xix | orphanged

386 56 11
                                    

baekhyun's.

Aku mimpi indah.

Aku tengah tidur dengan Jihye dalam pelukan aku. Tidur atas sofa kecil membuat aku dengan dia begitu rapat. Dengan dia menghadap aku, dan aku menghadap dia. Saling berpelukan. Muka dia pada dada aku sehingga aku dapat rasakan hembusan nafasnya kerana baju aku tidak berbutang separuh. Aku pejam mata semula. Aku mahu menikmati mimpi ini. Indah, sangat indah. Rasanya aku minum banyak semalam sebab itulah dapat mimpi macam ini.

Tak lama, aku rasa Jihye mula bergerak-gerak. Tapi aku tambah peluk dia. Ini mimpi juga, aku tak kisah kalau aku nak tunjukkan manja aku pada dia. Dia lepaskan pelukan dan tolak dada aku perlahan. Alah, kenapa. . . .

“Saya rasa tak selesa.”

“Sudah kena peluk macam ini pun, masih tak selesa eh sayang?”

“Awak cakap apa ni?”

Aku tak larat nak buka mata sebab rasa kantuk itu masih ada lagi. Jadi aku biarkan sahaja Jihye menolak badan aku lalu dia duduk. Aku dengar macam dia menggumam sesuatu tapi tak jelas. Alahai isteri aku ini, mengomel sendiri. Aku gerakkan tangan pada pinggang dia dan peluk. Tapi dengan pantas Jihye berdiri membuat aku tertarik sama lalu aku tersembam ke lantai. Sakit!

Dan, saat ini aku sedar aku bukannya bermimpi.

Aku celik mata, seceliknya. Kepala aku terasa sakit sedikit bila terbangun secara paksa begini. Tambah lagi semalamkan aku minum. Rasanya aku minum banyak sehingga aku tidur dengan Jihye pun aku tak sedar. Sekejap, aku, tidur dengan Jihye? Baju tidak berbutang, dan dia tidur dengan aku? Aku ada buat apa-apa pada dia ke. Aduh, kenapa aku cuai betul ini?

Dan iya, bibir aku rasa berdenyut-denyut dan pft seluar aku melekit. Sah aku ada buat sesuatu pada dia. Jangan melebih sudah. Menyesal aku minum lagi bila sudah sedar semalam. Jihye punya pasal lah, buat aku jadi macam ini. Okay, stop it. Now, aku nak tahu apa yang aku buat semalam.

Aku baguskan perasaan dahulu sebelum bangun. Botol wine berterabur atas lantai. Buruk betul perangai aku sekarang. Aku tertekan sebenarnya bila mendengar yang budak pondan tu dah balik. Tak sangka ganggu emosi aku sampai macam ni sekali. Kau sendiri yang nakkan semua ini, jadi jangan nak salahkan sesiapa Byun Baekhyun.

It's totally your fault. Not her.

Aku keluar dari bilik dengan langkah yang terhoyong-hayang. Kesan wain masih ada. Sampai bilik sebelah pintunya aku kuak perlahan. Mata aku meliar mencari dia. Dan tertancap pada almari yang terbuka pintunya, ada Jihye duduk bersimpuh di situ. Tak tahu apa yang dicarinya, sambil mengomel lagi. Kuat mengomel dia ini.

Aku berdehem supaya dia sedar kehadiran aku. Jihye agak terkejut apabila dengan cepatnya dia bangun dan membelakangkan aku. Rambut dia huraikan tutup tepi muka dia. Dia selindungkan sesuatu ni. Aku dekati dia lalu menyentuh bahunya. Dia tersentak.

“Hey.. Kenapa ni?” Tanya aku. Jihye tidak menjawab malah cuba mengelak daripada aku melihat wajahnya. Apa aku dah buat ni?

“H-hmm..” Dia selindungkan sesuatu. Aku jadi geram sebab aku tertanya-tanya apa yang aku buat pada dia semalam.

Aku pusing badannya dengan kasar. Membesar mata aku melihat apa yang ada pada lehernya. Tengkuk aku rasa tegak. Dia tunduk tak nak angkat muka. Aku jadi serba salah. Aku tak patut buat ini. Aku tak sedar.

“Aku buat apa semalam?” Dia geleng. Aku mengeluh.

“Jihye, boleh bagitahu apa yang aku buat pada kau semalam?” Sekali lagi dia menggeleng. Mukanya merah. Shit, aku tak boleh kawal diri aku bila mabuk. Bodohnya aku, tetap minum bila aku tahu aku akan hilang kawalan.

[EDIT] CAFFEINE Where stories live. Discover now