jihye's.
Lenguh rasanya kaki aku berdiri lama di sini. Bukan aku tidak mahu duduk tetapi aku segan. Jadi, aku rela berdiri dengan dia di sini. Luhan. Dia akan berangkat ke Gangnam hari ini. Aku berjanji akan temankan dia sampai dia masuk balai penerbangan. Di mana dia, di situlah aku. Mahunya aku sesat nanti.
Klik ! Klik !
Sekejap. . . Itu macam bunyi kamera. Luhan tengah tangkap gambar aku? Yaish, aku sudahlah belum bersedia, tahu-tahu sahaja dia sudah mengambil gambar. Mesti buruk muka aku dalam itu.
Aku tutup muka aku dengan telapak tangan. “Hish, awak buat apa tangkap gambar saya?”
Dia tergelak kecil sambil tangannya alihkan tangan aku dari muka. “Saja, buat kenangan. Supaya saya sedar yang dekat sini, ada awak menanti saya.” Kata-katanya buat aku terkedu. Mata aku lantas terasa hangat dan berair.
Cengeng.
“Awak pergi sebulan sahaja, kan?”
Aku rasa kedua tangannya hinggap di pipi aku. “Iya, sebulan sahaja. Jangan cakap yang awak sudah rindukan saya. .”
Aku mencebik. “Perasan!”
Luhan tersengih sambil ibu jarinya mengusap pipi aku, lembut. “Ingat iya, saya nak jawapan awak bila saya balik nanti.”
Tolonglah, jangan ingatkan aku lagi. Aku tidak sanggup ingin memikirkannya, ia buat aku menjadi serba salah. Namun sebelum sempat aku membalas apa-apa bila bunyi pengumuman bergema.
Penerbangan ke Gangnam akan berlepas sebentar lagi. Diminta para penumpang bersedia di balai penerbangan. Sekian, terima kasih.
Luhan kalihkan tangannya bila dia daratkan satu kucupan di dahi aku. Aku terkaku, kesan bibir hangatnya masih terasa di kulit aku. Aku malu, sehingga pipi aku turut berasa hangat.
“Amboi.. Sweetnya dua budak ni.”
Itu macam suara abang Taecyeon. Alamak, tambahlah aku malu. Disebabkan aku betul-betul segan sekarang ini, muka aku tepuk dengan kedua telapak tangan. Serius, pipi aku rasa panas. Luhan ni, sempat lagi dia.
Aku rasa macam ada tangan naik di bahu aku. Mesti kakak. “Hmm, Luhan. Hati-hati iya, jaga diri di sana nanti.” Ucapnya bagi nasihat pada Luhan.
“Terima kasih, noona. Saya masuk dulu. Jihye, saya pergi dulu, ingat tahu?”
Sekali lagi dia ingatkan aku.
****
Aku hanya berdiam diri, sambil termenung. Sekejap, buta boleh termenung ke? Ah bukan termenung, cuma teringatkan seseorang. Orang yang tidak pernah aku tahu rupanya seperti apa.
“Jihye ada nak pergi mana mana tak? Kalau tak ada, oppa hantar terus balik. Sebab, oppa ada urusan kejap lagi.”
Suara garau abang Taecyeon pecahkan lamunan aku. Aku sedikit tersentak. Aku membasahkan tekak yang terasa kering.
“Iya, eonnie pun nak masuk kerja semula selepas ini. Tak lama lagi habis lunchtime.”
Dan, aku baru teringat yang aku ada janji dengan dia tapi, kakak bagi atau tidak iya kalau aku mahu keluar dengan Baekhyun? Tanya sahajalah dulu.
YOU ARE READING
[EDIT] CAFFEINE
FanfictionCAFFEINE \ B.BAEKHYUN ❝cinta dia seumpama kafein, dan aku ketagih akan dia my sweet latte husband ❞ ON-GOING ☑️ WOLY STORYLINE ROMANTIC/SAD/COMEDY