Sultan Salahuddin al-Ayyubi

264 15 0
                                    

Salahuddin Sebelum Perang Salib Ketiga

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Salahuddin Sebelum Perang Salib Ketiga

Salahuddin muncul dalam lipatan sejarah apabila Nur al-Din Zanki, pemimpin Islam Syria Damaskus yang telah memerangi pihak Kerajaan-kerajaan Salib di Syria bersetuju untuk menyelesaikan masalah kepimpinan di Mesir.

Wazir Mesir yang bernama Shawar telah dirampas kuasanya oleh seorang lagi pembesar Mesir iaitu Dirgham. Shawar telah meminta bantuan dari Nur al-Din untuk mendapatkan kembali kuasanya di Mesir.

Untuk menyelesaikan konflik tersebut, baginda menghantar Shirkuh iaitu bapa saudara kepada Salahuddin untuk memimpin bala tenteranya.
Shirkuh berjaya mengalahkan Dirgham. Walaubagaimanapun Shawar enggan menunaikan janjinya kepada Nur al-Din lalu mengkhianati perjanjian mereka. Shawar segera meminta bantuan daripada Raja Kerajaan Salib Jerusalem iaitu Raja Almaric. Almari bersetuju untuk membantu Shawar.

Walaubagaimapun tidak lama selepas itu, kedua-dua pihak bersetuju untuk berdamai. Shirkuh dan Almaric kembali ke wilayah masing-masing manakala Shawar mendapat keuntungan yang besar dengan kembali menjadi Wazir Mesir.

Tiga tahun berlalu dan Shirkuh kembali ke Mesir bersama bala tenteranya untuk menawan ibu kota Kaherah. Turut bersama beliau kali ini adalah beberapa panglima tentera Syria yang berpengalaman dan juga anak saudaranya yang baru berumur 29 tahun, Yusuf ibn Ayyub atau lebih dikenali sebagai Salahuddin.
Untuk berhadapan dengan bala tentera Shirkuh, Shawar kembali mendapatkan bantuan ketenteraan dari Almaric.

Dalam kempen ketenteraan inilah Salahuddin berhadapan dengan ujian yang sangat besar. Selepas beberapa siri pertempuran, bala tentera Shirkuh dan Salahuddin akhirnya berkubu di kota Alexandria.

Salahuddin berhadapan dengan ujian ketenteran besar pertamanya apabila terpaksa memimpin pasukan pertahanan Alexandria daripada bala tentera musuh. Shirkuh telah meninggalkan Salahuddin dengan sedikit bala tentera untuk tugas itu.

Bala tentera musuh ini adalah gabungan tentera Mesir yang dipimpin Shawar dan bala tentera Kerajaan Salib Jerusalem yang dipimpin Almaric. Walaupun dikepung dengan dalam keadaan yang serba kekurangan, Salahuddin berjaya mengharungi kepungan itu sehingga perjanjian damai termeterai, tiga bulan selepas itu.
Sekali lagi Shawar mendapat keuntungan melalui perjanjian damai dengan kekal sebagai Wazir Mesir.

Setahun setelah konflik Mesir itu selesai, Shirkuh sekali lagi mendapat peluang untuk mara ke Mesir. Kali ini Almaric mengambil keputusan untuk menakluk Mesir dan mula mengepung Kaherah. Shawar tanpa segan silu meminta bantuan Nur al-Din. Nur al-Din tidak dapat membiarkan perkara ini terjadi walaupun dengan apa yang Shawar telah lakukan sebelum ini. Jatuhnya Mesir ke tangan Almaric, akan memberi ancaman kepada kerajaannya. Shirkuh dihantar untuk memerangi Almaric.

Sekali lagi Salahuddin turut serta dalam kempen yang dipimpin oleh Shirkuh ini. Walaupun pada mulanya dia tidak mahu turut serta, Salahuddin akhirnya akur dengan arahan Nur al-Din.

Almaric ketakutan apabila mendengar bahawa bala tentera Shirkuh sedang mara ke Kaherah. Akhir baginda mengambil keputusan untuk berundur dan melupakan hasratnya untuk menakhluk Kaherah.

Setelah berjaya menyelesaikan konflik tersebut, Shirkuh dilantik menjadi Wazir Mesir manakala Shawar pun dihukum bunuh atas pengkhianatannya sebelum ini.
Walaubagaimanapun tidak sampai setahun menjadi wazir, Shirkuh meninggal dunia dan menyebabkan kekosongan dalam jawatan wazir. Salahuddin yang masih mudah telah dilantik menjadi wazir. Mungkin kerana memikirkan bahawa Salahuddin boleh dipergunakan, pemimpin-pemimpin di Mesir memilih untuk melantik dia untuk memikul tugas berat dan penuh risiko itu.

Walaubagaimanapun, Salahuddin menunjukkan bahawa dia bukanlah calang-calang pemuda. Semenjak perlantikannya, dia tidak henti-henti memerangani pihak-pihak yang cuba mempertikaikandan mengugat pemerintahannya. Dia segera menghapuskan pemberontakan tentera-tentera kulit hitam dan pembesar-pembesar yang cuba merampas kuasa.
Pada masa yang sama, baginda juga melancarkan serangan demi serangan ke atas kedudukan-kedudukan Kerajaan-kerajaan Salib berhampiran. Walaubagaimanapun, hubungan baginda dengan Nur al-Din semakin dingin dan dipenuhi curiga. Nur al-Din tidak berpuas hati kerana Salahuddin semakin bebas untuk bertindak tanpa mengambil kita pendapatnya.

Walaubagaimanapun konflik itu tidak pergi lebih jauh apabila Nur al-Din mangkat tidak berapa lama selepas itu. Kemangkatan Nur al-Din memberi peluang kepada Salahuddin untuk melebatkan sayapnya di Syria. Baginda mula mendapatkan kota-kota dan kedudukan strategik di Syria sama ada melalui diplomasi ataupun peperangan. Ini adalah tindakan permulaan untuk menyatukan pertahanan kerajaannya di Syria, sekaligus memberi kesempatan kepada baginda untuk menumpukan perhatian kepada negeri-negeri Salib serta membebaskan Jerusalem.

Tetapi pemimpin Kerajaan Salib Jerusalem yang akan berhadapan dengan Jerusalem nanti bukanlah Almaric tetapi anak baginda iaitu Raja Baldwin IV yang lebih dikenali sebagai The Leper King.

Richard X Salahuddin: Pertembungan Dua Gergasi di Era PeperanganWhere stories live. Discover now