xi | tears

407 74 12
                                    

jihye's.

Aku tak jangka hari ini akan tiba juga akhirnya. Setelah banyak dugaan yang aku terima, tidak sangka hari ini akan terjadi juga. Aku merasakan seperti aku sudah melanggar prinsip aku sendiri; susah untuk percayakan orang yang baru aku kenal, kerana kini aku sudah memprercayakan Baekhyun untuk jadi suami aku.

Iya, hari ini adalah harinya, di mana aku dan dia akan diikat dalam satu hubungan yang sah. Hubungan suami dan isteri. Aku tak tahu aku patut rasa apa sekarang ini. Bahagia, sedih, atau gembira sebenarnya?

Tapi, perasaan yang aku rasa sekarang ini adalah gementar. Telapak tangan aku rasa sejuk dan berpeluh. Memang inikah perasaan orang yang bakal berkahwin? Gementar, saat melangkah masuk ke dalam dewan perkahwinan, saat melangkah ke hadapan paderi, saat mulut melafaz ikrar, dan saat bibir bersatu sebagai tanda bersatunya aku dan dia.

Ergh, itu pervert.

“Jihye, kenapa tak tukar baju lagi ni?” Aku terkejut kecil bila suara kakak menyapa telinga aku sekaligus mematikan lamunan aku sebentar tadi.

Aku garu kening kanan sambil tersengih. “Err. . .Sekarang ke?”

“Oh tidak, Jihye, apa yang nak jadi dengan kamu ni ha? Sekaranglah, sayang.”

Kakak letakkan baju pengantin di tangan aku dan tolak belakang badan aku masuk ke dalam wardrobe. Tangan aku terketar sampai baju pengantin yang aku angkat ini pun beratnya mengalahkan angkat sebakul kain serasanya. Ini bukan gementar, tapi takut sudah namanya.

“Eonnie tinggalkan kamu dengan jurusolek sebab eonnie kena layan tetamu di luar. Kalau ada apa-apa, minta tolong dengan jurusolek kamu iya. Oh ya, lepasni dia akan solek kamu. Jadi kamu jangan berlambat pula dalam wardrobe ni iya?”

Aku tersengih-sengih mengalahkan kerang buruk. Selepas kakak tutup pintu wardrobe aku mula buka pakaian di badan aku dan sarungkan baju pengantin yang Baekhyun tempah tempoh hari. Siap dan lancar sahaja menukarnya, cuma satu masalah aku. . .

Zip.

Aku tidak dapat menarik ia sampai atas sebab aku rasa dia tersekat, dan tangan aku tidaklah sefleksibel yang boleh lentok ke belakang. Ergh! Ada-ada sahaja masalah ini. Aku masih mencuba lagi sekali dan iya, gagal lagi sekali. Jelas tangan aku terlalu pendek untuk menyelesaikan masalah ini.

Aku buka pintu wardrobe sedikit untuk panggil jurusolek yang kakak maksudkan tadi. Aku ingat ingin meminta pertolongan dari dia, kalau tidak mungkin sampai esok aku tak keluar lagi dari sini.

“Errr. . .Miss? Boleh tolong saya tak? Zip. .urm, zip baju saya tersekatlah. Tak boleh tarik.” Ujar aku sambil menyelak sedikit daun pintu.

“Yes? Hmm. . .boleh saha—” Suara dia terhenti apabila ada deheman kuat yang bergema. Aku terdiam seketika, terkaku.

“Biar aku yang buat.”

Sekejap. . . Itu macam suara Baekhyun? Dan tidak lama kemudian, terasa badan aku ditolak kuat masuk dalam wardrobe semula dan dia kunci pintu. Aku yakin sangat dia Baekhyun. Aku kenal bau wangiannya, dan suara dia. Bila aku sedar yang badan aku masih terdedah separuh, cepat tangan aku tutup bahagian dada aku. Seluruh muka aku panas macam disimbah air panas.

[EDIT] CAFFEINE Where stories live. Discover now