jihye's.
“Jihye, aku nak cakap dengan kau.”
Tidak sempat aku menyeka airmata, Baekhyun terus tarik tangan aku ikut dia. Tetapi langkah aku terhenti apabila Luhan pula menarik tangan aku lagi sebelah. Aku sudah seperti anak patung yang direbutkan oleh dua orang kanak-kanak gila sebab macam tarik tali. Sekejap aku dengan Baekhyun, sekejap lagi aku dengan Luhan. Sakit tahu tidak?!
“Kau siapa mahu rampas teman wanita aku, hah?!”
“Kau yang siapa!? Dia belum cakap iya pun kan! Jadi, kau tak ada hak mahu halang aku!”
Sekejap, hanya sekejap. Apa? Baekhyun. . . dia dengar Luhan cakap apa tadi? Bermaksud, dia memang sudah lama dekat sini. Dia nampak, dan dia dengar semua yang aku cakap dengan Luhan. Muka aku terasa panas, dan jantung aku berkobar-kobar. Cuma kenapa ini?
Pergelangan tangan aku rasa sakit berselang pedih sebab mereka berdua genggam tangan aku kuat sampai aku rasa kebas seperti tiada darah mengalir. Aku tak tahan sakit jadi aku rentap kedua tangan aku dari terus dalam genggaman maut mereka.
Tiba-tiba bahu aku dipaut oleh seseorang. Baekhyun. Aku tahu itu dia sebab bau minyak wangi dia kuat. Kalau Luhan tidak. Aku tidak melawan sebab aku masih lagi rasa sakit pada tangan aku. Aku tidak tahan bila mahu berlawan bagai. Lagipun, Baekhyun juga, aku kenal. Tapi, Luhan. .
Tidak lama tangan Baekhyun di bahu aku, akhirnya terlepas. Baekhyun macam terdorong ke depan sebab tangannya terlepas dengan kasar. Luhan tolak Baekhyun. Luhan terus cengkam lengan aku dan bawa aku dengan dia. Aku tidak mahu melawan juga. Tapi kali ini, Baekhyun pula yang. . .
Arrhh !
Aku tepis tangan Luhan kasar. Aku serabut dengan dua orang tak betul ni! Muka aku berkerut kening aku bertaut.
Aku lepaskan satu keluhan berat. “Biar saya yang tentukan dengan siapa saya nak balik!”
-----
Sunyi.
Tidak ada satu suara pun yang bergema dalam kereta ini. Hanya bunyi kereta yang lalu lalang di luar tingkap. Aku pun mengunci mulut, habis mood aku hilang sebab Baekhyun dengan Luhan tadi.
“Jihye, kenapa ni?” Satu soalan ditujukan buat aku. Aku hanya diam, tidak berkutik. Aku sudah cakapkan, aku tak ada mood.
Dia mengeluh halus sambil memfokus pemanduannya. “Tadi call abang, macam ada benda serius sahaja dengan dua budak tadi.”
Aku tarik nafas dalam dan hela perlahan. “Taklah abang, mana ada masalah.” Balas aku malas. Kepala aku sandarkan pada penyandar.
Aku tidak memilih antara dua lelaki tadi, aku pilih abang Taecyeon. Lantaklah mereka berdualah hendak bergaduhkah apa. Aku takkan ambil kisah. Tapi, kalau mereka bertumbuk ke apa ke? Macam mana? Huh. . .
Luhan, kawan aku. Baekhyun pula, entahlah. . .Haihh.
Aku pejamkan mata mencuba untuk lupakan Baekhyun dengan Luhan. Hanya untuk kali ini sahaja, aku tidak mahu memikirkan tentang mereka. Lama-kelamaan aku tertidur.
Aku sempat termimpi sebelum sampai rumah. Aku mimpi. .
Baekhyun.
-----
“Hish, lepaslah! Sakitlah! Awak nak bawa saya pergi mana?”
“Diamlah! Kau ikut sahaja aku.”
“Suka hati awak je nak heret saya macam ini!”
“Heh, mamat pondan semalam tu bawa kau ikut sahaja pun kan?!”
YOU ARE READING
[EDIT] CAFFEINE
FanfictionCAFFEINE \ B.BAEKHYUN ❝cinta dia seumpama kafein, dan aku ketagih akan dia my sweet latte husband ❞ ON-GOING ☑️ WOLY STORYLINE ROMANTIC/SAD/COMEDY