Perang Salib Kedua Bahagian 2

103 6 0
                                    

Zangi sendiri tidak dapat 'menyambut' ketibaan bala tentera salib apabila dibunuh dengan kejam dalam satu komplot

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Zangi sendiri tidak dapat 'menyambut' ketibaan bala tentera salib apabila dibunuh dengan kejam dalam satu komplot. Selepas itu, jajahannya dikuasai dua orang anaknya iaitu Saif al-Din dan Nur al-Din. Berbanding Saif al-Din, Nur al-Din menunjukkan inisiatif seperti bapanya untuk memerangi penguasaan negeri-negeri Salib di Syria.


Apabila Joscelene II cuba mendapatkan Edessa kembali, Nur al-Din telah telah menggagalkan percubaan tersebut. Nur al-Din menghukum Josceline II dengan memusnahkan pertahanan Eddessa dan memenjarakan bekas penguasa Edesaa tersebut. Di dalam pertempuran Inab, Nur al-Din telah mengalahkan penguasa negeri Salib Antioch iaitu Raymond.

Kemusnahan Edessa menyebabkan ia bukan lagi sasaran yang menarik buat pemimpin-pemimpin bala tentera Salib. Oleh itu mereka mengambil keputusan untuk menyerang kota Damaskus. Sebuah kota yang mempunyai nilai strategik dan boleh mengancam negeri-negeri Salib yang lain di Syria.

Maka Damaskus menjadi sasaran mereka yang seterusnya. Kali ini bala tentera Salib mendapat sokongan dari Raja Jerusalem sendiri iaitu Baldwin III.

Anur, pemimpin Damaskus sudah bersedia untuk berhadapan dengan serangan tersebut. Penguasa Damaskus itu telah awal-awal lagi menubuhkan pasukan pertahanan yang mantap untuk menghadapi serangan bala tentera Salib. Selain itu, dia juga memastikan bahawa ada bantuan ketenteraan akan tiba dari kota-kota lain di Syria. Anur sendiri telah memastikan sokongan politik dan ketenteraan dari Nur al-Din dengan mengahwinkannya anak perempuannya kepada Nur al-Din.

Apabila bala tentera Salib tiba di Damaskus mereka menyerang dari arah barat daya Damaskus. Di sana mereka berhadapan dengan kawasan kebun yang mempunyai pohon yang rapat dan dinding lumpur yang rendah. Ini menjadi pertahanan semulajadi yang menyukarkan pergerakan pasukan serangan.

Apabila bala tentera Salib melakukan serangan di kawasan tersebut, pasukan pertahanan Damaskus bertindak balas dengan melancarkan serangan anak panah dari atas pohon-pohon di kebun tersebut serta menghantar pasukan untuk melakukan gempuran balas. Walaubagaimanapun bala tentera Salib berjaya juga melimpasi kawasan kebun dan menghampiri benteng Damaskus.

Mereka berjaya mengatasi benteng rendah Damaskus tetapi mereka terpaksa menghadapai pinggir kota yang jalan-jalannya penuh dengan alang-alang yang menghalang pergerakan. Selain itu Damaskus juga mendapat bantuan daripada bala tentera dari kawasan lembah Biqa. Bala tentera Nur al-Din dan Saif al-Din pula dalam perjalanan.

Selepas tiga hari, bala tentera Salib mengubah kedudukan. Mereka mula melancarkan serangan dari arah timur kota. Walaubagaimanapun ,hakikat bahawa terdapat bala tentera Islam lain sedang dalam perjalanan untuk memberi bantuan kepada Damaskus menyebabkan pemimpin-pemimpin tentera Salib ragu-ragu dengan kepungan yang mereka langsungkan. Akhirnya mereka membuat keputusan yang sukar iaitu untuk berundur dari Damaskus.

Walaupun Louis dan Conrad berjanji untuk kembali melancarkan serangan dan meneruskan perjuangan mereka, janji itu tidak tertunai.  

Richard X Salahuddin: Pertembungan Dua Gergasi di Era PeperanganWhere stories live. Discover now