i | first meet

1.6K 175 31
                                    

baekhyun's.

Mata aku tidak teralih dari menjamah pemandangan yang tenang di taman ini. Dengan kanak kanak yang riang bermain, berlari ke sana sini. Ada yang bersenda gurau dengan ibu dan bapa mereka. Kelihatan bahagia yang teramat sangat. Aku menjadi cemburu dengan zaman kanak kanak mereka. Disebabkan ibu dan ayah aku yang tidak pernah ada waktu untuk aku. Sentiasa sibuk dengan kerja masing masing sampai balik rumah pun jauh malam. Kalau ada apa apa program dekat sekolah aku pun, tidak pernah terdetik di hati mereka untuk hadir. Aku berasa seperti aku ini anak yatim piatu sahaja.

Sampailah aku besar sekarang ini, mereka tetap sama dan mungkin tidak akan pernah berubah. Ayah sibuk dengan urusan syarikat hartanahnya, sementara ibu sibuk dengan yayasan gerakan wanitanya. Untuk apa? Untuk menuntut hak wanita konon tetapi tanggungjawabnya sebagai ibu, isteri, tidak pernah dihiraukannya. Termasuk aku. Aku satu-satunya anak mereka, namun sukar untuk mereka fahami kehendak aku. Aku perlukan kasih sayang bukannya harta dan kemewahan.

Okay baiklah. . .

Aku tidak mahu mengenangkan semua itu, aku datang sini untuk tenangkan fikiran aku, dan tenangkan jiwa aku. Sudah terlalu lama aku tidak keluar rumah sejak beberapa bulan yang lalu. Aku terpuruk. Jadi, ini masa untuk aku hirup udara segar bukan masa untuk mengimbas masa lalu aku.

Aku pejamkan mata sambil bersandar pada kerusi taman yang aku sedang duduki ini. Tapi, seperti ada sesuatu yang mengganggu aku semenjak tadi. Aku perasan yang aku tengah diperhatikan oleh seseorang. Jadi, aku kembali membuka kelopak mata aku untuk melihat sekeliling. Dan firasat aku benar, ada sepasang mata sedang merenung aku tajam, saat ini.

Dia duduk betul betul di hadapan aku.

Matanya tampak kuyu dan sembab tetapi itu membuatkan dia lebih kelihatan comel, ditambah lagi dengan anak mata coklatnya yang besar. Nampak seperti palsu sahaja, tapi aku yakin memang warna mata dia itu. Hidungnya mancung dan bibirnya merekah dan merah. Kulitnya natural tanpa solekan. Rambut terikat rapi, tapi ada juntaian yang jatuh ke mukanya.

Dan, dia masih merenung aku.

Cuma, apakah yang sedang dia perhatikan?

Aku bukannya mahu perasan, tapi kalau bukan aku siapa lagi yang dia pandang. Hanya aku yang berada di depan matanya sekarang ini. Aku sedar diri yang aku kacak, tidak perlulah tenung aku bagai hendak menelan. Aku senyum kekok padanya tapi langsung tidak dibalas. Sombongkah apa? Tapi, kenapa pandang orang tidak habis-habis ini, cik manis?

Aku gigit bibir bawah, sebab aku tengah confuse sekarang ini, patutkah aku tegur atau tidak iya? Hati aku kuat suruh tegur, tapi otak aku kata yang sebaliknya. Aku menipiskan bibir sambil pandang kiri kanan, dan aku pandang dia semula namun tetap tiada perubahan dari dia.

Baiklah, aku nekad. Aku mahu tegur dia.

Aku berdiri dari dudukku dan berjalan menghampiri dia. Sampai dekat dia, aku berdehem kuat sampai bahu dia terhinjut sebab terkejut. Aku tertawa halus melihatnya sebab bagi aku ia comel. Beruntung sungguh aku, baru sahaja jejak kaki di luar sudah ada perempuan yang sangkut dengan aku. Mungkin aura playboy aku masih ada, pft. Oh tidak, semoga dijauhkan kerana aku mahu berubah.

