Baekhyun smirks, and he looks so wow !
***
jihye's.
Aku membuka mata perlahan-lahan bila aku mula tersedar dari tidur. Mungkin aku sudah lama sangat tidur sampai badan aku rasa mati. Aku gerakkan setiap sendi aku perlahan dan bila sudah kebah, aku bangun dan duduk berlunjur di atas katil.
Aku rasa semacam bila tidur atas katil ini, aku rasa luas. Sebab apa? Baekhyun tidak tidur di sini dengan aku. Bukan juga aku harapkan yang dia akan tidur dengan aku, tidak, cuma. . . Sekarang dia tak tidur pun di dalam bilik ini. Serius, macam mana mahu yakinkan ibu dia kalau dia sendiri tak lakonkannya dengan baik.
Sebenarnya semalam, selepas aku mandi, dia pula yang mandi. Setelah itu, aku tunggu sampai dia siap sebab aku hendak bercakap dengan dia tentang apa yang baru dia katakan pada aku. Dan, akhirnya dia keluar dari bilik air. Aku pun mulalah buka mulut, ajukkan soalan pada dia tapi, lain yang aku soal, lain yang dia balas.
“Tidurlah. Aku tahu kau penat. Aku nak turun bawah, menonton.”
Aku panggil dia berulang kali, tapi dia endahkan aku mentah-mentah. Nampak sangat yang dia cuba mengelak dari aku.
Pffttt.
Kadang-kadang, aku pelik dengan sikap Baekhyun. Sekejap dia sweet, sekejap dia dingin dengan aku. Dia macam bipolar sahaja aku rasa. Serius aku cakap, semakin aku cuba kenali semakin aku tidak kenal. Dia ada banyak personaliti.
Huh.
Okay, berhenti cerita tentang Baekhyun. Sekarang tekak aku rasa kering, dan aku perlukan air. Aku perlu untuk hidrat semula. Aku mengesot ke tepi katil dan turun. Hal pertama, aku masuk bilik air dahulu untuk cuci muka dan berus gigi. Hmm, takkanlah aku bercakap dengan orang dengan mulut aku yang berbau liur basi. Ergh.
Selepas selesai mencuci muka, aku lapkan dengan tuala yang sedia tergantung dalam bilik air ini. Dan, aku keluar ke tingkat bawah. Bila aku lalu ruang tamu, keadaannya sunyi sahaja, seperti tiada orang. Jadi, aku melangkah perlahan sampai ke dapur. Aku terdengar suara-suara maid yang tengah bercerita dan aku hampiri mereka.
“Ahjumma. .” Aku seru lembut.
“Eh, cik Jihye.. Cik nak apa-apa ke? Saya boleh tolong ambilkan.”
Haih, mereka pun bercakap formal dengan aku. Aku jadi segan pula. Iyalah, aku sedar diri, aku bukan puan besar di dalam rumah ini. Hanya sekadar menumpang. Lagipun, ahjumma Seon lebih tua dari aku, berpangkat ibu pada aku. Jadi, aku terasa seperti terkurang ajar pula pada dia.
Aku tersenyum nipis. “Ishh, tak perlulah nak cik-cikkan saya. Saya tak biasa. Panggil saja Jihye. Lagipun, saya hormat pada ahjumma sebab ahjumma lebih tua dari saya.”
“Tak boleh, cik. Tuan muda Byun sudah berpesan untuk layan cik macam mana kami layan keluarga ni. Lagipun, cik isteri tuan muda kan, jadi cik pun adalah majikan kami dan kani perlu hormat pada cik. Walaupun saya lebih tua dari cik.”
Haih, Baekhyun ini.
“Hmm.. Tak apalah kalau sudah macam tu.” Balas aku sambil tertawa kecil. Belakang tengkuk aku garu.
“Cik, perlukan apa-apa ke?”
“Ah, iya. Saya nak minum, saya haus.”
“Oh, sekejap iya cik. Saya ambilkan minuman buat cik.”
YOU ARE READING
[EDIT] CAFFEINE
FanficCAFFEINE \ B.BAEKHYUN ❝cinta dia seumpama kafein, dan aku ketagih akan dia my sweet latte husband ❞ ON-GOING ☑️ WOLY STORYLINE ROMANTIC/SAD/COMEDY