jihye's.
Selepas upacara perkahwinan, aku hanya duduk di. . . Entah, aku sendiri tidak tahu aku tengah duduk dekat mana sekarang ini. Baekhyun, dia pergi sapa tetamu. Aku pun ada jugalah sapa beberapa orang, mahunya tidak, nanti aku dianggap sombong pula.
Tapi serius aku cakap, aku kekok. Sangat-sangat kekok. Lagi-lagi bila hendak bersalaman dengan mereka, kekok bila hendak membalas senyuman mereka. Lebih-lebih lagi, bila ada tetamu yang mahu berlaga-laga pipi bagai. Terus terang aku cakap, aku tidak biasa dengan semua ini. Mereka tersangatlah formal, lagaknya sepertti orang yang terhormat. Urm, seperti orang koperat. Ergh, senang cakap, macam orang kaya-kaya sahaja. Berprestij katakan.
Iyalah, aku pernah menonton movie dulu, tajuk dia Titanic. Aku rasa, aku dapat feel filem itu bila aku lalui hari ini. Faham kan, apa yang aku cuba sampaikan? Aku rasa tersangatlah kecil bila bergandingan dengan Baekhyun. Aku rasa, seperti tidak layak sahaja sebab aku tak setaraf dengan dia. Bak filem Titanic itu, aku diibaratkan Jake Dawson, Baekhyun umpama Rose DeWichit Bukater.
Hmm.
Punggung aku rasa sakit bila duduk lama sangat, jadi aku putuskan untuk berjalan dekat-dekat sini. Aku dapat tangkap suara kakak di sebelah kanan aku. Jauh, aku rasa. Takkanlah aku menjeritkan? Buat malu sahaja. Jadinya aku berjalan perlahan sambil tangan kanan aku meraba-raba meja berdekatan, dan tangan kiri aku genggam fabrik gaun yang berderet panjang.
Aku sedikit terkejut apabila bahu aku terasa disentuh dengan sesuatu objek. Aku pegang objek itu, dan ia adalah tuxedo. Aku yakin milik Baekhyun dari bau perfumenya. Bila mata aku sudah tidak boleh berfungsi, organ deria aku yang lain seperti hidung, telinga dan kulit aku menjadi sangat peka.
Dia berdehem kecil sebelah aku. Tangan aku diraihnya dan bawa ke lengannya. “Pegang tangan aku.”
Aku turut katanya. Aku paut lengannya erat sambil tersengih sendiri. “Kenapa bagi tuxedo awak pada saya?”
Baekhyun menggumam seketika sebelum dia buka mulut. “Aku tak suka tengok badan kau yang terdedah tu.”
Aku mencebik. Mata aku pusingkan ke atas tanda menyampah. Ish, baru mahu tegur baju konon, padahal dia sendiri yang pilih gaun ini. “Kenapa? Saya tak sexy? Bentuk badan saya tak menarik? Atau, kulit saya gelap sangat, jadi awak malu depan kawan-kawan awak, kan?”
Dia mula mengorak langkah maju ke depan, aku ikutkan sahaja. “Sebab kau sexylah, aku tak nak orang lain tengok. Badan kau hanya untuk tatapan aku sahaja. Faham?”
Aku terdiam tidak berkutik, juga tidak tahu hendak membalas apa. Dari ayat yang baru dia ucapkan, bunyinya macam dia betul-betul anggap aku ini isteri sebenar dia. Maka bukankah ini cuma satu perjanjian sahaja. Tapi aku tidak tahu kenapa, mendengarnya buat aku berdebar. Bukan kali ini sahaja, sebelum ini pun. Bila dia ungkap perasaan dia pada aku, aku jadi berdebar.
Oh tak, pipi aku rasa panas. Harap-harap orang tak perasan yang aku tengah blushing sekarang ini. Terutamanya, Byun Baekhyun.
“Muka kau merah.”
Dan iya, dia perasan.
Aku terbatuk kekok, dan cuba endahkan dia. Aku menunduk ke lantai sambil ikut rentak dia sehinggalah ada seseorang yang tegur kami. Maklumlah, sebagai orang yang diraih hari ini, banyaklah yang mengucap tahniah tidak putus-putus. Kebanyakkannya, kawan-kawan Baekhyun, dan partnership company ayah dengan ibu Baekhyun. Aku tak ada kawan lain, selain Xi Luhan.
YOU ARE READING
[EDIT] CAFFEINE
FanfictionCAFFEINE \ B.BAEKHYUN ❝cinta dia seumpama kafein, dan aku ketagih akan dia my sweet latte husband ❞ ON-GOING ☑️ WOLY STORYLINE ROMANTIC/SAD/COMEDY