Aku membasahkan tekakku sebelum memulakan perbicaraan. “Kalau suka pada saya sekalipun, tak perlulah tenung saya macam nak terkam. . .Takut pulak saya jadinya, nasib awak cantik..” Ujar aku. Iya, aku tahu aku sweet talker, jangan hairan.

Err. . .mana ada saya pandang awak.” Dia terus berpaling ke kiri membuang pandangannya. “Maaf. . .”

Hmm. .semua perempuan akan cakap macam itu bila sudah ketahuan, tahu?”

Aku dipedulikan olehnya, sebaliknya dia langsung berdiri dan berjalan perlahan menjauhi aku. Tapi, dia macam ada magnet sebab aku tidak boleh menghalang diri aku dari terus mendekati dia. Langkahnya terhenti seketika mungkin dia perasan yang aku ikuti dia dari belakang.

“Saya. . .tak sama dengan perempuan yang awak pernah kenal. Saya berbeza, percayalah..” Gadis itu bersuara perlahan sebelum kembali membuka langkahnya.

Aku tidak pasti kenapa dia cakap sebegitu, mungkin hanya mahu tutup malu dia sahaja, kan? Sebab memang kenyataan perempuan zaman sekarang ini kebanyakkan mereka yang terhegehkan lelaki. Bukan mahu memburukkan atau apa-apa sahaja yang sinonim dengannya, jarang ada begitu sebab selalunya lelaki yang akan mulakan langkah pertama. Tetapi, sekarang ini perempuan pula yang mula menggoda. Dan, dia perempuan kan? Boleh sahaja betul tekaan aku.

Atau. . .tidak.

Iya tidak, sebab dia semakin menjauh dan tidak memandang aku langsung, terus sahaja berlalu pergi. Tangannya tidak putus-putus memegang pagar besi penghadang taman dengan jalan raya. Semakin jauh dan jauh. Sementara aku semakin dekat dan dekat dengannya. Apa kena dengan aku, aku pun tidak dapat mencari alsebab yang munasabah. Sampai di penghujung pagar dia menghadap jalan raya mahu melintas agaknya. Mungkin dia tinggal di apartment seberang jalan ni.

Aku menghentikan langkah, namun mata aku masih lagi tidak berhenti dari merenung gadis it. Agak lucu juga, sekarang ini sepertinya aku yang terhegehkan dia. Berasa macam ditampar pula dengan kata kata sendiri.

Dia melintas.

Sekejap. .

Dia pandai melintas atau tidak sebenarnya? Mengapa dia melintas masa kereta sedang meluncur ke arahnya? Apakah?!

“Hey!!!”

PIN ! PIN ! PIN !

Aku terus menarik tangannya kuat ke arah aku sebab dia seperti terpaku di mana dia berdiri bila kereta hon dia. Dia tersembam ke dada aku dan aku mulai hilang keseimbangan badan bila daya kuat menolak aku ke belakang. Badan kecilnya aku peluk erat supaya tidak terhumban ke tanah tetapi entah di mana silap aku, kepalanya terhantuk di bahu jalan. Aku juga turut terhantuk.

Aku dan dia terbaring bersama dengan dia di atas badan aku, dan dia pengsan. Rasa pedih di siku dan belakang kepala, aku hiraukan sahaja. Yang aku risau sekarang ini, dia tidak sedarkan diri.

Orang ramai mulai berkumpul mengerumuni kami. Dan, ada salah satu dalam kalangan mereka berlari kelam kabut mendapatkan gadis ini. Riak risau jelas terpancar di wajahnya yang mulus, mungkin juga kakak dia.

“Jihye sayang. . . Bangun sayang.”

[RE-EDITED VERSION]
26 DECEMBER 2018

; ini adalah sec book romcom saia, yang telah diunpublish. book ini sudah lama jadi harap maklum dengan kenooban yang ada. and yeap, cliché indeed. hope enjoy ❤

[EDIT] CAFFEINE Where stories live. Discover now