vix | maruah

424 72 13
                                    

jihye's.

Aku genggam kedua tangan sambil menggigit bibir. Gementarnya aku, hanya Tuhan sahaja yang tahu. Aku hanya membisu dan biarkan Baekhyun sendiri yang terangkannya. Aku tak mampu, sungguh. Lidah aku jadi kelu bila aku ingin bersuara.

"Baekhyun, Jihye. . .Kenapa ini? Macam ada, benda serius saja?" Soal kakak. Mendengarnya buat aku terketar. Peluh dingin membasahi leher aku sekarang ini.

"Haah, siap panggil kami berdua lagi. Ada apa?" Kali ini abang Taecyeon pula yang menyoal. Baekhyun dan aku berdiam seribu bahasa.

Aku tidak menyangka pula akan jadi macam ini. Aku tak jangka yang isu perkahwinan akan menjadi sesulit ini. Aku dan dia sama sama gementar. Like seriously, perkahwinan aku dengan dia cuma satu perjanjian. Tapi kenapa rasanya macam betul-betul, rasa macam. . .ergh. Mungkin juga disebabkan perkahwinan ini tidak betul, kerana itulah aku jadi gementar sebab kakak mesti takkan bersetuju.

Ugh.

"Noona, s-sebenarnya," Baekhyun berdehem kecil. Dari nada suaranya aku dapat meneka yang dua juga turut gementar. "Saya, err. . S-saya mahu jadikan Jihye, sebagai isteri saya."

Terangnya tanpa berselindung. Dia yang cakap, aku yang menggeletar ketakutan.

"What?!" Kakak dengan abang Taecyeon serentak terjerit.

"Park Jihye? Ada nak cakap apa-apa dengan eonnie?" Kakak ajukan soalan pada akukah? Tentu sahajalah, aku Park Jihye dan apa yang patur aku jawab ini. Dada aku rasa macam ditumbuk. Sesak dan sakit.

Aku tunduk bermain dengan jari aku. Aku cuba endahkan soalan kakak. Nama aku dipanggil lagi sekali dan kali keduanya ini lebih keras dan menuntut. Aku masih tiada jawapan dan rasa takut aku menjadi-jadi, sampai aku rasa macam hendak menangis.

"Noona, saya akan terangkannya. Jihye, boleh tak awak masuk bilik awak? Saya nak cakap privasi dengan noona."

Aku laju mendongak bila mendengar suara Baekhyun. Sekejap, dia bersaya-awak dengan aku? Apa-apalah, mesti sebab dia terpaksa. Tetapi aku lega sebab aku tidak perlu berdepan dengan kakak. Dalam pada masa yang sama aku tidak puas hati juga. Kenapa pula aku kena masuk bilik? Aku mahu mendengar apa yang dia cakap, bukankah ini tentang masa depan aku juga?

"Tapi, saya-" Aku tidak sempat menghabiskan ayat, bila Baekhyun berdehem keras. Benar-benar mahukan aku meninggalkannya di sini.

"Park Jihye?"

Fine.

Selepas mendengus perlahan, aku terus bangun dan masuk ke dalam bilik. Lepas aku kunci pintu, aku terus rebahkan badan ke atas permukaan tilam katil dan pejamkan mata. Jari aku memicit perlahan kepala aku yang tiba-tiba sahaja rasa berdenyut.

Apa agaknya yang mereka tengah bincangkan?

Kenapa aku tak boleh dengar apa yang dia nak cakap eh?

Apa yang privasi sangat?

Aku terlalu banyak berfikir sampai kepala aku bertambah pening. Mata aku jadi kantuk sangat. Dan, aku tertidur memandangkan hari memang sudah malam, agaknya.

Baekhyun, you're driving me crazy.

*****

[EDIT] CAFFEINE Where stories live. Discover now