jihye's.
Aku menarik nafas dalam, menghirup udara segar di pagi hari sambil memejamkan mata. Rambut aku yang terurai, berterbangan ditiup angin. Tak kuat, cuma sepoi-sepoi bahasa. Nasiblah aku berjaya membuka pintu ke balkoni ini tadi, kalau tidak, tak dapatlah aku menghirup udara segar macam ini.
Aku depakan tangan aku, ala-ala Jake Dawson yang tengah menikmati udara dari hulu kapal Titanic. Seperti imaginasi aku tempoh hari, akukan Jake versi perempuan. Mungkin, sekarang ini aku terlihat tenang, tapi dalam hati aku, hanya aku dan tuhan sahaja yang tahu.
Rose aku, dia tak balik dari semalam.
Aku tidak risau sangat, sebab aku tahu dia dekat mana dan pastinya dia tak akan apa-apa. Cuma, yang aku risau dia tak balik-balik lagi sampai sekarang. Entah aku ke yang terawal bangun hari ini atau memang dia tak nak balik dan bersemuka dengan aku disebabkan apa yang aku cakap kelmarin? Dia mengelak dari aku. Dia sudah mula bencikan aku ke?
Aku buka mata semula dan aku nampak, tak nampak apa-apa pun. Hm, aku selalu harapkan bila aku menutup mata dan buka semula, keadaan sudah menjadi normal semula. Aku boleh melihat semula. Tapi, terus terang aku cakap, aku sudah tak kisah dengan keadaan aku ini. Aku mula reda, dan terimanya. Macam yang Baekhyun cakap, aku mesti belajar buat sesuatu dengan kemampuan aku dan bukan hanya bergantung pada orang lain.
Dan, aku dalam proses itu. Aku mula belajar terima kenyataan dari terus membelenggukan diri sendiri dalam kegelapan ini.
Untuk beberapa saat aku berdiam, tetapi aku tersentak bila pintu bilik ini dibuka oleh seseorang. “Awak. . Awak ke tu?”
“Hmm.” Dibalas dengan gumaman.
Oh, Rose aku sudah balik.
Aku berjalan masuk ke dalam dan duduk di birai katil. “Awak baru balik?” Aku tahu ini soalan bodoh, tapi aku tak tahu patut soal apa lagi. Aku cuma mahu bercakap dengan dia. Itu sahaja.
“Hm.”
“Awak tidur di mana semalam, rumah Sehun eh?”
“Hm.” Terus menerus dia menggumam untuk setiap pertanyaan aku.
“Awak memang tak nak bercakap dengan saya ke?”
Tup!
Dia masuk dalam bilik air dan endahkan aku. Dan aku tak suka bila dia buat begitu pada aku.
Baekhyun sepatutnya tahu dan faham yang aku tidak memaksudkan apa yang aku cakap itu. Sepatutnya dia tahu, dan dia tak sepatutnya buat aku begini sebab ia bukan salah aku sendiri. Aku dan dia, sama-sama ego, sama-sama emosi kelmarin.
Dan, tak seharusnya aku sendiri yang mencuba berbaik dengan dia. Dia pun patut mencuba berbaik dengan aku.
Diamlah kau Jihye.
Kau yang diam, aku tengah berusahalah ni.
Berusaha apanya? Nampak sangat kau murahan bila begitu. Kau minta dia bencikan kau, tapi kau yang terhegehkan dia sekarang ini, kau sedar atau tidak?
Diamlah, aku tak minta pendapat kau pun.
Pedulikan sahajalah, dia bukan kisahkan kau pun. Dia cuma pergunakan kau sahaja, faham?
YOU ARE READING
[EDIT] CAFFEINE
FanfictionCAFFEINE \ B.BAEKHYUN ❝cinta dia seumpama kafein, dan aku ketagih akan dia my sweet latte husband ❞ ON-GOING ☑️ WOLY STORYLINE ROMANTIC/SAD/COMEDY