jihye's.
Aku betul betul sudah hilang akal agaknya apabila aku. . .mengharapkan yang dia akan datang lagi untuk berjumpa aku. Sekejap, bukan aku tidak suka diakah? Tetapi mengapa sebahagian dari diri aku sepertinya. .merindukan dia? Oh bukan rindu, jauh sekali perasaan itu, aku hanya teringatkan dia sahaja, iya.
Baekhyun.
Dia sudah seminggu tidak datang ke sini, dia sudah lupakan akukah? Dia sudah mempunyai perempuan lainkah? Ataukah, dia memang tidak mahu berjumpa aku lagi? Apa dia. .
Sudah tidak menyukai aku lagi?
Stop it, Jihye.
Tetapi, rasanya tidak salah bila aku meletakkan harapan pada lelaki itu. Baekhyun, dia sendiri sudah meluahkan perasaannya pada aku, dua kali. Dua kali! Dan, yang terakhir itu, sepertinya. . .dia bersungguh bila dia ungkapkannya. Ataukah, hanya aku yang perasan lebih. Adakah cinta boleh bersemi dengan hanya dua kali lafaz suka? Aku rasa tidak mungkin perkara demikian boleh berlaku.
Tapi, itulah perasaan aku sekarang ini. Aku ragu-ragu sebenarnya namun bila dia buat semua itu aku rasa. . .macam dia, memang benar-benar sukakan aku. Aku tidak pernah merasakan perasaan yang seperti ini, sampailah aku berjumpa dengan Baekhyun. Dia yang buat aku jadi begini, seperti orang yang dilamun cinta sahaja. Hakikatnya, aku adalah perempuan jadi memang wajar perasaan begini muncul lebih-lebih lagi bila si dia sudah memulakan langkah pertama.
Ugh.
Tok ! Tok ! Tok !
Telinga aku terus terangkat bila mendengar ketukkan di pintu. Hati aku terasa berbunga bunga. Aku harap sangat itu Baekhyun. Aku terus berjalan perlahan ke arah pintu. Kunci aku buka, dan pintu aku kuak. Aku senyum lebar dan semanis yang aku boleh.
“Hey, miss me?”
°°°Aku tak gembira sekarang ini. Sungguh, aku tak gembira langsung, aku kecewa. Aku sangka kalau aku ikut dia keluar jalan ini, aku bolehlah kurangkan sikit rasa pelik dalam diri aku itu. Tapi, tak. Langsung tidak memberikan aku sebarang kesan.
Aku masih lagi. . .fikirkan dia.
“Awak? Kenapa ni?” Aku tersentak bila dia tiba-tiba bersuara sebelah aku. Luhan capai tangan aku dan aku rasa ada benda sejuk diletakkan dalam tangan aku. “Nah, air awak.”
Aku senyum tawar, walau aku tidak pasti aku sedang senyum ke arah dia ataupun tidak. “Terima kasih, Latte ke?” Aku mula menikmati air minuman melalui straw.
Kedengaran sepert dia juga sedang menikmati minumannya sebab dia sebut 'ahh' kuat. Haus sangat dia ini. “Latte lah, itukan favourite awak.”
Luhan menggumam seketika. Aku masih ingat lagi riak muka dia kalau dia buat macam tu. Dia mesti gerakkan bibirnya ke kanan kiri bila dia tengah. . .ragu ragu. “Awak dah kenapa? Apa yang ganggu fikiran awak tu?” Soal aku. Aku kenal dia sudah lama sangat, aku masak sudah dengan perangai dia.
“Err. . .Saya nak tengok senyuman awak, boleh tak?” Pintanya, melalui nada suara seperti serius tapi. .pelik pula. Tiba-tiba sahaja meminta yang bukan-bukan.
Aku tergelak kecil tapi cepat aku selindungkan sebab nanti dia merajuk susah pula. “Awak ni kenapa? Demam ke?”
Aku dengar dia mendengus kasar. Mesti dia tengah pasang muka hodoh sekarang inikan. Duckfaceu. “Taklah, awak tahukan saya ambil cuti sehari ni semata mata nak ajak awak keluar dengan saya.” Nada suaranya mendatar.

YOU ARE READING
[EDIT] CAFFEINE
FanficCAFFEINE \ B.BAEKHYUN ❝cinta dia seumpama kafein, dan aku ketagih akan dia my sweet latte husband ❞ ON-GOING ☑️ WOLY STORYLINE ROMANTIC/SAD/COMEDY