jihye's.
Hey, cuba teka apa yang telah berlaku?Antara aku dengan Luhan.
Aku telah menerima dia sebagai teman lelaki aku. Iya dan hari ini, sudah masuk dua minggu hubungan istimewa kami itu. Aku tidak tahu syaitan mana yang telah merasuk sehingga aku mengambil keputusan drastik itu untuk menerima dia. Dengan hati yang terbuka lagi. Mungkin kerana Baekhyun.
Iya, pastinya kerana dia, kerana lelaki hipokrit itu.
Aku sebenarnya tidak pernah bercinta sebelum ini dan tidak pernah terlintas dalam fikiran aku untuk memikirkannya. Lebih-lebih lagi dengan seseorang yang telah aku anggap sebagai abang aku sendiri. Oleh itu, apabila aku mengadakan hubungan sebegitu dengan Luhan, aku rasa ralat. Yang amat. Tetapi aku juga boleh dilabel sebagai hipokrit, kerana hati berkata lain, aku melakukan perkara yang lainnya. Sangat bertentangan.
Jadi apabila aku menjadi begitu, aku perlu meminta pertolongan seseorang bagi melancarkan hubungan aku dengan Luhan. Sekaligus, menjayakan rancangan yang telah aku rangkakan dengan rapi bagi membuat Luhan jatuh cinta pada aku. Urm, sesuatu yang sepertinyalah.
Hmmm? Guess who?
Siapa lagi yang lebih berpengalaman dalam percintaan ini, kalau bukan dia. Siapa lagi yang banyak menumpaskan perasaan perempuan dan jatuh dalam permainan dia, kalau bukan dia. Kalau bukan lelaki ego bernama Byun Baekhyun ini. Dan iya, aku meminta dia membantu aku supaya tidak terlalu janggal apabila bersama dengan Luhan.
Perancangan yang bodoh. Sasaran dijadikan alat untuk memasang jerat. Memang bodoh, sangat bodoh.
Lagi bodoh apabila satu pun yang Baekhyun ajar langsung tidak masuk dalam otak aku. Aku jadinya bertambah gusar apabila mengikut apa yang telah Baekhyun ajarkan. Suara aku yang bercakap dengan Luhan menjadi terbata-bata jelas mempamerkan perasaan aku saat ini.
“Kalau nak lelaki pandang dan fokus pada kau, buat sesuatu yang menarik perhatian dia.”
“Apa yang patut saya buat?”
“Uhmm, this might be a little cheesy you know. But, trust me man do like it.”
“I trust you. Just, tell me what it is.”
“Urm, kau tahu, err. .” Ada nada kejanggalan pada suaranya. “Sebelum kau nak mulakan perbicaraan, aku suggestkan kau basahkan bibir kau dulu.”
Oh. Aku kemamkan bibir dan lepaskan apabila terasa yang ia telah lembab. “Macam ini ke?”
“Nope. Absolutely no.”
“So? Nak buat macam mana?”
“Basahkan bibir kau, dengan lidah. Uhm, lick your lips?”
Aku pejamkan mata sambil menunduk sebab entahlah, aku rasa malu. Ingatan aku tentang kata-kata Baekhyun bermain dalam minda, berulang-ulang macam pita rakaman. Ergh, mengapa aku menjadi sekekok ini? Dengan Luhan sahaja pun. Mungkin kerana aku sudah ada hubungan yang lebih dari sekadar kawan biasa dengan dia, kerana itulah aku jadi begini.
Aku masih berkira-kira untuk mengikut ajaran Baekhyun. Ah, patutkah aku ikut? “Uhmm, kenapa awak senyap je?” tanya aku. Bibir aku tidak basahkan seperti yang diajar, aku kemam bibir. Gila. Aku tidak boleh buat. Walaupun ia kedengaran seperti benda biasa sahaja, cuma sekadar menjilat bibir tetapi niat disebaliknya membuat aku segan untuk melakukannya.
Niat untuk menggoda. Tak mungkin aku mampu.
“Saya terpegun melihat awak. Tak tahulah, harini awak nampak sangat cantik.”
YOU ARE READING
[EDIT] CAFFEINE
FanfictionCAFFEINE \ B.BAEKHYUN ❝cinta dia seumpama kafein, dan aku ketagih akan dia my sweet latte husband ❞ ON-GOING ☑️ WOLY STORYLINE ROMANTIC/SAD/COMEDY