5 1/2 Fakta Tentang Perseteruan Antara Richard dan Salahuddin

137 5 0
                                    

Jika sebelum ini saya muat naik artikel berkenaan Raja Richard, kali ini kita akan sedikit fakta tentang perseteruan antara Salahuddin dan Richard semasa Perang Salib Ketiga

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jika sebelum ini saya muat naik artikel berkenaan Raja Richard, kali ini kita akan sedikit fakta tentang perseteruan antara Salahuddin dan Richard semasa Perang Salib Ketiga. Berikut adalah lima (enam setengah?) fakta yang mungkin kita tidak tahu tentang pertembungan antara Salahuddin dan Richard.

1.Pertempuran pertama antara bala tentera Salahuddin dan Richard berlaku semasa kepungan Acre. Tetapi pertempuran di Acre bukan kali pertama Richard bertempur dengan tentera Islam. Semasa dalam pelayaran ke Acre dari Tyre, armada Richard bertembung dengan sebuah kapal Islam yang membawa muatan bekalan dari Mesir. Sebenarnya muatan bekalan itu adalah untuk pasukan pertahanan Acre yang sedang terdesak setelah dikepung sekian lama. Serangan armada Richard berjaya menyebabkan kapten kapal Islam itu mengambil keputusan nekad dengan menengelamkan kapalnya. Ini untuk mengelak muatan daripada jatuh ke tangan Richard.

2.Kemenangan Richard pada pertempuran Arsuf (pertembungan kedua antara Salahuddin dan Richard) sebenarnya adalah sebuah pertempuran yang Richard tidak mahu daripada berlaku. Richard merancang dari Acre ke Jaffa (melalui hutan Arsuf) dirancang supaya tidak ada pertempuran terbuka boleh berlaku. Manakala Salahuddin pula mahu bertindak balas terhadap pembunuhan beramai-ramai di Acre. Serangan-serangan kecil dilakukan dengan giat oleh pasukan-pasukan Salahuddin terhadap perbarisan bala tentera Richard. Ini menyebabkan ketua pasukan Hospitaller menyeru kepada Richard untuk membenarkan serangan balas untuk dilakukan. Tetapi Richard enggan kerana tidak mahu perbarisan itu berpecah. Akhirnya pasukan Hospitaller melanggar arahan Richard lalu menyerang kerana tidak tahan dengan serangan. Richard terpaksa masuk campur untuk membantu anak-anak buahnya. Makan pertempuran Arsudf pun berlaku.

3.Richard sebenarnya telah mara untuk mengepung Jerusalem sebanyak dua kali. Tetapi pada kedua-dua kali tersebut, Richard gagal untuk memulakan kepungan. Gabungan konflik dalam pasukan Richard sendiri dan percaturan Salahuddin yang meletakkan pasukan-pasukan tenteranya di sekitar Jerusalem berjaya membuat Richard ragu-ragu dengan keputusan untuk mengepung Jerusalem. Richard terjerat.

4.Conrad de Montferrat adalah calon Raja Jerusalem yang dipilih oleh Richard dan pemimpin-pemimpin tempatan di timur. Tetapi Conrad juga adalah orang yang disenangi oleh Salahuddin. Tetapi sebelum sempat ditabalkan, Conrad telah mati dibunuh oleh dua orang assassin. Sehingga kini tidak ada jawapan kukuh tentang siapa yang mengupah pasangan assassin tersebut. Ada yang mengatakan Richard atau Salahuddin. Tetapi ada juga yang mengatakan bahawa Rashid al-Sinan, ketua Assassin sendiri yang mengarahkan pembunuhan tersebut.

5.Apakah keputusan sebenar Perang Salib Ketiga? Siapakah yang menang atau kalah? Jika dinilai dari segi pencapaian objektif, Richard sudah tentunya gagal daripada mencapai matlamatnya dengan Salahuddin berjaya mempertahankan Jerusalem dari dirampas oleh tentera Salib. Richard meninggalkan timur tengah dengan berjanji untuk kembali lagi ke sana untuk mendapatkan kembali Jerusalem. Tetapi walaupun gagal dalam matlamat sebenarnya, Richard berjaya mengekalkan penguasaan kerajaan-kerajaan Salib terhadap kota-kota di persisir yang membuat mereka kaya dari segi ekonomi. Hanya dengan kemunculan Baybar barulah kerajaan-kerajaan Salib di timur dihapuskan secara keseluruhan.

5 1/2.Oh satu lagi, Salahuddin tidak bersemuka dengan Richard sepanjang peperangan berlaku.

Richard X Salahuddin: Pertembungan Dua Gergasi di Era PeperanganWhere stories live. Discover now