendiri. Dia cakap aku ini seperti tidak ada semangat untuk hidup. Dia cakap aku lifeless. Dia. .cakap aku hanya akan menyusahkan orang sekeliling aku bila aku hanya menangis, dan menangis.

Bukan mungkin, tetapi memang betul apa yang Baekhyun cakap itu. Aku. . .memang tidak berguna, tahu tidak.

Sebab itu juga konon alasan dia bawa aku keluar ini. Sebab aku sudah terlalu lama hanya terpuruk di dalam rumah sahaja. Tapi kalau aku keluar pun, apa yang aku boleh nampak?

Tiada apa yang aku boleh lihat.

“Nah, air kau.”

Aku menyambut hulurannya tapi lambat sebab aku terpaksa meraba tangan dia baru aku dapat. Yang Baekhyun ini juga satu, bukannya mahu bagi terus dalam tangan aku sengaja kenakan aku. Aku terus minum air yang dia belikan. Sedap sungguh, latte sejuk ini. Tahu-tahu sahaja dia, ini adalah kegemaran aku.

[EDIT] CAFFEINE Where stories live. Discover now