Pertempuran di Tanduk Hattin Bahagian 1

195 10 0
                                    

Perang Hattin berlaku apabila Salahuddin mengambil keputusan untuk melakukan serangan besar-besaran ke atas kedudukan yang dikuasai oleh Kerajaan Jerusalem

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Perang Hattin berlaku apabila Salahuddin mengambil keputusan untuk melakukan serangan besar-besaran ke atas kedudukan yang dikuasai oleh Kerajaan Jerusalem. Salahuddin mengambil masa beberapa bulan untuk mengumpul kekuatan ketenteraan untuk melakukan serangan ini. Anak baginda telah diarahkan untuk menyediakan bala tentera besar ini di Hauran. Manakalan baginda sendiri akan pergi ke sana apabila tiba masanya nanti.

Antara serangan-serangan pertama yang berlaku sebelum pertempuran besar di Hattin ialah pertempuran di Tasik Cresson antara pasukan Islam yang dipimpin Keukburi dan pasukan Kerajaan Salib Jerusalem yang terdiri daripada kesatria-kesatria Templar. Dalam pertempuran ini, Keukburi telah membawa kemenangan yang besar kepada pihak Islam. Grandmaster Templar sendiri terpaksa melarikan diri dari medan tempur.

Setelah bala tentera di Hauran bersedia, Salahuddin pun pergi sendiri ke sana untuk memantau persediaan akhir bala tenteranya. Perancangan Salahuddin ialah untuk memaksa bala tentera Kerajaan Salib Jerusalem bertempur di medan terbuka. Tetapi baginda tahu kecenderungan musuhnya itu untuk mengelak daripada mengalami situasi tersebut.

Baginda pernah bertembung dengan Raja Guy sebelum ini dan Raja Jerusalem itu telah melaksanakan formasi tempur bertahan yang menyebabkan pertempuran berakhir dengan keputusan seri.

Kali ini baginda mahu pertempuran terbuka berlaku. Jadi untuk memaksa bala tentera musuh keluar, baginda pun mengepung Kota Tiberias yang berada hanya beberapa batu daripada markas bala tentera Kerajaan Salib.

Salahuddin dengan mudah menawan kota tersebut.

Berita ini menyebabkan pemimpin-pemimpin tentera Salib memaksa Raja Guy bertindak. Walaupun pada mulanya tidak bersetuju, akhirnya baginda mengambil keputusan untuk menggerakkan bala tenteranya untuk membebaskan Tiberias.

Bala tentera Jerusalem pun mara ke Tiberias.

Apabila Salahuddin mendapat tahu tentang pergerakan ini, baginda segera meninggalkan satu pasukan kecil untuk meneruskan kepungan terhadap kubu kota Tiberias yang masih belum jatuh sepenuhnya.

Salahuddin melaksanakan strateginya. Dua pasukan yang dipimpin masing-masing oleh Taqi al-Din dan Keukburi memerangkap bala tentera Salib dari dua kedudukan berlainan. Mereka melancarkan serangan-serangan kecil untuk meletihkan musuh.

Selain itu, menghadapi serangan-serangan ini, bala tentera Guy terpaksa mengharungi cuaca panas terik. Mereka menderita dan kehausan tetapi tetap meneruskan perjalanan.

Apabila menjelang tengahari situasi mereka menjadi lebih teruk dengan serangan yang berterusan dan sinaran matahari yang semakin terik. Guy terpaksa mengarahkan bala tenteranya untuk berehat seketika di sebuah kampung di pertengahan jalan iaitu Kampung Turan. Walaubagaimanapun, satu-satunya perigi yang terdapa di kampung itu tidak cukup untuk memuaskan kehausan satu bala tentera yang besar seperti itu.

Kemudian bala tentera itu mara sekali lagi.

Malam pula tiba dan Guy mengarahkan anak-anak buahnya untuk berehat. Oleh kerana terdesak bala tentera tersebut terpaksa mendirikan khemah mereka tengah-tengah jalan. Kawasan yang tidak mempunyai perlindungan semulajadi itu menyebabkan mereka terpaksa berhimpit dalam kehausan dan kelaparan.

Pada masa yang sama, Salahuddin menyediakan pasukan pemanahnya dengan beratus-ratus batang anak panah. Anak-anak panah itu adalah ayam tambatan baginda untuk serangan esok hari.  

Richard X Salahuddin: Pertembungan Dua Gergasi di Era PeperanganWhere stories live. Discover now