baekhyun's.
“Terima kasih.”
Ucap aku pada jururawat di kaunter selepas membayar bil perubatan. Dia tersenyum ramah pada aku dan aku balas senyumannya. Sememangnya seorang jururawat perlu ramah pada pesakitnya, bukan? Aku kerling jam di tangan aku, sudah menunjukkan jam lapan malam. Aku menarik nafas dalam dan hembus perlahan.
Gadis tadi baik-baik sahaja, kan?
Aku menapak ke bahagian wad yang menempatkannya. Sebaik sahaja aku tiba di situ, aku melihat sesusuk tubuh seorang wanita yang baharu sahaja aku kenali tadi. Aku bertindak menghampirinya dan melabuhkan punggung di atas kerusi bersebelahan dengannya.
Aku berdehem kecil. “Errr. .Jihyo noona? Macam mana dengan dia?”
“Uh? Oh, kamu.. Hmm, dia okey cuma cedera sedikit sahaja. Esok dia boleh keluar sudah.”
Syukurlah. Aku pandang rupa wanita yang berada di sebelah aku ini, sama dengan rupa gadis tadi. Cuma, kakak Jihyo ini tampak lebih matang, dan iya keduanya cantik. Psh, apa kena dengan kau ini Baekhyun? Berhentilah.
“Err. . .boleh saya tanya sesuatu?”
“Hmm? Tanya sahajalah, ada apa?”
Aku membasahkan anak tekak dan berdehem kecil. Patutkah aku tanya hal ini? Nanti aku dilabel sebagai penyibuk pula. Ah, tidak kisahlah dilabel sebagai apa sekalipun, selagi aku tidak tahu, aku tidak akan dapat bertenang.
“Jihyo noona. .tadi, kenapa dia buat begitu iya? Maksud saya kenapa dia melintas menonong seperti itu? Jarak antara dia dan kereta tadi sudah terlalu dekat, mujurlah kereta itu tidak terlalu laju, jika tidak. .”
Dia mengeluh halus sambil membuang pandangannya ke lantai. Jari-jemarinya dilaga-lagakan antara satu sama lain.
“Sebelumnya, noona mahu berterima kasih pada kamu sebab sudah menyelamatkan dia tadi. Kalau tidak ada kamu, mungkin noona bakal kehilangan dia, lagi.”
Aku tidak pasti, cuma aku rasa aura sedih sedang berterbangan di kawasan ini sekarang. Nada suaranya pun sudah mulai berubah. Aduh, aku tidak biasa begini.
“Err. .Sama-sama, noona. Memang kebetulan saya lalu situ tadi.”
“Sebenarnya, Jihye. . .dia tak nampak apa apa. Senang cakap, dia buta.”
Mata aku terus membuntang mendengarnya dan mulut aku ternganga. Apakah yang baru dikatakannya, apa aku tidak salah dengar? Aku seperti tidak dapat mempercayainya sebab dia nampak macam orang normal. Patutlah, dia katakan yang dia tidak sama dengan gadis lain, itu rupa-rupanya maksud sebenarnya. Bodoh aku, kenapa aku cakap begitu dengan dia tadi? Aku terlajak cakap pula tadi pada dia, dan aku dihimpit rasa bersalah. Aku memahaminya sekarang.
Aku perhatikan kakak Jihyo tersenyum hambar dengan matanya yang mulai berkaca. Haih, perempuan memang sensitif, kan?
“Kamu sudah tahukan sekarang ini? Jadi, kalau kamu ikhlas mahu berkawan dengan Jihye, noona tak kisah. Tapi, kalau kamu suka tengok Jihye sebab rupa paras dia, baik kamu undur diri sekarang. Noona tak nak Jihye terluka atau sakit hati..” Katanya dengan nada serius sambil dia pandang tepat mata aku.
“A-apa dia?”
Kenapa muka aku tiba-tibanya membahang ini? Aku kematian kata-kata, lidah aku rasa kelu, dan mulut aku terkunci. Dia tambah pandang aku semakin rapat, memangnya dia ini sengaja mahu pancing akukah bagaimana?
“Noona tahu, noona dapat tengok dalam mata kamu yang kamu ini girlplayer. Noona sudah lebih dahulu jumpa dengan orang macam kamu ini. Jadi, sebelum kamu buat Jihye terluka lebih baik noona bagi amaran pada kamu awal-awal.”
YOU ARE READING
[EDIT] CAFFEINE
FanfictionCAFFEINE \ B.BAEKHYUN ❝cinta dia seumpama kafein, dan aku ketagih akan dia my sweet latte husband ❞ ON-GOING ☑️ WOLY STORYLINE ROMANTIC/SAD/COMEDY