xx | hearteu

558 63 37
                                    

jihye's.

So, how was your date?

“Kenapa tak terima dia tadi?”

Aku endahkan dia yang sedang menanya aku. Tangan dia aku tepis. Mood aku betul-betul tak elok sekarang dia boleh pula bertanya soalan seperti itu. Bertanya macam orang yang tak ada hati dan perasaan. Menyampah aku.

Aku baru hendak melangkah naik apabila dia sekali lagi menahan lengan aku. Aku mengeluh. “Nak apa lagi? Kalau awak tanya sekadar nak sakitkan hati saya, baik tak payah. Saya penat, saya nak rehat.”

“Balik jom.” Oh. Aku terlupa, rumah aku bukan di sini lagi.

“Tak nak jumpa eonnie dulu?”

“Aku baru turun dari atas tadi, aku sudah bagitahu yang aku akan bawa kau terus balik.”

“Oh.” Balas aku sepatah. Lengan aku dalam genggamannya ditarik perlahan. “Mana kereta?”

“Sini.” Dia raih tangan aku, dan bawa aku pergi kereta dia. Aku diam. Masih kecil hati.

Aku masuk dalam kereta, dan bersandar melepaskan rasa penat aku. Sementara menunggu Baekhyun memanaskan enjin, sebotol mineral dia letakkan dalam tangan aku. Aku minum dalam senyap. Senggugut aku semakin menggila. Ngilu rasanya, membuat aku mengadu kecil.

“Kau sakit? Nak aku bawa pergi klinik?”

“Tak perlu. Ini benda biasa.”

“Hmm, okey.” Baekhyun mula memandu selepas menyambut botol mineral tadi dari tangan aku.

Aku iringkan badan sedikit dan tahan perut dengan penumbuk. Walaupun pendingin hawa terpasang full, keringat dingin aku dapat rasakan pada kulit. Ini pertama kali aku rasa sakit senggugut sehingga terasa mahu demam. Mengada pula penyakit ni. Aku menghela nafas berat.

Dalam sibuk Baekhyun tengah memandu, telefon bimbit dia berdering. Aku dengar dia mencarut perlahan sebelum menjawab panggilan itu. Aku malas hendak sibuk, jadi aku putuskan mahu lelap sekejap. Tapi setelah mendengar percakapan Baekhyun, mati aku tak jadi lelap.

“Hm, omma ada apa call ni?” Ibu Baekhyun yang telefon. Aku terpaksa memasang telinga. Uish, kurang ajarnya aku.

“Kenapa dengan Jihy—” Dia tak jadi teruskan kata-katanya, mungkin takut kalau aku mendengarnya. Memangnya kenapa dengan aku?

“Kenapa dengan dia?” Soal Baekhyun semula, tetapi dengan cara berbisik.

Baekhyun tergelak halus, tersengih sinis. Sepertinya dia sedang menyindir. “Kalau omma call ni sekadar nak buruk-burukkan dia, baik tak payah. Tak terkesan langsung.”

Aku mengemam bibir dan lepaskannya perlahan. Dada aku pula berdebar-debar. Gusar. Apa yang ibu Baek cakapkan tu? Burukkan aku?

“Aku kenal lelaki tu, dia kawan aku. Aku yang suruh bawa dia keluar sebab urm. . Dia bosan duduk rumah sahaja. Sudahlah omma, aku malas nak cakap panjang-panjang. Tengah drive, okay?”

Baekhyun terus putuskan panggilan lalu melontar telefon dia pada tempat simpan barangan dekat brek tangan sambil mengeluh kasar. Mulut aku jadinya gatal hendak bertanya apakah yang ibu dia cakap tadi, tentang aku. Disebabkan aku berasa begitu, aku luruskan badan dan berduduk selesa. Aku berpaling sedikit pada dia.

“Omma awak call?

“Uh? Ah, i-iya. . . Kau tak tidur?”

Aku menggelengkan kepala. Dia teragak-agak membalas, bermaksud betul Baekhyun sedang menyelindungkan sesuatu. “Omma awak cakap apa, tentang saya?”

[EDIT] CAFFEINE Where stories live. Discover now