Salahuddin dan The Leper King

217 12 0
                                    

 Sebelum bertembung dengan seteru utamanya iaitu Richard The Lionhearted, Salahuddin terlebih dahulu berhadapan dengan ancaman yang diberi oleh Raja Jerusalem iaitu Raja Baldwin IV

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

 Sebelum bertembung dengan seteru utamanya iaitu Richard The Lionhearted, Salahuddin terlebih dahulu berhadapan dengan ancaman yang diberi oleh Raja Jerusalem iaitu Raja Baldwin IV.

Raja muda yang menghidap kusta sejak kecil ini mempunyai semangat yang luar biasa walaupun dengan keadaan kesihatannya yang bakal meragut nyawanya. Putera kepada Almaric ini bertembung buat pertama kalinya dengan Salahuddin di Pertempuran Ramlah (Battle of Montgisard).

Pada pertempuran tersebut, bala tentera Salahuddin telah dikalahkan walaupun mempunyai kelebihan dari segi jumlah tentera. Kekalahan ini adalah disebabkan kesilapan percaturan strategi Salahuddin sebelum pertempuran itu berlaku. Walaubagaimanapun kehebatan pasukan berkuda bala tentera Jerusalem yang terdiri daripada kesatria Templar dan Hospitaller juga menyumbang kepada kemenangan bala tentera pimpinan Baldwin IV.

Salahuddin sendiri hampir terbunuh dalam pertempuran tersebut dan keseluruhan bala tenteranya nyaris terkorban apabila mereka berundur dan sesat di sebuah padang pasir. Walaubagaimanapun kekalahan ini tidak menjatuhkan semangat Salahuddin. Setahun lebih selepas itu, Salahuddin mendapat peluang untuk membalas kekalahannya di Ramlah.

Salahuddin telah mendapat maklumat bahawa Baldwin IV dan gerakan Kesatria Templar sedang membina sebuah kubu berhampiran sebuah lintasan yang dipanggil Bait al-Ahzan (Rumah Kesedihan) ataupun Jacob's Ford yang terletak di Sungai Jordan.

Kedudukan tersebut merupakan kedudukan strategik yang membolehkan pihak Jerusalem untuk mengancam kerajaan Salahuddin dengan mudah. Oleh itu Salahuddin tidak boleh membiarkan kubu itu daripada disiapkan.

Tetapi sebelum melakukan tindakan ketenteraan atas kubu yang hampir siap pembinaannya itu, baginda menawarkan sebanyak 10,000 dinar kepada pihak musuh untuk menghentikan pembinaan. Tetapi Baldwin IV dan gerakan Templar enggan menerima pemberian tersebut. Maka Salahuddin pun menggerakkan bala tenteranya.

Sebelum kepungan terhadap kubu tersebut dimulakan lagi, Salahuddin telah mendapat dua kemenangan yang mengubat lukanya selepas kekalahan di Ramlah. Pertempuran yang pertama berlaku di Tell Hara manakala pertempuran kedua berlaku di Marj Ayyun.

Hasil kemenangan-kemenangan tersebut, mereka telah berjaya menawa beberapa pemimpin utama Kesatria Templar. Bahkan Grandmaster Templar sendiri iaitu Odo St Armand telah terbunuh. Selain itu hampir 200 lebih orang kesatria berjaya ditawan. Baldwin IV sendiri terpaksa diselamatkan oleh pembantunya dari medan tempur.
Selepas itu kepungan terhadap kubu musuh di Bait al-Ahzan pun dimulakan. Untuk menembusi pertahanan kubu tersebut, Salahuddin telah menggunakan khidmat pakar-pakar penggali terowong (sapper) dari Aleppo.

Terowong telah digali di bawah benteng kubu yang terletak di timur laut. Terowong ini disokong oleh struktur yang dibina menggunakan kayu. Setelah terowong tersebut siap, penggali-penggali ini akan memenuhi ruang terowong dengan lebih banyak kayu. Setelah itu, kayu-kayu ini akan dibakar. Pembakaran ini akan meruntuhkan struktur terowong dan sekaligus meranapkan benteng yang berada di atas.

Beberapa hari selepas kepungan dimulakan, taktik ini membuahkan hasil. Benteng yang berada di atas terowong yang digali dan dibakar akhirnya runtuh. Salahuddin menggambarkan kubu itu "seperti kapal yang terapung di lautan berapi".

Kubu itu pun digempur oleh bala tentera Salahuddin. Pertempuran yang dasyat berlaku di dalam kubu tersebut. Selepas pertempuran tamat, hampir 700 orang tentera musuh berjaya ditawan dan ramai lagi yang terbunuh ataupun dihukum bunuh. Harta rampasan perang yang diperoleh juga tidak sedikit jumlahnya.

Salahuddin akhirnya berjaya membalas kekalahannya sebelum ini dan memberi tamparan yang hebat kepada Kerajaan Salib Jerusalem dan gerakan Kesatria Templar.
Walaubagaimanapun kemenangan utama baginda ke atas Kerajaan Salib Jerusalem hanya berlaku lapan tahun kemudian di Tanduk Hattin.

Richard X Salahuddin: Pertembungan Dua Gergasi di Era PeperanganWhere stories live. Discover now