5 hari yang lalu...
baekhyun's.
“Aku sukakan kau, Jihye. Aku. . .betul-betul sukakan kau..”
Apa yang aku buat ni?
Betulkah tindakan aku?
Bolehkah aku paksa diri aku sukakan dia?
Dia. . .boleh terima aku?
“Park Jihye.” Namanya sentiasa meniti di bibir aku. Dia, sentiasa ada dalam fikiran aku. Jiwa aku tak tenang bila aku kenang semula keadaan dia. Seakan-akan semuanya menghimpit aku dan aku mulai rasakan perasaan serba salah. Sungguh. Jujur aku mengaku.
Buk !
Mata aku terbuka luas bila ada suatu objek mengenai muka aku. Tak sakit sebenarnya sebab bendanya empuk. Aku cuma terkejut. Bila aku buka mata, aku nampak Sehun tengah tersengih macam kerang busuk tak laku. Tak hensem lagi. Bertuah punya budak!
“Kenapa dengan kau weh? Mengigau?” Soalnya sambil sambung sengihannya. Dia hempas badannya ke sofa depan aku. Senyuman sengetnya tak pernah lekang dari bibir.
“Kepala kau!” Anak mata aku tikam matanya tajam. Aku cuba humban bantal yang dia lemparkan aku tadi pada dia semula.
Malangnya, dia sempat mengelak dan jelirkan lidah pada aku tanda mengejek. “Alah, janganlah marah sayang. . .” Ujarnya sambil tergelak besar sampai mata dia jadi sepet.
Sayang? Haram kau!
Aku gulingkan bola mata ke atas tanda menyampah dengan dia. Aku tengah pening sekarang ini dia tambah serabutkan pula. Malas mahu bergaduh dengan dia, aku naikkan tangan ke dahi dan tutup mata semula.
Dia mengeluh halus selepas bertukar duduk ke sebelah aku. “So, kau dah dapat maklumat dia. Siapa tadi? Park, Park Shin Hye?” Tanyanya sambil senggol bahu aku dengan bahu dia.
Nafas berat aku lepaskan perlahan sebelum buka mulut untuk bercakap. “Belum. Tapi, aku pasti itu dia.”
Iya. Aku pasti itu dia, sebab lokasi, masa kejadian, hari, waktu, punca kemalangan, semua sama! Dialah perempuan itu. Walaupun abang aku belum bagi kepastian lagi, aku yakin dengan keputusan aku. Muktamad.
Aku nak tebus kesalahan aku.
Sehun ikut sandarkan badannya pada penyandar sofa. Dia garu kepala dia kuat sampai aku boleh dengar bunyi yang terhasil darinya. “Jadi? Apa rancangan kau?”
“Tak tahulah..” Aku turunkan tangan dari dahi dan hempas perlahan ke sofa. Dada aku rasa sakit bila aku ingat balik kejadian lalu itu. Jantung aku berdegup laju. Aku tidak menyangka, disebabkan kelalaian aku, dia jadi seperti itu.
Sehun kerling jam tangannya dan pandang aku. “Kau tak nak balik ke? Dah lewat ni.”
Aku toleh kiri balas pandangan dia. “Halau aku nampak?”
Sehun muncungkan mulutnya sambil buat muka seperti mahu menagis setelah mendengar sakat aku. Macam budak kecil minta gula-gula. Aku tergelak dengan lawak spontannya itu.
YOU ARE READING
[EDIT] CAFFEINE
FanfictionCAFFEINE \ B.BAEKHYUN ❝cinta dia seumpama kafein, dan aku ketagih akan dia my sweet latte husband ❞ ON-GOING ☑️ WOLY STORYLINE ROMANTIC/SAD/COMEDY