xv | permission

472 73 13
                                    

jihye's.

“Ahjumma, tolong angkatkan semua ni pergi kereta.”

“Baik, tuan muda.”

Aku hanya duduk di kerusi kecil berdekatan meja solek. Menunggu Baekhyun dengan maid-maid siapkan bagasi pakaian aku dengan dia.

Aku rasa macam tidak senang duduk, macam cacing kepanasan. Aku rasa tak sedap hati. Aku risau. Baekhyun ajak aku pindah rumah, pindah dari sini. Senanglah cakap, tapi tak mungkin ibu Baekhyun akan bagi macam itu sahaja. Tak akan. Dalam mimpi saja rasanya.

Aku kembungkan pipi, sesekali aku menggigit bibir. Aku bermain dengan jari jemari untuk buang perasaan ini. Aku seharusnya gembira, bukannya takut macam ni, kan?

Hey, jom.” Aku tersentak bila dia pegang tangan aku.

Aku tarik tangan aku semula, tapi tidak melepaskan pegangannya. “Awak, saya takut lah.”

Aku dapat rasa dia duduk berlutut di hadapan sebab lengannya sedang berehat di riba aku. “It's okey. Aku sentiasa ada bersama kau, kan?”

Aku tersenyum nipis. Aku ingat, dia pernah cakap macam itu pada aku dulu, masa balik dari jumpa ibu dia. Semasa aku, nenangis dalam pelukan dia. Aku suka bila dia katakan itu. “Saya takut nak berdepan dengan ibu awak.”

“Kalau macamtu, kau duduk dalam kereta sahaja. Biar aku yang jumpa mereka.”

“Eh. Tak. Saya nak ikut awak.” Bantah aku. Memanglah, nanti apa yang ibu dengan ayah dia kata bila aku tak ikut minta izin pada mereka. Nanti dikatakan aku kurang ajar pula.

“Kau yakin?”

Aku angguk.

Setelah itu, dia tarik tangan aku, dan bawa aku keluar dari bilik kami. Menuju ke ruang tamu. Huh, harap-haraplah semua berjalan dengan lancar. Belum sempat kami menuruni anak tangga yang terakhir, suara Puan Byun sudah kedengaran sedang memarahi maid di bawah. Liur aku telan perit, terasa macam ada batu di tekak aku.

Dada aku automatik berombak kencang.

“Apa semua ini, hah?!” Nada suaranya tinggi bertanya.

Baekhyun dan aku diam.

Answer me, Byun Baekhyun!” Suara omma Baekhyun menegas, menuntut jawapan dari mulut Baekhyun.

We're leaving.

What? No, that's not a good idea Baek. You're not leaving, don't you?

I'm not asking for your opinion, but asking for your permission. And yes, I will leave with her.

“Kenapa pula Baek juga mahu keluar dari rumah ini. Kalau perempuan itu yang keluar, omma tak kisah. But, I can't accept if you are leaving too. Apa perempuan tu dah hasut Baek, hah?”

Aku tunduk, dan selindungkan diri di belakang Baekhyun. Tangan kiri aku genggam lengan dia, manakala tangan kanan aku masih dalam pegangannya. Dia genggam erat tangan aku, mungkin dia sedar yang tangan aku saat ini, terketar-ketar.

“Perempuan ini, isteri aku. And when she leaving, I'm leaving too. And, I will do anything to protect her, especially from you. Apa yang omma buat pada dia melampau. Sangat keterlaluan. I can't accept that.Nada suara Baekhyun turut mengeras. Seperti dia betul-betul memaksudkannya. Aku terkedu.

“Omma buat apa? Omma tak ada buat apa-apa pada dia. Weh perempuan! Apa yang aku dah buat pada kau, hah!? Kau jangan nak burukkan aku pada anak aku sendiri. Sedar sikit diri kau tu!”

[EDIT] CAFFEINE Where stories live. Discover now