xvi | drama

432 60 18
                                    

jihye's.

Aku memang gila bila aku terima perkahwinan aku dengan Baekhyun dulu tanpa berfikir panjang. Sebab bila aku fikir semula, perkahwinan tanpa cinta sangat menyakitkan. Aku tahu, sebab aku banyak nonton drama dulu. Dan, perkahwinan ini juga buta. Sebab, aku langsung tak kenal atau tahu rupa suami aku macam mana. Kacak? Mata dia besar ke kecil? Hidung dia, mancung tak? Dan, bibir dia?

Aku sekarang mungkin sudah hilang akal sebab aku tengah bercium dengan dia dalam waktu yang agak lama. Ciuman dia yang passionate membuat aku hilang akal sebab benda ini betul-betul merasuk aku untuk aku tak berhenti melakukannya. Permainan mulut ke mulut, yang aku tak tahu apa fungsinya tapi ia bagi kesan pada hormon aku. Perut aku terasa geli, dan, uh, nafas aku menjadi tak stabil. Aku rasa benda ini tak patut terjadi, tapi sebahagian diri aku tak boleh hentikan.

Baekhyun, dia memang pandai bercium dan aku jadi gagap bila mahu membalasnya. Sebab hakikatnya, aku tak pernah melakukannya dan ini adalah kali pertama aku. Semakin lama aku menjadi lemah jadi aku paut leher dia membuat aku semakin rapat padanya. Rapat sangat hingga aku dapat merasakan degup jantung dia pada dada aku. Aku mungkin kelihatan seperti perempuan murahan depan dia sekarang ini, tapi ini tak salah, kan? Sebab aku isteri dia dan sah. Tapi memikirkan yang semua ini cuma perjanjian Dan, semua ini tak patut berlaku.

Tak patut.

Bila aku berfikir begitu, aku terus kemamkan bibir aku dan serta merta dia melepaskan ciumannya. Aku dan dia masing-masing mencari nafas. Pautan aku di lehernya juga aku lepaskan, janggal. Bibir aku kebas dan panas. Semakin lama, aku rasa pedih dan bibir aku membengkak. Aku yakin dia juga seperti itu.

Aku berdehem kekok dan menunduk sebab aku malu sangat. Pipi aku panas dan telinga aku terasa berhaba.

Baekhyun menghela nafasnya perlahan. “I'm sorry.”

“Ah, its oka—”

“No, it's not okay. This is not suppose to be happened.”

Aku menggigit bibir bawah.  “Oh, k-kalau macam itu, saya minta maaf.”

Dia pegang bahu aku dan hadapkan aku padanya. Mata aku membesar. “Jihye, aku minta kau. . Buka hati kau.”

“Hmm?” Sumpah, aku tak faham. Sungguh tak faham. Adakah dia meminta aku untuk membuka hati untuk menerima dia? Tiba-tiba sahaja.

“Buka hati kau untuk, terima Luhan. Terima cinta dia, boleh?”

Oh, tak. Tapi, apakah—

“Kenapa? Awak nak bencikan saya?”

“Tak. Supaya kau boleh bencikan aku, dan lupakan aku.”

“Kalau awak minta saya buat begitu, itu bermaksud awak akan bencikan saya juga?”

“Aku tak akan pernah bencikan kau, walaupun kau bencikan aku.”

Aku tepis tangan dia dari bahu aku dan aku berlalu masuk. Aku sakit hati dengan apa yang baru dia katakan. Dia yang nak, kan? Okay, aku akan buat!

Cuma apa sebenarnya yang bermain dalam fikiran dia? Kenapa dia melakukan hal ini terhadap aku? Sungguh aku tidak faham!

*****

Sudah seminggu berlalu sejak aku dengan Baekhyun pindah ke rumah baru ini. Tak ada apa yang istimewa terjadi, melainkan adegan rated balkoni tempoh hari. Dan itu adalah yang terakhir rasanya dia buat macam itu pada aku. Sebab aku tak akan sukakan dia dan akan membenci dia.

Iya, aku akan membencikan dia.

Aku sudah mencubanya.

Tapi, aku tak boleh.

[EDIT] CAFFEINE Where stories live. Discover now