x | serang

408 76 10
                                    

jihye's.

So? Okey tak?” Soal aku selepas keluar dari bilik persalinan. Terkedek-kedek juga aku berjalan keluar sebab baju yang aku pakai sekarang ini ketat sangat dan panjang menyapu ke lantai.

Ugh. Serius, aku sesak.

Aku berputar ala-ala model baju pengantin supaya dia boleh teliti baik-baik setiap inci baju ini. Hampir sehari aku di sini mencuba baju pengantin tapi satu pun tak berkenan di hati dia. Baekhyun, aku baru tahu yang dia ini jenis cerewet.

Dia menggumam lama. “Tak, tak cantik. Tukar lain.”

Aku mengeluh kasar. Seriously, berapa kali aku harus tukar-menukar pakaian ini. Ergh, masuk kali ini sudah lapan kali dia tolak tahu. Kaki aku sudah terasa lenguh, aku letih sangat.

“Alah, saya penatlah. Awak pilih sahajalah yang mana-mana, saya terima. Okey?” Aku merayu padanya sambil buat muka. Haraplah dia termakan rayuan aku atau tidak—

Nope. Aku nak kau sendiri yang cuba. Cepat, try yang lain.” Dia tolak aku masuk ke dalam bilik persalinan semula.

Aku tak tahulah yang mana salah. Selalunya aku tengok baju pengantin semua lawa-lawa, gaya dia macam-macam. Takkanlah satu pun tak sesuai dengan aku? Ataukah body shape aku yang tidak perfect fit dengan semua baju pengantin yang ada dalam butik ini.

Aku gemuk eh?

“Cik, cuba pula baju yang. . .ini.” Seorang pekerja butik masuk ke dalam bilik persalinan untuk bantu aku tukar persalinan.

Aku rasa janggal bila dia tolong pakaikan aku baju. Iya walau dia perempuan juga, aku tetap segan. Satu lagi baju pengantin membaluti tubuh aku. Dan yang ini, aku tak rasa sesak sangat dan rasanya tidak terlalu terdedah sebab aku rasa kainnya tutup sampai bahagian belikat aku.

Hmm.

Haraplah Baekhyun suka. Aku tak pasti betul atau tidak perasaan aku ini, cuma aku rasa dia excited pasal perkahwinan ini. Iyalah, dia sudah siap tempah kad jemputan dengan tempah dewan untuk majlis perkahwinan kami nanti. Aku suka, cuma aku rasa pelik saja. Aku sedia maklum, aku kahwin dengan dia sebab atas dasar ingin membantu antara satu sama lain sahaja, kan? Tetapi. .

“Okay cik, selesai. Cik sudah boleh keluar.” Lamunan aku terhenti bila pekerja tadi tegur aku. Hish, aku terlalu banyak berfikir. Berfikiran yang positif sahaja Jihye, mungkin dia cuma tak suka buat last minute sebab itulah dia tempah semuanya awal-awal kan. Kan?

Aku melangkah keluar dari bilik persalinan. “M-macam mana? Okey?”

Dia diam. Tetapi telinga aku terdengar ketawa halus dari pekerja-pekerja di butik ni. Apa yang lawaknya ni? Baekhyun ke?

“Awak, okey tak?” Tanya aku lagi sekali tapi kalini suara aku kuatkan sedikit.

“Hmmm.” Dia menggumam seakan-akan sedang berfikir. Tolonglah cakap iya. Aku betul-betul penat sekarang ini.

To be really honest, you're perfect.”

*****

“Erghh, manis sangat saya tak suka. Sebenarnya, saya tak suka butter cream. Saya suka fresh cream.”

[EDIT] CAFFEINE Where stories live. Discover now